Bab 44

32.4K 862 26
                                    

Aku termenung di jendela tingkap. Suasana kampung yang sungguh mendamaikan buatkan sedikit sebanyak emosi aku jadi stabil. Sudah empat hari, aku pulang ke kampung semenjak kejadian itu berlaku. Argh, aku malas nak ingat perkara itu. Setiap kali aku mengingati Karl, hati aku jadi sakit. Aku juga rasa dihina bila teringatkan aku adalah isterinya. Suami apakah dia itu sampai sanggup mempergunakan aku untuk kepentingannya sendiri.

"Puan, puan menungkan apa itu?"soal Aisyah, guru sekolah mengaji.

Rumahku di kampung sudahpun dibina menjadi sebuah sekolah mengaji yang sungguh menyelesakan. Sekolah ini ada air-cond dan kelengkapannya sangat selesa untuk budak-budak yang datang mahu belajar mengaji. Tak sangka, Airin dapat melakukan tugasnya dengan baik. Selama beberapa hari aku disini, aku rasa sangat gembira kerana adalah juga teman untuk diajak berbicara. Salah seorangnya cikgu Aisyah. Guru baru yang baru menabur bakti hampir sebulan lebih.

Aku melirik mataku padanya. Gadis yang usianya empat tahun tua daripadaku itu mengambil tempat di hadapanku. Dia duduk bersimpuh di hadapanku.

"Cikgu datang cari saya ke?"soalku kepadanya.

Dia memberi sebingkis senyuman lalu menganggukkan kepala. "Cikgu Anita minta saya bawa puan makan bersama."

"Tak apalah. Cikgu semua makanlah dulu. Saya tak ada selera nak makan."balasku cuba untuk menyedapkan hatinya.

"Puan.. kesihatan puan, puan perlu jaga. Sekarang, puan sedang berbadan dua. Tak elok kalau makan lambat. Sedikit sebanyak kesihatan anak akan terganggu."nasihatnya dengan nada lembut dan sopan.

Aku mengumam perlahan. "Saya masih tak selera nak makan. Saya faham badan saya. Anak saya takkan apa-apa kalau saya lambat makan."aku bertegas.

Gadis itu mengeluh perlahan. Dia mendiamkan diri sejenak. Tak semena-mena tangannya menggenggam tanganku lembut. Aku yang sedikit tergamam pada perlakuannya memandang ke arahnya.

"Saya pernah ada di tempat puan. Saya tak pernah beritahu perkara ini pada sesiapa."ujarnya dengan nada sedikit mendatar.

Aku berkerut dahi. "Maksud cikgu?"

Bibirnya menguntum senyum kelat. "Empat bulan lepas, saya mengandung. Kandungan saya baru mencecah usia tiga bulan. Itu anak pertama saya bersama suami."ceritanya.

"Cikgu sudah berkahwin?"soalku sedikit terkejut. Tak sangka guru itu sudah berkahwin. Maklumlah, selama aku ada kat sini, tak pernah pula aku dengar khabar bahawa dia berkahwin. Aku ingat dia bujang.

"Saya pernah berkahwin. Sekarang saya seorang perempuan berstatus janda."jawabnya dengab senyuman yang sengaja dilukisnya. Perit sahaja aku lihat.

"Kenapa cikgu cakap macam itu? Maksud cikgu, cikgu dah pun bercerai?"aku cuba untuk pastikan tebakanku kali ini benar.

"Mungkin inilah agaknya dugaan Tuhan yang saya tak mampu lalui. Suami saya curang belakang saya dan dia berkahwin lagi tanpa pengetahuan saya. Bila saya dapat tahu semua itu, saya redha dan saya terima semua itu sebagai ujian. Sebab saya masih sayangkan dia, saya setuju hidup bermadu tapi perempuan yang suami saya kahwini itu tak mahu hidup bermadu. Dia selalu berusaha singkirkan saya dari suami saya."jelasnya dengan nada sebak. Aku dapat lihat matanya kelam dan sangat kuyu.

Entah kenapa, aku dapat rasakan perasaan sedihnya itu. Perempuan mana yang tak sedih bila lihat suaminya bersama orang lain. Tak semena-mena ingatanku terkenangkan Karl. Lelaki itu memang buatkan aku berfikir dua kali. Dia buatkan aku berfikir sama ada aku layak atau tidak dicintai oleh dia. Selama hampir empat bulan aku menjadi isterinya, tak sangka cinta yang dia hamburkan pada aku palsu belaka. Dan, tak sangka aku adalah mangsa yang sangat mudah untuk dia jatuhkan.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now