_____
Dhir berpaling meletakkan plastik makanannya di atas lantai. Sebab kalau tak letak, tak cukup tangan nak kunci pagar.
Baru dia berpaling dan menegakkan tubuh semula....
Pap!
Kepala Dhir terteleng ke sebelah kanan. Matanya rasa berpinar serentak dengan rasa pijar di pipi kiri. Kunci mangga terlepas daripada pegangan dan kuat berdenting menghempap lantai simen.
Oh, goodness! Dhir gigit bibir bawahnya, menahan diri sendiri daripada mencarut.
Perlahan, Dhir menghela nafas dalam. Menyedut oksigen secukupnya sebelum dia menghembus nafas perlahan-lahan. Kepala akhirnya diangkat dan terus dia menala pandangan tepat ke wajah wanita yang baru saja menamparnya tadi.
Bella. Yang sedang memandangnya dengan mata berapi.
“You! You ruined everything for me!” Suara Bella nyaring kedengaran. Menempelak.
Namun mulut Dhir terkunci. Hanya dihantar pandangan bisu ke wajah bengis Bella. Pandangan kosong, tanpa emosi.
“Kau dah buat apa kat Jirey, hah? Eh, kau tahu tak perempuan macam kau ni langsung tak layak untuk dia! Tapi kenapa? Kenapa Jirey masih sibuk nak pertahankan kau?”
Hilang sudah bahasa ‘you-I’ yang digunakan oleh Bella pada pertemuan pertama mereka dulu. Dah berubah kasar bahasanya. Tambah pula apabila dituturkan dengan nada tinggi.
“Apa yang kau dah bagi makan pada Jirey, hah, perempuan? Apa yang kau dah buat sampaikan dia bersungguh sangat nak lindungi kau?” Masih tinggi suara Bella. Siap dengan telunjuk dihalakan ke arah Dhir.
“Kau ni perempuan tak sedar diri tahu tak? Ingat aku tak tahu niat kau nak ambil kesempatan sebab harta Jirey? You don’t deserve him at all!”
Dhir membiarkan. Masih tenang terus mendengar Bella ‘menyalak’ di hadapannya.
Tak tahu apa yang gadis ini marahkan sangat. Sedangkan sejak peristiwa di pejabat Jirey tempoh hari, lelaki itu langsung tak datang mencarinya. Jadi, memang tak muncul pun isu Dhir nak mengambil kesempatan ke atas Jirey. Kerana mereka dah saling tak berhubung pun.
Entah mana lelaki itu menghilang, Dhir tak tahu. Dan dia tak kisah pun. Dia dan Jirey dah berakhir. Dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah. Jadi tak ada motif Bella nak mengamuk macam ni.
Beberapa minit melontarkan kata-kata yang tak berkesudahan, Bella tiba-tiba diam. Riak wajah gadis itu masih lagi kelihatan bengis.
“Kenapa tak jawab? Kau dah jadi bisu pulak ke?”
Dhir mengeluh panjang. Minah ni ada kena sekeh juga kejap lagi. Dah dia yang bercakap tak berhenti!
“Awak dah habis cakap?” Suara Dhir kedengaran akhirnya.
📚
YOU ARE READING
Fiksyen (Sudah Terbit)
Romance[MALAY FICTION] 12th Wattpad Story by _ljskwb. Ini kisah fiksyen. Tentang Jirey yang hanya nak buktikan bahawa cintanya kepada Dhir bukan fiksyen. _____ Fiksyen. ©2017, Jiyan. All Rights Reserved.