Bab 36

25.6K 810 3
                                    

Bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah buatkan aku berhenti mengaji Al-Quran. Segera aku tamatkan bacaanku. Telekung putih yang ku sarungkan aku tanggalkan lalu aku lipat kemas dan letakkannya di hujung katil. Entah kenapa, seronok pula aku mahu bersemuka dengan Karl. Yang rahsia perlu jadi rahsia.. tapi entah kenapa, aku rasa tak sabar pula melihat gelagat bakal seorang ayah itu. 
Bila pintu bilik diselak, aku lihat kelibat Karl memasuki bilik. Wajahnya yang bengkak buatkan senyumanku yang tadinya menyeringai terus pudar. Tak semena-mena aku merapati Karl. Hatiku berubah risau tatkala dia memegang pipinya yang sudah memerah lebam. Isy, siapa pula manusia yang sudah mencacat cela wajah suami aku ni? Geram betullah!

"Abang, kenapa ni?"soalku risau.

"Tak ada apa."balasnya cuba mengelakkan wajahnya daripada penglihatanku.

Aku mendengus geram. Tolonglah Karl. Jangan cakap tak ada apa kalau sebenarnya memang ada benda yang jadi. Tanpa izin, aku menarik lengan Karl menuruti ku ke sofa di sudut bilik. Aku memaksanya untuk duduk manakala aku pula mengambil tempat di sebelahnya..

Pipi Karl aku pegang lembut. Seperti biasa, Karl merengek manja namun aku tak pedulikan. Bengkaknya kali ini kelihatan agak serius. Nampaknya Karl kena tumbuk dengan kuat ni. Lebam dia memang teruk sangat.

"Siapa yang buat abang macam ni? Isy!" aku mendengus marah. Pipinya ku urut perlahan. Ini memang betul-betul lebam yang dalam.

Segera aku capai minyak sapu yang terletak di kabinet televisyen lalu aku sapu pada wajahnya. Terdengar rintihan Karl dalam kesakitan. Aku masih teruskan tugasku walaupun beberapa kali tanganku ditepis-tepis oleh Karl.

Setelah selesai menyapukan ubat, barulah bibirku dapat tersenyum lega. Tiba-tiba aku rasakan tangan Karl menjalar erat menggenggam tanganku. Pandanganku yabg tertumpu pada tangan kami berdua beralih pada Karl yang ketika itu turut sama memandang ke arahku. Mata kami bertembung. Bibirnya menarik senyum nipis.

"Kenapa Aira selalu ada bila abang perlukan pertolongan?"soalnya masih tak lepas memandangku.

Aku menarik senyum. Mulalah ayat pick up linenya itu. "Sebab Aira memang tercipta untuk ada di sisi abang." aku balas dengan ayat jiwang yang mencairkan hati.

Ketawa Karl meletus. Namun, dia seakan-akan cuba mengawal rasa sakitnya. Jadi, ketawanya untuk hari ni tak berapa nak lawa sangat. Karl mencubit bibirku lembut. Aku pula yang sudah mencuit manja. Isy, Karl memang tak pernah lekang dari menyakat sweet sawit dengan aku ni. Sebab itu, aku tak pernah bosan bila bersama dia.

"Sejak bila pandai bermuqaddimah cinta ni?"sakatnya mencuit-cuit pipiku. Aku biarkan dia buat begitu.

"Sejak jadi isteri abanglah. Banyak dah benda yang Aira belajar dari abang." ujarku sambil mengangkat-angkat kening.

Karl tersengih. "Salah satunya?"

Aku mengukir senyum menggoda. Aku dekatkan bibirku menghampiri wajahnya. Karl kelihatan terpana saat wajahku menghampiri wajahnya. Aku pula yang rasa nak ketawa bila tengok Karl kaku tak berganjak. Aku dekatkan bibirku ke telinganya. Karl diam membiarkan aku buat begitu.

"Aira belajar macam mana untuk mencintai abang."luahku dengan nada penuh seksi.

Karl yang awalnya terkejut tak semena-mena meleret senyum. "Jadi, biar abang ajar macam mana lagi cara untuk mencintai abang dengan lebih jauh." balas Karl lalu dia mengucup bibirku tanpa sempat aku mengelak. Aku yang tadinya nak menyakat dia nampaknya aku pula yang disakat.

Terus aku tarik wajahku. Bibirku aku tutup guna telapak tanganku sementara Karl pula sudah habis-habisan mentertawakan aku. Cis! Dia kenakan aku! Mana aci!

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now