Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan perempuan itu. Dayana memiliki segalanya. Harta, wajah dan karisma dalam tangan gadis kacukan itu sedangkan aku? Aku sangat berbeza 200% daripadanya.
Aku hidup tak kaya, pemalu bukan main dan yang paling menyedihkan aku tersenarai dalam nama-nama pelajar berwajah tak famous.. Hmm.. sedihnya hati aku.
Aku sekadar menopang dagu sambil mataku asyik memerhati sebuah kumpulan yang sedang leka bersembang sakan. Mataku lebih tertarik untuk melihat Fakhrul, lelaki yang menjadi pujaan ramai gadis di sekolah kami.
Sejak tingkatan 1 lagi, aku sudah tertarik pada Fakhrul. Orang kata dia berlagak. Bagi aku, dia patut berlagak dengan apa yang dia ada. Wajah yang tampan dan datang dari keturunan berada, tak salah rasanya untuk dia meninggi diri tetapi berpada-padalah. Bagi aku, dia lelaki yang okey compare dengan lelaki lain.
Sedang asyik memerhatikan dia, tiba-tiba aku tergamam. Mata Fakhrul tepat memandang ke arahku. Bibirnya menguntum senyum tatkala mataku dan dia bersatu. Dia senyum kat aku? Seriously? Arghh!!! Mahu sahaja aku menjerit ketika itu.
Apa yang patut aku buat? Balas semula senyumannya atau hiraukan sahaja. Erm.. aku jeling ke arah lain. Itu sahaja reaksi yang mampu aku bagi setakat ini.
"Fakhrul!!"suara manja itu menyeru.
Dan, aku tahu siapa gerangan pemilik suara itu. Tak lain dan tak bukan pasti Dayana. Dari arah belakangku, dia melintas menuju ke arah Fakhrul yang masih dalam kerumunannya.
Dayana masih dengan gaya divanya. Berjalan ala-ala model mendekati Fakhrul. Sempat mataku meliar pada lelaki itu. Senyuman lelaki itu melebar apabila Dayana duduk bersebelahannya. Melihatkan itu, hatiku sakit.
Pemandangan yang tidak begitu indah itu membuatkan aku mahu cepat-cepat beralih dari situ. Air milo tawar itu aku sedut rakus. Dari separuh, kini tinggal ais batu kecil. Tak semena-mena aku bangun mahu pergi.
Belum sempat aku mahu berganjak dari tempat duduk ku, cawan yang berisi ais itu tertumpah ke atas tubuh seseorang. Aku tergamam. Sepasang mata itu garang menikam mataku kembali. Aku menikus ketakutan.
"What the..."gerutunya sambil menyapu seragam sekolahnya yang bercorak sisa milo.
Pelajar yang lalu lalang memerhati tanpa banyak bicara. Daripada menjadi orang tengah, mereka rela menjadi penonton tak dipinta. Lagipun, drama percuma tiada siapa mahu lepaskan.
Aku yang masih diam hanya mampu berdiri di hadapannya. Sempat kaca mataku, aku betulkan. Gemuruh yang beberapa kali mengusik jiwa sungguh buatkan aku jadi tak tentu hala. Bisikan-bisikan kecil makin buatkan aku jadi bertambah resah.
"Dah pakai kaca mata tapi still buta ke apa? Ke kau nak kaca mata yang lebih besar lagi? Hah!!?"perli lelaki itu masih tak lepas memandangku.
Kata-kata lelaki itu diselangi dengan tawa sinis pelajar-pelajar lain. Suka benar mereka kalau melihat ada pelajar yang mahu bertikam lidah.
"Aku min-minta maaf. Aku tak sengaja."terketar-ketar aku menyusun ayat maaf.
"Maaf-maaf.. Tak habis-habis. Semalam kau dah tumpahkan kuah mi sup kat baju aku, selarang kau tumpahkan milo kat baju aku... Cuma maaf aje yang kau mampu bagi?"makin melebar rungutannya.
Aku mengetap bibir. Aku tahu aku salah. Kerana itu aku takut kerana aku salah. Kalau tak salah, mahu saja aku ajak lelaki itu bertumbuk. Bergusti bak WWE pun aku sanggup.
"Maaf.. maafkan saya."aku ulang ayat keramat itu semula. Mana tahu kali ini dia memaafkanku.
Lelaki itu sudah menggeleng-gelengkan kepala. "Kali ini tidak ada kata maaf untuk perempuan macam kau. Sekali kau buat salah dengan aku, tak ada chance untuk kali kedua.!!"
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...