BAB 1 | I

2.6K 281 116
                                    

SAMSUNG Galaxy yang berbunyi tak berhenti sejak tadi dicapai. Rasa nak dicampak ke dinding pula bila phone tu berbunyi tak berhenti. Susah sungguhlah jadi orang penting ni!

Booo! Riak, Ji! Booo... lagi sekali.

Okey, seriuslah! Bukannya Jirey nak riak pun. Saja mahu menghiburkan diri sendiri. Lagipun, dia sebenarnya tahu dari mana punca panggilan tak berhenti sejak tadi. Sengaja tak diangkat. Nak menguji tahap keimanan si pemanggil.

Ternyata tahap keimanan si pemanggil tak boleh pakai. Tak ada kesabaran langsung! Dalam masa 10 minit, sudah 15 kali si pemanggil itu menghubungi Jirey.

Haisy! Malas sungguh dengan urusan dunia ni. Sambil mendail semula nombor telefon itu, Jirey capai badam dalam balang di atas meja lalu disuap masuk ke dalam mulutnya.

"Tuan Syed! Kau dah semak belum dokumen yang aku hantar kat kau malam tadi?" Satu suara kedengaran melaung dari dapur.

Jirey buat tak dengar. Masih menanti panggilannya dijawab. Sebiji lagi badam masuk ke dalam mulut.

"Ji."

"Hah, lambat. Balas dendam sebab aku tak jawab call kau 15 kali ke macam mana?" Ayat pertama Jirey sebaik kedengaran suara Chad di hujung talian.

"Balas dendam? Pft! Apa kau fikir aku ni busuk hati macam kau?"

Kurenggg! Dah orang pulak yang dikatanya busuk hati. "Hati aku wangi okey. Sewangi kasturi. Seputih kertas A4 jenama Double A."

"Tuan Syed! Kau tak forward e-mel tu dengan aku malam tadi! And you promised you will do it this morning!"

Kali kedua, suara yang sama kedengaran dari dapur.

Duh! Si Kid ni pun satulah. Waktu ni juga dia nak sibuk minta perhatian Jirey.

"Urgh! That noisy Kid!" Jirey menggumam.

Chad yang turut dengar jeritan tadi merungut di hujung talian, "Ji, kalau aku jadi kau... aku pecat lama dah budak Kid tu."

Jirey tergelak. "Kid! Chad suruh aku pecat kau, weh!" Dia jerit. Bergema sampai ke dapur.

"Buatlah, buat. Sebelum kau pecat aku, bagi aku bekukan semua akaun Chad dulu." Kid melaung balik. Duh! Dah macam tinggal dalam hutan pulak berbalas jeritan macam ni.

"Dengar?" Tanpa perasaan Jirey ajukan soalan. Badam entah ke berapa masuk ke dalam mulutnya.

"Pergh! Bab ugut-mengugut ni bagi kat Kid la!" Tak tahulah Chad puji ke mengeluh.

Jirey ketawa. Tu korang tak tahu perasaan dia yang sehari lima enam kali kena ugut dengan PA sendiri ni. Perangai tak sesuai dengan nama Kid. Kalau dapat berleter, pergh! Sehari bebelan Kid, boleh buat satu buku motivasi tebal paling kurang pun 300 muka surat.

"Kau nak apa ni?" Baru Jirey tanya tujuan Chad cari dia awal-awal pagi begini.

"Tahu tak Afi kat hospital?"

Diam tiga saat. Tangan Jirey terus naik menggaru kepala yang tiba-tiba rasa sakit. Aisht! Afi ni la!

"Apa pula budak seorang tu buat kali ni?" Jirey menyoal sambil lewa. Tenang dia mengunyah sambil menunggu jawapan. Dalam kepalanya muncul multiple choices, jangkaan jawapan yang akan diberikan oleh Chad.

A. Afi accident.

B. Afi demam.

C. Afi sengaja nak mintak perhatian.

D. Semua di atas.

Jirey pilih jawapan C. Bukan dia tak tahu perangai Afi kuat drama.

"Dia terlanggar tiang kat simpang jalan. But that's not the main problem."

"Kau nak aku teka?" Jirey menyoal. Masih sempat mengunyah makanan di dalam mulutnya. Dan tanpa tunggu jawapan Chad, dia menyambung. "Dia bawak kereta kau."

"Exactly, dude!" Laju Chad membalas. "And now semua orang tengah kecoh kat hospital sebab semua orang sangkakan aku yang accident. Tahu tak phone aku macam nak meletup tak berhenti terima calls dari tadi. Dengan medianya, dengan kawan-kawan aku, dengan share-"

"Tuan Syed! Aku siap tinggalkan agreement ni dalam peti ais kau supaya kau tak terlepas pandang! Tapi tak sign jugak?" Suara Kid kedengaran lagi. Terganggu fokus Jirey terhadap suara Chad di sebelah sana.

Berkerut kening Jirey. Dalam peti ais dia ada dokumen? Dia buka peti ais tu setiap lima minit sekali kut. Macam mana boleh tak perasan?

"Seriously, kalau aku jadi Kid aku beli walkie-talkie je. Daripada duk menjerit macam tu." Chad mengomel.

"Bagi chance la. Tu benda dia paling suka buat," balas Jirey dengan senyum senget terukir di bibir.

"So, Afi macam mana? Teruk ke dia?" Balik soalan tentang Afi. Sebab Jirey tengah tak ada intention lagi nak nak membalas jeritan Kid tadi.

"Tu aku tatau lagi. Baru nak pergi tengok keadaan dia. Entah hidup ke tak budak tu."

Kali ini Jirey menyambut dengan tawa besarnya.

"One thing is for sure, kereta kau yang kritikal."

"Yep! Unfortunately." Panjang kedengaran keluhan Chad. "Dahlah! Aku nak call San. nak suruh dia prepare untuk saman Afi."

"Pergh, kemain! Kata member! Settle cara baik la!"

"Ahhh! Takde! Dia dah jahanamkan kereta aku. Kau tahu tak kereta yang dia bawa tu kereta sponsor yang aku baru dapat daripada CF deal minggu lepas? Dah satu hal pulak aku nak jelaskan dengan sponsor tu. Nak tunjuk bukti bukan aku yang bawa kereta tu. Aku dahlah malas nak bagi penjelasan bagai ni."

Ya sangatlah tu saman Chad oi! Padahal dia juga yang jadi orang pertama melawat Afi di hospital nanti.

"Siapa suruh jadi glamour."

"Diamlah! Look who's talking!" Chad balas balik sebelum laju talian dimatikan. Tanpa sebarang pamitan.

Bergema gelak Jirey di ruangan itu sambil dia letakkan semula smartphone atas meja. Balang badam akhirnya diambil dan dipegang menggunakan tangan. Bila makan, tak tau nak berhenti!

Kalau begini, destinasi pertama untuk pagi ini, ke hospitallah nampaknya. Nasib baik Jirey ingat Kid beritahu yang schedule dia untuk pagi ini memang tak ada apa-apa.

Baru nak panggil Kid....

"Jirey! Kau makan Kit Kat aku!"

Dahhh! Akhirnya berhenti juga 'Tuan Syed', 'Tuan Syed' dia tu! Jirey ni kalau Kid menggedik panggil dia Tuan Syed memang haram dia nak menyahut!

"Sedap! Padan kau suka makan Kit Kat! Lain kali beli lagi, tau!" Dengan tak bersalahnya, Jirey membalas.

Sesaat kemudian dah terdengar suara Kid memaki dari dapur. Dan Jirey hanya balas dengan ketawa jahatnya.

📚

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now