BAB 7

1.6K 238 174
                                    

ENJIN kereta dimatikan. Beg tangan diambil dan telefon pintar di atas dashboard dicapai sebelum Dhir keluar dari keretanya. Dipastikan kereta benar-benar terkunci sebelum dia melangkah meninggalkan lot parkir. Sempat dia mengeliat sedikit, meredakan sendi-sendi yang terasa sengal sebab seharian berkurung di kafe.

Baru lima, enam langkah dia meninggalkan keretanya, tiba-tiba langkah kaki terhenti. Dia terpaku di tengah-tengah ruang parkir bawah tanah itu sebelum berpusing memandang sekeliling.

Kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak sedap?

Tangan kanan lantas diletakkan ke dada sendiri. Serius dia rasa tak sedap hati. Terasa gerak-gerinya seolah diperhatikan. Tapi dilihatnya tak ada pula kelibat manusia lain yang berada berhampiran. Hanya ada barisan kereta yang terparkir di setiap lot parkir yang ada di situ.

Tiba-tiba Dhir rasa seram-sejuk. Sempat dipandang jam di pergelangan tangan. Jangan nak fefeeling tengah berada dalam cerita seram boleh tak? Lagipun awal lagi, kut. Baru pukul sepuluh malam. Bukannya lewat sangat pun dia balik hari ini.

Enggan memikirkan tentang itu, dia kembali memandang hadapan. Sebab lainnya, dia nak cepat-cepat meninggalkan ruangan parkir itu. Mahu segera naik ke atas dan masuk ke dalam rumah.

Namun baru saja Dhir memandang ke hadapan, dia hampir rebah apabila menyedari seseorang sudah berdiri di hadapannya, entah sejak bila.

"Mak!" Spontan Dhir terjerit, kuat.

"Syhhhh! Ini sayalah!" jeritannya itu dibalas oleh entiti yang ada di hadapannya ketika itu.

Dan melihat gerangan manusia itu, makin Dhir rasa mahu menjerit. Nasib baik akal rasionalnya bertindak pantas menghantar arahan ke otak. Lalu pantas tangan digerakkan menekup mulut sendiri. Menghalang dirinya daripada terus menjerit. Rasa terkejutnya hanya digambarkan dengan matanya yang sudah membulat memandang lelaki itu.

The famous Syed Jirey!

"Awak ni pun. Janganlah jerit." Jirey berkata selamba sambil memandang sekeliling.

Tahu-tahu, tangan Dhir ditarik oleh lelaki itu. Sama-sama berganjak ke bahagian tepi. Yalah, tadinya mereka berdua berdiri di tengah-tengah laluan kenderaan. Kalau tiba-tiba ada kenderaan yang lalu dan langgar mereka, sia-sia mati berjemaah.

"Orang terkejut mestilah menjerit! Takkanlah nak ketawa guling-guling pula." Dengan selamba Dhir membalas. Naik seoktaf suaranya. Serentak tangan direntap kasar daripada pegangan Jirey.

Ewah, mamat ni! Suka hati dia je pegang tangan orang, ya? Tunggu Dhir nak sound kejap lagi.

"Amboi, marah! Janganlah marah. Awak patut berterima kasih dengan saya sebab dah tarik awak daripada berdiri tengah laluan tadi. Awak cari siapa yang tertoleh ke kiri kanan ni?"

Berterima kasih otak dia! Dhir bagi kaki nanti, padan muka!

"Awak buat apa kat sini?" Tanpa menjawab soalan, terus diajukan soalan lain olehnya. Dengan nada suara yang tak ada langsung tanda-tanda mahu berbudi bahasa bagai. Kasar je. Biarkan si Jirey tahu kemunculannya di depan Dhir memang tak dialu-alukan sama sekali.

"Tunggu awak." Jirey senyum manis di hujung jawapannya.

Berubah riak wajah Dhir. Merepek apalah Jirey ni? Tempoh hari putus fius bersungguh nak perkenalkan diri di depan Dhir. Hari ini buat kemunculan mengejut pula tiba-tiba.

Tolonglah jangan nak buang masa Dhir dengan benda yang sia-sia macam ni.

"Kenapa? Kita ada tertukar apa-apa benda lagi ke selain telefon tempoh hari?" Masih tak berhemah nada suara yang digunakan Dhir. Dia bukannya kesah pun sebab dia memang mahu tunjukkan dirinya yang terpaksa berhadapan dengan Jirey.

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now