BAB 8 | I

1.4K 234 94
                                    

CUKUP seminit lepas Dhir berlalu, wajah Jirey yang tadinya masih berbunga senyuman serta-merta berubah serius. Dia masih tak berganjak dari tempatnya berdiri dengan mata memandang tajam ke satu sudut tak jauh dari situ.

"You nak keluar sendiri atau you nak I yang tarik you keluar?" Serius saja nada suaranya melontar soalan. Berbeza 180 darjah daripada nada suara yang digunakan untuk bercakap dengan Dhir sekejap tadi.

"I'm serious, Bella!" Suara Jirey kedengaran lagi selepas beberapa ketika berlalu dan masih belum ada respons yang diterimanya.

Dan tak sampai tiga saat selepas itu, seorang gadis memunculkan diri dari sebalik salah satu tiang konkrit di hujung lot parkir itu. Gadis itu tinggi lampai. Dengan dress kembang bunga-bunga separas bawah lutut dan kasut tumit tinggi di kaki. Rambutnya yang blonde dibiarkan lepas sampai ke bahu.

Wajah gadis itu tak beriak apa-apa. Dia melangkah perlahan menghampiri Jirey. Seketika, ruang yang sunyi itu terisi dengan bunyi kasut tumit tingginya. Sehinggalah langkah gadis itu akhirnya terhenti tepat di hadapan Jirey.

"Hi. Long time no see, darling." Kata-kata pertama yang kedengaran daripada mulut gadis itu. Bibirnya yang tercalit gincu merah tersenyum lebar dengan mata yang dengan berani membalas pandangan Jirey.

Jirey menghela nafas. Sempat memutarkan bebola mata sebelum kembali memandang Bella dengan pandangan tajam.

"Apa you buat kat sini?"

Senyuman Bella semakin lebar. Tangan kanan dinaikkan sebelum jarinya lembut menyentuh bahu Jirey.

Lelaki itu laju menepis. Lantas berundur setapak ke belakang, menjarakkan kedudukannya dari gadis itu. Dan kalaupun tindakannya membuatkan senyuman Bella yang lebar itu serta-merta hilang, Jirey tak peduli.

"What about you? Who is that girl?" Tanpa mempedulikan soalan Jirey, Bella pula mengajukan soalan.

"Siapapun dia, tak ada kaitan dengan you."

Riak wajah Bella serta-merta berubah. Hilang sudah segala senyumannya tadi. Wajahnya berubah serius dan matanya tampak tak keruan. Walaupun dia cuba untuk kelihatan tenang. Tapi Jirey perasan bebola mata gadis itu yang tak lagi memandangnya dengan penuh yakin macam tadi.

"Why didn't you put up a statement denying the relationship yet?"

Ha! Jirey melepaskan gelak sinis mendengarkan soalan itu. Kenapa dia tak terkejut pun dengan soalan itu?

"Maybe because it's not just a rumour? Maybe she's really my girlfriend?" Jirey membalas bersahaja. "Kenapa pula I kena deny benda yang betul?"

Dan kata-kata balasnya cukup untuk membuatkan Bella bertambah anxious. Pandangan mata gadis itu tidak lagi tepat ke arah Jirey. "No! You don't lie to me, Jirey. She's not your girlfriend. I don't even know her."

"Eh, eh... I yang bercinta, kenapa pula you yang kena kenal dia? Kesah pula I kalau you kenal dia ke tidak." Laju Jirey membalas. Nada suara masih tenang dengan riak wajah yang kekal beku mengalahkan ketulan ais kat Antartika.

"I don't need your consent to start a relationship, Bella. Lagipun hubungan kita dah lama berakhir. You dah tak ada kaitan dengan I. Yang you sibuk sangat nak ambil tahu hal I ni dah kenapa?" Bertalu-talu Jirey menghamburkan kata.

Diam.

Bella mendengus kasar sebelum matanya merenung Jirey. Segenap wajah lelaki itu dipandang olehnya. Mencari kejujuran, mungkin. Tapi yang dia nampak cuma wajah tak beremosi yang ditayang oleh Jirey. Yang langsung tak dapat dibaca.

"No, no, no. You jangan nak tipu I. Tak mungkin you bercinta dengan perempuan tu. I mean, that makes no sense! She is a stranger, even to you. Isn't she?"

Terus terlepas gelak sinis daripada Jirey. Kepala disentuh dan digaru seketika dahi yang tak gatal.

Berhadapan dengan Bella, selalu buat Jirey rasa macam ni. Terkedu dan tak percaya tentang cara gadis ini berfikir. Dan setiap kali itulah Jirey akan menyesal pernah bercinta dengan gadis ini. Entah apa yang Jirey fikirkan ketika itu, ya?

"You." Pandangan mata Jirey semakin memicing menikam anak mata Bella. "You yang upah orang untuk tangkap gambar I kat hospital dan you yang bagi gambar tu pada media, kan?"

Mata Bella jadi tak tentu arah. Langsung tak memandang Jirey lagi. Dan kemudian gadis itu gelak kecil. Cuba untuk menyembunyikan perasaan cemasnya. "You merepek apa ni, Jirey? Kenapa pula I nak buat macam tu?"

Jirey senyum senget. Keningnya dijongket sebelah. "I don't know. Sebab dengan cara tu you fikir you boleh dapat perhatian I?"

Diam lagi.

Jirey menghela nafas dalam. Dia tak terkejut pun dengan respons Bella. Sebab dia memang sudah mengandaikan yang semua ini berpunca daripada bekas teman wanitanya itu. Dia dapat agak dari awal lagi.

"How many times do I have to tell you that we're over long time ago, Bella? Dan tak kiralah apa yang you buat, I takkan balik kat you. Bila you nak faham?" suara Jirey kali ini rendah di hujung ayat. Kepala tergeleng sedikit.

Rasanya sudah berpuluh kali dia mengatakan benda yang sama kepada Bella. Tapi macam tak ada gunanya pun. Gadis ini seolah tak faham bahasa. Tak, gadis yang seorang ini menolak untuk faham.

"You dengar sini. I don't want you to drag another innocent person for your own drama. Sekali lagi you babitkan orang lain yang tak tahu apa-apa, untuk kepentingan you sendiri macam yang you dah buat kat Dhir, tahulah I nak ajar you macam mana." Keluar sikit aura garang Jirey dibuatnya. Jelas arahan yang dikeluarkan olehnya. Bukan permintaan mahupun pernyataan.

"I know you too well, Jirey. I tahu bila you halang I untuk ambil tahu, itu maknanya ada sesuatu yang you tengah sembunyikan. Kan?" Bella membalas. Ada senyum sinis di hujung ayat.

"I wonder what it is? Apa agaknya rahsia antara you dengan perempuan tu?" tambahnya lagi. Suara seolah sengaja diperlahankan. Gaya berbisik. Satu bentuk provokasi namanya.

Melihatkan reaksi gadis itu, Jirey serius rasa nak sumpah diri sendiri. Rasa nak hantuk kepala sendiri di tembok batu kat belakang sana. Tak pun dengan kepala Bella rasa nak dihantukkan sekali.

Macam mana diri sendiri boleh lupa manusia bernama Bella ini sememangnya selicik ular? Bijak saja mencari peluang dan membuat telahan sendiri.

Ya. Jirey benci diri sendiri kerana pernah melibatkan diri dengan perempuan seperti Bella.

"Sekali lagi I ulang. Whatever it is, hal I tak berkaitan dengan you." Jirey berjaya kekalkan riak wajah tak terkesan. Didekatkan wajahnya ke arah Bella lalu dia berbisik perlahan. "Don't try to do something funny. Stay away from me. Sebagaimana I tak ambil tahu tentang you, you pun jangan menyibuk hal I."

Usai dengan amaran, Jirey menjarakkan wajah.

Namun tak lama, apabila dia teringat sesuatu. Lantas, telunjuk dihalakan tepat ke muka Bella.

"Also, don't mess with her ever again. Sekali lagi you babitkan dia dalam hal antara you dengan I, I takkan lepaskan you. Mark my words."

Sempat Jirey menjeling wajah Bella sebelum lelaki itu atur langkah pergi.

Dan gadis yang ditinggalkan sendirian itu terus mendengus kasar. Melampiaskan geram disaksikan kereta-kereta yang bersusun di sekelilingnya.

📚

Fiksyen (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now