Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
_____
“Sebab awak bukan jenis lelaki yang saya suka?” Tergelak mengusik Dhir di hujung ayat sendiri.
Jirey terus buat muka. Boleh pulak bukan taste dikatanya?
Dhir ketawa kecil melihat reaksi itu. Berfikir seketika sebelum kedengaran kata-kata balasnya. “Awak kan suka keluar ayat-ayat corny. Yang cheesy. Yang macam gula tertumpah selori.”
“Perempuan bukan ke suka semua tu?” Blur je Jirey menyoal balik.
“Not me.” Dhir menggeleng laju.
Dan Jirey cebikkan bibir sebagai balasan. Masa-masa macam ni la rasa nak buat satu karangan panjang tentang betapa rumitnya sikap seorang perempuan.
“Saya termasuk dalam golongan tak suka benda macam tu. Candy-cringey type of guy, bukan type saya. Saya rasa annoying je dengan lelaki yang suka keluar ayat acah-acah sweet macam awak selalu buat tu.”
Tipulah tu, Dhir oi. Padahal sebenarnya dia cuma tak mahu bahayakan cik jantung sendiri. Kadang organ yang satu itu bertindak balas juga apabila Jirey keluar ayat-ayat gula tumpah selori yang konon terlebih manis itu. Tapi jangan silap, tuan-tuan dan puan-puan. Berdebar bukannya bermakna dia suka dengan semua itu.
Itu cuma tindak balas normal yang sistem tubuhnya lakukan tanpa kerelaan akal rasional. Macam yang pernah dia cakap sebelum ini, dia perempuan normal. Sistem tubuh manusia normal akan hasilkan hormon apabila berhadapan dengan situasi sebegitu. Dan kemudian, terhasillah rama-rama yang terlepas dalam perut, berterbangan sana-sini menyebarkan sesuatu yang membuatkan hati berbunga-bunga.
Hormon oksitosin.
Antara mengalami dan menyukai, dua benda yang berbeza. Dia alami situasi itu tak bermakna dia suka.
Dan antara lelaki jenis tanam tebu di tepi bibir dengan lelaki yang berusaha melalui perbuatan, juga dua perkara yang berbeza. Dhir pilih lelaki jenis yang kedua.
“Efforts are the sweetest.” Dia memberitahu.
Mendengarkan itu, terus Jirey mengeluh. “Apa tak cukup lagi ke usaha saya nak tunjukkan saya head over heels terhadap awak, Dhir sayang?” Pantas aje Jirey membalas balik.