Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
_____
“Sebab saya suka awak.”
Jeda.
Dhir terkejut kerana dua perkara.
Satu, tentang betapa pantasnya jawapan yang diberikan oleh Jirey. Seakan lelaki itu memang menunggu untuk memberi jawapan yang sebegitu kepadanya. Dan kedua, tentang ayat ‘saya suka awak’ yang Jirey katakan tadi. Ayat yang kedengaran sangat mengarut.
Me-Nga-Rut.
“Awak tengah buat lawak apa dengan saya ni, Jirey?” Dengan riak kosong dan suara yang mendatar, cara Dhir bertanya soalan itu kepada Jirey tak ubah macam robot yang diprogramkan.
“No, honey. I’m serious. I like you.”
Jeda lagi.
Untuk kesekian kalinya, Dhir hanya mampu tunjuk reaksi terkebil-kebilnya. Dua kali dia dengar ayat itu, dalam dua bahasa yang berbeza. Walaupun sukar mempercayai kebenarannya, kenapa dia tetap rasa lain macam?
Kenapa dia rasa sesuatu dalam hati seakan dijentik dengan jawapan selamba mamat Jirey ni?
Urgh! Fokus Dhir!
Jirey suka dia? Sedangkan ini hanya pertemuan ketiga mereka? Oh, tak masuk akal! Memang sungguh tak masuk akal!
Dhir tergelak perlahan. Cuba fokus kembali. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan, mencari sesuatu.“Is this a hidden camera prank? Awak sengaja nak kenakan saya, kan?” Dia bertanya, masih dengan reaksi yang sama seperti tadi. Tergelak-gelak kerana situasi itu sangat tak masuk akal baginya.
Namun apabila tawanya hanya dibalas dengan diamnya Jirey, Dhir berhenti ketawa dengan sendirinya. Muka serius ditayang semula. “This is crazy, really.” Memang gila pun. Sebab si Jirey ni boleh buat kenyataan lawak sebegitu dengan muka serius tak boleh blah!
“Ya. Saya pun rasa saya gila. Because I like you from the first moment I met you,” ujar Jirey.
Lagi sekali, Dhir tergelak tak beremosi.
“And I like you even more now,” tambah Jirey lagi.