Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
______
“
Kau gaduh dengan Dhir ya, Ji? Sebab tu kau cari jalan nak pujuk dia dengan tiru idea hero novel?” teka Afi.
“Sort of.” Memang Jirey membaca sebab Dhir pun. Jadi dah betul dah tu.
“Tapi bukan sebab gaduh la. Aku cuma nak faham dia.”
Chad, San dan Afi memasing dah tak larat nak tayang muka terkejut lagi dah. Ni dah berapa banyak kejutan sejak tadi. Memang betullah Jirey buang tabiat. Patutlah pun Kid bising cakap Jirey lain macam dua tiga menjak ni. Kesan baca novel ke?
“Elaborate, please?” Chad cuba nasib je. Kut la Jirey nak kongsi.
“Korang tahu kan orang perempuan ni complicated sikit perangai? Dan aku rasa Dhir 88 kali lebih complicated berbanding perempuan-perempuan yang lain.” Selepas baca novel Dhir sejak dua tiga hari ini, itulah kesimpulan yang Jirey buat.
Dhir macam secret garden. Yang mana di dalamnya terlalu banyak benda yang disimpan dan tak diberitahu kepada sesiapa. Gadis itu seolah sudah membina satu pagar yang halimunan di sekelilingnya. Setakat ini, Jirey ada dua andaian.
A. Dhir nak lindungi diri sendiri daripada terluka.
B. Dhir nak lindungi diri sendiri sebab dah pernah terluka.
Antara dua pilihan tu, setakat ni Jirey pilih A. Tapi boleh jadi jugak B jawapannya.
“She is not easy to love.” Seolah keluhan, dia menggumam rendah.
Tapi masih didengari oleh rakannya yang tiga orang tu.
“You think you are?” San membalas. Dah macam Niels Arestrup membalas kata-kata Brad Pitt dalam filem By The Sea. Curi line sama pulak tu.
“Hit home.” Afi laju menyokong, diiringi petikan jari. “Padanlah pun. Kau fikir senang nak sayang orang macam kau, Ji? Kau jangan nak cakap Dhir complicated. Kau tu pun sama je,” kata Afi lagi. Selamba je mengutuk tanpa rasa bersalah.
Mereka yang rapat dengan Jirey tahulah perangai si Tuan Syed ini. Nampak macam riang-gumbira setiap masa. Tapi bila saat dia serius, tahap beku Antartika pun boleh kalah. Ada masa dia keluar aura bos tegas Marv Empire. Tapi ada masa dia macam budak tadika yang asyik grumpy mengadu itu dan ini. Kadang dia tunjuk karismanya. Tapi ada masa juga dia jadi manja yang mahu semua benda Kid uruskan untuk dia.
Sebab tu, Jirey = complicated.
Sekompleks subjek logaritma zaman sekolah menengah dulu.
“Korang tak faham. Dhir, she takes it to a different level.”
Kalau Dhir boleh simpan banyak rahsia tentang diri sendiri daripada pengetahuan ramai orang selama bertahun-tahun, itu maknanya bukan mudah untuk lepasi ‘pagar’ yang dibina oleh gadis itu. Makan masa dan itupun belum tentu dia akan berjaya akhirnya.
Jeda.
Sepi mengisi ruang apabila mereka bertiga membiarkan kata-kata Jirey itu berlalu begitu saja. Tanpa komen apa-apa.
“Kau betul serius dengan dia, kan?” Selepas beberapa ketika, San memecahkan kesunyian itu dengan soalan penuh makna.
Jirey tak terus menjawab. Hanya berlaga pandang dengan San.