BAB 5

1.6K 236 169
                                    

"ISU sebegini yang melibatkan Syed Jirey, jutawan muda yang mendapat gelaran Nation's Most Eligible Bachelor ini bukanlah—"

Tutt!

TV dimatikan. Jirey yang sedang menonton terus mengangkat kepala lalu hantar pandangan malas kepada si pelaku yang bertindak mematikan siaran TV tadi.

"Kiddo!" Dia merengek. Tak puas hati.

"Apa?" Kid balas dengan suara meninggi. Alat kawalan jauh disembunyikan di belakangnya, sambil berdiri di hadapan TV LCD besar itu. Konon sebagai pertahanan untuk halang Jirey daripada melakukan sebarang tindakan untuk menghidupkan semula TV itu.

"Aku nak tengok berita!"

Mata sepet Kid semakin memicing memandangnya sambil berpeluk tubuh. Huk aloh! Beritalah sangat! Itu bukan berita. Itu segmen gosip awal pagi buat menambah cerita kedai kopi netizen se-Malaya.

Lagipun Jirey ni acah je lebih. Sejak bila entah rajin tengok TV awal pagi. Tak sedarlah tu diri sendiri masih lengkap berpijama dengan muka serabai yang jelas baru bangun tidur.

"Tuan Syed Huzairey Syed Norman!" Bergema suara Kid di penthouse itu.

Jirey mengerut muka dengar nama penuh sendiri disebut oleh Kid. Rambutnya yang berserabut itu diselak ke belakang. Wajahnya yang sembap nampak buruk benar apabila mulut dimuncungkan gaya tak puas hati terhadap Kid.

"Is this fun for you, Ji? Is this fun?" Kid bersuara. Mula dah masuk gear nak berleter.

"Kau tahu tak aku punya jantung macam nak tercabut aku buka je berita pagi tadi. Aku rasa macam—" Ayat Kid tergantung. Bukan sengaja, tapi sebab tak dapat cari kosa kata yang paling sesuai untuk gambarkan perasaan geramnya.

Bayangkanlah. Dia bergegas memandu ke kediaman Jirey sebaik saja dia baca berita pagi tadi. Dengan cemasnya. Dengan fikir alasan apa lagi nak bagi kat media. Tup-tup, sampai saja dia ke sini, sahabatnya yang seorang ini sedang elok terbongkang di atas katil. Masih tidur dengan nyenyaknya.

Urgh! Ini Nation's Most Eligible Bachelor? Bangun tidur pun lambat. Nak jadi imam solat subuh pun dah awal-awal fail!

"Aku sampai je tengok kau tengah syok tidur. Kau boleh tidur, Ji? Aku call kau dekat 15 kali, kau tahu tak? Kau boleh pula tidur dengan nyenyaknya sedangkan pagi aku dah bertukar kelam-kabut disebabkan kau." Tak cukup dengan kata-kata yang melontar keluar macam bertih jagung, Kid bercekak pinggang di hadapan Jirey. Gaya mak-mak tengah berleter sangat nampak gayanya.

Tapi leteran penuh semangat itu hanya dibalas dengan pandangan malas oleh Jirey. Selamba dia bergerak sikit ke kanan, lalu membuka peti sejuk mini di tepi sofa bed. Dia tarik keluar sebotol Yakult sebelum kembali duduk gaya budak baik berhadapan dengan Kid.

Kid masih lagi membebel apa entah. Blablabla! Laju berdesup kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu, membuatkan Jirey malas mendengar satu persatu. Jadi sudahnya dia selamba saja buat-buat mendengar. Straw dicucuk pada botol Yakult lalu terus dihirup isinya. Sekali sedut, sudah habis sebotol. Terus Jirey baling ke arah tong sampah yang diletakkan di satu sudut, tepat di sebelah kiri Kid ketika itu.

Goal-in! Oh yay!

Jirey mahu bertepuk tangan raikan kejayaan sendiri. Tapi terpaksa pula menutup mulut yang tiba-tiba ternganga besar. Menguap!

Alahai! Inilah akibatnya apabila dikejutkan secara paksa dan dipaksa pula dengar bebelan berjela-jela Kid. Sejujurnya dia memang tak boleh hadam apa yang Kid marahkan sejak tadi.

Bukan salah Jirey, okey. Dia berjaga semalaman untuk semak isi kandungan dokumen-dokumen yang perlukan perhatiannya. Terminum pula kafein kononnya sebab mahu fokus pada kerja. Sudahnya memang fokus sungguh-sungguhlah sebab tak dapat tidur langsung. Segar-bugar mata sampai pagi. Sampailah selepas solat subuh pagi tadi, baru dia dapat lelapkan mata.

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now