_____
"Awak marahkan diri sendiri sebab percayakan saya?" Jirey menyoal perlahan.
Dhir menggeleng. "I was angry at myself because I believed I actually know everything that's going on with my life. When actually, there're still a lot of things that I don't know."
Jirey yang mendengar lantas mengeluh panjang. Jujurnya dia rasa nak ketuk kepala sendiri je sekarang ni.
Betul kata Kid. Ketika di awal semua kekalutan itu berlaku, orang pertama yang sepatutnya dia cari ialah Dhir. Keutamaannya adalah sepatutnya untuk jelaskan semua yang sebenar-benarnya berlaku kepada Dhir.
Tapi di mana dia? Sibuk cari Bella sebab nak marahkan perempuan itu. Yang akhirnya menyebabkan semuanya jadi lebih rumit.
"But anyway, I'm no longer angry at you. Saya sedar saya pun banyak buat silap juga," ujar Dhir lagi. Tenang saja kedengaran nada suaranya.
Jirey mengeluh untuk kali kedua. Dipandangnya wajah Dhir dari sisi. Merenung gadis itu yang sedang ralit merenung langit. Lama seolah dia sedang menyimpan setiap lekuk wajah Dhir ke dalam lipatan memorinya.
Sehinggalah akhirnya suara Jirey memecah sunyi yang tercipta seketika antara mereka berdua. "I never lied when I said I loved you from the first sight, Dhir."
📚
YOU ARE READING
Fiksyen (Sudah Terbit)
Romance[MALAY FICTION] 12th Wattpad Story by _ljskwb. Ini kisah fiksyen. Tentang Jirey yang hanya nak buktikan bahawa cintanya kepada Dhir bukan fiksyen. _____ Fiksyen. ©2017, Jiyan. All Rights Reserved.