BAB 4 | II

1.5K 226 155
                                    

MAJALAH yang dibawa oleh Emi dipandang tak bereaksi oleh Dhir. Terkebil-kebil dia memandang muka si Syed Jirey yang penuh di muka depan majalah orang-orang kaya itu. Yep, lelaki inilah yang dia jumpa di tapak parkir kelmarin. Dan majalah ini majalah sama seperti yang ditunjukkan oleh Jirey kelmarin.

Apabila dipandangnya gambar itu lama-lama, tiba-tiba Dhir terasa seolah lelaki itu sedang membalas pandangannya pula. Cepat-cepat dialihkan bebola mata. Melarikan pandangan.

Dah kenapa pandang gambar pun boleh berdebar ni, Dhir? Huisy!

"So, that happened," ujarnya. Baru selesai menceritakan semua yang berlaku kelmarin kepada Emi.

Tadi, tak berapa lama lepas menamatkan panggilan telefon dengan Emi, sahabatnya itu sudah terpacak di depan kafe. Dan di sinilah mereka sekarang, di mini office Dhir.

"Wow. That was... an experience." Selepas seketika barulah kedengaran suara Emi. Dan baru nampak wajah Emi rileks sedikit. Kalau tak, waktu baru sampai tadi kemain cemas riak wajah wanita itu.

Tak fasal-fasal dengan Dhir sekali ikut cemas. Padahal awal tadi dia macam blur lagi. Tak pasti reaksi bagaimana yang sepatutnya. Tapi dia kan mudah terpengaruh. Tengok orang cemas, dengan dia cemas sekali. Daripada tak cuak, cuak pula jadinya.

"Aku serius tak tahu langsung tentang SJ kalau bukan sebab kelmarin."

Emi membalas dengan anggukan. Riak wajah seolah sudah menduga ayat sebegitu akan keluar daripada mulut Dhir.

"Kau memang selama ni hidup dalam gua. So, that's possible."

Terus Dhir mengecilkan mata. Mengata pula Emi ni! Nak dibuat macam mana lagi kalau dah dia tak berminat langsung nak tahu tentang hal-hal yang sebegitu.

Emi terus tergelak.

"At least kau ada juga rasa ingin tahu. Siap Google tentang mamat tu. Okeylah tu. Taklah gua sangat sebab kau reti juga gunakan Google."

Eeee. Geram, Dhir terus menghadiahkan cubitan di lengan Emi. Cubitan yang hanya membuatkan ketawa rakannya itu semakin kuat.

"So, what do you think?" tanya Emi selesai menyudahkan tawa.

"Tentang apa?" Dhir balas dengan pertanyaan semula. Tak faham.

"Tentang SJ."

Dhir herotkan bibir. Berfikir seketika lantas menjongket bahu. "His whole life is like a..." Tergantung ayatnya. Cuba untuk mencari perkataan yang paling sesuai. "...fiction."

Ya. Fiksyen. Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan tentang lelaki itu. Bagaikan dongeng drama Korea dan novel yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dramatik.

"Right." Emi laju mengangguk setuju. "A young billionaire, who was selected as one of the most influential personalities on social media at the age of 30. Also a former national athlete, who was supposed to represent our country in the Olympics. Yang mana, semua orang expect dia akan berjaya bawa pulang medal."

"Unfortunately, he suddenly quit at the age of 19 because his parents died in a tragic car accident. Dan sebagai waris sulung, dia kena teruskan legasi perniagaan arwah ayah dia." Dhir membalas kata-kata Emi. Sekadar mengulang semula apa yang dia tahu hasil pembacaan dalam Google malam tadi.

Pergh! Yang itu bajet drama Korea sangat. Dah macam cerita chaebol dalam drama makjang.

"Poor kid. He was just 19. Dengan tanggungjawab besar, dengan pressure besar. Dan dengan impian besar yang terpaksa dia lepaskan macam tu je," komen Emi. Dengan nada suara sedih dan mimik muka sedih sekali.

Dhir buat muka. Malas melayan dramatik Emi, dia terus menyambung. "Semua orang expect dia untuk fail, tapi boom! He succeeds. His father's legacy became even bigger and more successful, lepas dia ambil alih. Then once again, while everyone's busy calling him the nation's favourite son sebab pencapaian dia tu, dia buat keputusan mengejutkan dengan tinggalkan jawatan CEO kat syarikat arwah ayah dia."

"And that's exactly seven years ago."

"Which he did to build Marv Empire together with his friends. Lepas tu, cycle sama berulang. Orang persoalkan tindakan dia, expect dia akan fail. But Syed Jirey is like, surprise, I did it again! Marv Empire sekarang ni dah jadi salah satu kuasa korporat yang sangat besar pengaruhnya." Panjang lebar Dhir berkata. Gayanya macam jawab soalan ulasan Bahasa Melayu SPM.

Kata-katanya kemudian disambung lagi oleh Emi. "And that's how Syed Jirey became one of the youngest billionaires, the nation's most eligible bachelor dan dalam masa yang sama masih lagi pemilik sah legasi ayah dia. Hebat, bukan?"

Cet! Dhir spontan tergelak besar. Emi ni kemain lagi ya. Bersemangat sungguh bercerita tentang si Syed Jirey ni.

Entah macam mana perbualan dia dan Emi boleh jadi sesi menceritakan semula sejarah hidup si SJ. Dhir memanglah ingat sebab ini semua info yang baru dia dapat malam tadi. Yang si Emi ni yang dia kagum. Boleh pula tahu dengan detail setiap benda tu. Dengan tahun kejadian sekali hafal.

Ewah! Ini betul peminat ni.

"Kau memang dah lama ke minat kat dia?" tanya Dhir. Sengaja nak uji.

"Well, aku memang dah follow dia sejak zaman dia masih atlet lagi. Sampai sekarang sebab kisah dia sangat inspiring."

Dhir mencebik. "Iyalah tu inspiring." Majalah di atas meja dijeling sebelum senyum mengusik diukirkan. "Kau ngaku dengan aku, Em. Sebenarnya kau suka dia sebab dia handsome, kan?"

"Tak, okey!" Laju je Emi membalas. Nampak sangat cubaan nak menafikan tu.

Dhir terus memandang penuh judgmental. Sengaja. Sebelum akhirnya Emi mengalah dan tawa mereka berdua mengisi ruang pejabat itu.

"Okay, fine. Memanglah mulanya aku follow dia sebab dia handsome. Tapi handsomeness aside, kisah hidup dia memang inspiring apa?"

Dhir mempersetujui dengan anggukan. Inspiring, indeed. "Macam yang aku cakap tadi. Fiksyen."

"Dan kau sedar tak, kau baru je melangkah masuk ke dalam hidup SJ yang penuh fiksyen tu?"

Dhir menarik nafas dalam. Mukanya disembamkan ke atas meja. Beberapa saat sebelum dia angkat kepala, pandang Emi. Dagu masih lagi melekat atas meja. Hanya pandangan yang dibawa ke wajah rakannya. "Everything will be fine once he clarifies the rumour. Kan?"

Emi tanpa ragu-ragu laju saja mengangguk.

"Yalah. Dah korang pun saling tak kenal, kan? It should be fine lepas dia bagi penjelasan pada media. Jangan risau. Orang takkan sempat nak dedahkan maklumat tentang kau. PR team dia biasanya laju je deny kalau hal yang melibatkan dating rumours macam ni."

Mendengarkan itu, Dhir rasa lega sikit. Yalah. Berdasarkan maklumat Google, boleh tahan popular juga si SJ itu. Takut juga kalau tiba-tiba ada peminat fanatik yang tak puas hati dan datang baling telur ke muka dia.

Tak pasal drama betul-betul jadinya nanti.

"So..." Suara Emi kembali kedengaran selepas jeda hampir setengah minit. "...memandangkan kau dah pernah jumpa SJ, dia memang betul handsome tak in real life?"

Tawa Dhir meletus untuk kesekian kalinya. Finally! Sejak tadi tunggu soalan ni daripada Emi. Ingatkan tak nak tanya!

📚

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now