Teaser | VI

1.7K 250 149
                                    

______

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

______

“Macam yang saya cakap tadilah. Tak semua orang sudi untuk dengar dan berminat nak tahu. Lagipun orang zaman sekarang ni, kebanyakannya hanya mendengar untuk bagi jawapan. Bukan sungguh mendengar untuk faham maksud yang nak disampaikan,” ujar Dhir lagi.

Jirey faham. Dia sendiri bersetuju dengan apa yang dikatakan.

“Jadi lebih elok kalau saya luahkan benda tu hanya di atas kertas. At least the paper won’t judge me.”

Kepala Jirey tertoleh ke sebelah. Lama merenung gadis itu dari sisi. “Saya kan ada. Saya boleh jadi peminat nombor satu awak sampai bila-bila. Dan awak boleh cerita semuanya pada saya, tanpa sebarang rahsia. Saya sudi je nak dengar.” Ikhlas. Bukan bergurau. Tapi Jirey maksudkan setiap patah perkataan yang dia lafazkan tadi.
Dhir tak menjawab. Hanya senyuman yang diukirkan gadis itu.

“Tapi sebelum tu awak kena kahwin dengan saya dululah.” Ini pun serius. Yang paling serius ni. Inti utama.

“Tengok tu. Dah agak dah awak mesti cakap macam tu.” Dhir tergelak geli hati. Menganggap kata-kata Jirey sebagai gurauan. “Awak tak payah berlawak la, Tuan Syed. Awak pun bukan selamanya dengan saya. Ada beberapa minggu je lagi.”

Cis! Lagi-lagi nak dibangkitkan tentang tempoh masa itu.

“Awak sedar tak, Dhir? Awak lebih banyak bercakap apabila kita tengah berbual tentang buku. Lebih banyak senyum. Lebih terbuka," getus Jirey selepas setengah minit. Ubah topik.

Jujurnya Jirey tak mahu fikir tentang perjanjian itu. Tak mahu fikir tentang tempoh masa yang dia ada. Kalau boleh dia mahu dipadamkan saja bahagian yang itu antara dia dan Dhir. Seolah perjanjian itu tak wujud.

Kening Dhir terangkat. Sekilas dia menoleh. “Did I?”

Jirey menggumam, mengiyakan. Bukan topik saja-saja sebab mahu lari daripada diingatkan tentang tempoh masa yang tinggal sedikit. Tapi yang ini serius daripada pemerhatiannya sendiri.

Daripada perbualan mereka di atas bumbung tempoh hari dan perbualan hari ini, Jirey perasan Dhir nampak lebih rileks dalam dua-dua situasi itu.

“Saya harap awak boleh tengok diri awak sendiri dari kaca mata saya. The way your face lights up when you talks about books, about writing. Awak nampak happy.” Sangat. Like blissfully happy.

“That's because I really am.” Ringkas Dhir menjawab.

📚

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now