Extra Cut #1 | Marv 5, The Beginning

802 133 208
                                    

Marv Five ialah singkatan kepada 'Marvellous Five'; a group of immature guys yang merupakan watak dalam cerita 'Fiksyen'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Marv Five ialah singkatan kepada 'Marvellous Five'; a group of immature guys yang merupakan watak dalam cerita 'Fiksyen'.

P/S: I wrote this out of boredom. Beware of typo dan kemerapuan melampau.

°

EXTRA CUT #1 | MARV 5, THE BEGINNING

____

BEG sandang yang digalas di bahu kanan disangkutkan malas di belakang kerusi. Kemudian, dengan gerakan yang sangat ketara malas dan tak relanya, kerusi tersebut ditarik sebelum dirinya melabuhkan duduk. Mata memicing memandang sekeliling, sambil lewa. Dan kemudian keningnya mula berkerut halus.

Bingit. Bising. Macam selalu. Nama aje kelas tingkatan empat tapi suasana bising macam pasar. Sana-sini dengar suara yang butir bicaranya gagal dikenalpasti. Semua sibuk bercerita, padahal setiap hari dan hampir setiap jam menghadap muka yang sama. Haih! Apa je la yang dia orang cerita tak habis-habis?

Dengan kening yang masih berkerut kerana tak suka dengan bunyi bising tersebut, dia tarik beg yang disangkutkan di belakang kerusi tadi. Zip beg dibuka kasar. Terus pandangan disapa dengan isi dalam beg yang berterabur macam apa. Dah macam hutan belantara pun ada tengok keadaan dalam beg tu. Messed up habis dengan barang yang diri sendiri pun gagal nak identify macam mana boleh wujud dalam beg warna kelabu tu.

Headphone warna hitam ditarik keluar. Berserta dengan pemain mp3 sebelum beg sandang tadi disangkut ke tempat asal. Wayar headphone mula disambungkan pada pelayar mp3. Namun baru aje jari menekan nak memilih lagu, kerusinya terasa ditendang dari belakang.

Malas nak ambil peduli. Dia biarkan aje.

Tapi masuk kali kelima dapat tendangan yang sama, dia terus ketap bibir dan menoleh kasar ke belakang.

Seorang lelaki berbahu lebar dan tinggi lampai tengah pandang dia dengan wajah kerek. Seolah wajah kemenangan kerana lelaki itu berjaya membuatkan dia menoleh. Dan di sebelah si bahu lebar tu, seorang lelaki bermata sepet sedang ukir senyuman tak bersalah.

"Kau ni dah kenapa. Aku dah cakap jangan kacau dialah!" Si mata sepet tu bersuara. Gaya berbisik dengan si bahu lebar.

Oleh kerana dirinya punya pendengaran yang sangat tajam, dua baris ayat itu masih sampai ke kokleanya.

"Why? Because he is a millionaire's son?" Si bahu lebar mendecit. Jelas muka terpancar riak tak puas hati, ditayang pada kawan di sebelah. Kemudian si bahu lebar itu pandang ke depan, masih wajah kerek.

"Kau Jirey?" Si bahu lebar itu bersuara.

Itu namanya. Tapi dia menggeleng tidak, mengangguk pun tak. Dibiarkan kata-kata tadi berlalu macam angin.

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now