BAB 6

1.6K 252 158
                                    

TAK sampai sepuluh minit Jirey duduk berhadapan Macbook dalam home-officenya, dia terus mencapai telefon untuk memberi satu lagi arahan kepada Kid.

"Kid. Aku ada tugasan baharu untuk kau."

"Again?" dengar dengan jelas Kid merungut di hujung talian. Yalah, baru sepuluh minit, sudah bertambah lagi arahan. Sedangkan yang tadi pun belum sempat selesaikan lagi. Memang haruslah Kid merungut pun.

"Apa dia?" Dalam rungutannya pun Kid tetap tanya. Nampak tak betapa dedikasinya Kid ni? Sebab tu Jirey sayang Kid lebih.

"Cari siapa Distract."

"Distract?" Suara Kid jelas sekali nadanya kelam lagi tak faham.

"Yep, Distract. D-I-S-T-R-A-C-T."

Jeda. Talian itu sepi. Agaknya Kid sedang cuba untuk cakna apa yang dikatakan oleh Jirey. "Siapa tu?" Lepas beberapa saat, baru kedengaran Kid membalas. Keliru semacam je nada suaranya.

"Kalau aku tahu siapa dia, tak adalah aku minta kau cari maklumat tentang dia." Sarkastik Jirey membalas.

"Yalah. Sekurang-kurangnya bagitahu aku satu atau dua maklumat yang kau tahu. Maklumat asas. Kau suruh aku cari maklumat tentang apa. Manusia ke, kucing ke.... Ni Distract ni, jangan sampai aku bagi kau definisi perkataan tu nanti."

Jirey jauhkan telefon dari telinganya. Dipandang skrin dengan muka berkerut. Eh, eh, si Kiddo ni. Jirey pula dimarahnya. Ini dah siapa bos siapa PA ni? Sempat Jirey mencebik tak puas hati sebelum telefon pintar itu didekatkan semula ke pendengaran.

"Penulis. Distract is a writer. Itu aje yang aku tahu tentang dia."

"Penulis apa?" Kid menyoal lagi. "Penulis ni ada banyak. Penulis artikel, penulis jurnal, penulis blog. Budak darjah enam yang buat karangan tu pun kita boleh panggil penulis jugak. Penulis untuk peperiksaan."

Kalaulah Kid ada di depan mata Jirey, memang dijentiknya saja kawannya yang seorang ini. Orang nak bagi tugasan mudah je ni. Tapi soalan-soalan Kid macam dia pula yang lebih. Nak kena si Kiddo ni.

"Novelis."

Terus Kid di hujung talian terbatuk besar. Terkejut sangat sampai boleh tersedak.

"Novelis?" Suara terkejut Kid kedengaran untuk kesekian kalinya. "Ji, kau okey, kan?" Kid tanya. Risau pula tetiba. Biasanya kalau orang buat perangai pelik-pelik ni petanda lain macam.

Lain macam apa? Hah, fikir sendiri.

"Okeylah. Kenapa pulak?"

"Taklah. Orang kata kalau ada orang yang buang tabiat ni, petanda lain macam. Kau tu membaca pun malas. Tiba-tiba nak suruh aku cari maklumat tentang novelis mana entah. Dah kenapa?"

"Cis!" Laju Jirey membalas. "Aku belum nak mati lagi!" Marah Jirey. Baru faham maksud soalan Kid.

"Eh! Aku tak cakap kau nak mati! Tapi mengingati mati tu pun salah satu tanda kematian juga sebenarnya."

"Kiddo!"

Kid tergelak besar. Ini kalau kat depan mata, memang paling kurang dah mendapat backhand sebijik.

"Baik kau cari maklumat tu semua sebelum—" Keluar nada amaran Jirey, yang sebenarnya lebih berbaur ugutan.

"Yalah, yalah. Roger and out!" Kid potong dan terus matikan talian. Malas mendengar Jirey berleter.

Dan Kid sememangnya seorang pembantu peribadi yang sangat cekap dan berdedikasi. Tak sampai pun tiga jam lepas Jirey memberi arahan yang berjela tadi, Kid muncul semula di kediaman Jirey.

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now