Bab 3:-

30.6K 1.1K 62
                                    

Puan Sri Tania menghampiri suaminya yang sejak tadi asyik gelisah semacam. Dia membawakan kopi untuk suaminya. Berharap agar kopi itu dapat meredakan kegelisahan suaminya ketika ini.

"Abang, Nia ada bawakan kopi untuk abang."jemput Puan Sri Tania. Dia meletakkan kopi itu di atas meja yang terletak di dalam bilik bacaan suaminya.

Tan Sri Imran tidak menyahut seruan Puan Sri Tania. Dia asyik mundar-mandir di beranda seperti memikirkan sesuatu. Puan Sri Tania tak semena-mena mendekati suaminya.

"Kenapa bang?"tegurnya menyapa bahu Tan Sri Imran.

Tan Sri Imran terus menoleh memandang isterinya. Kaca mata yang dipakainya dibuka lalu dia mengesat kedua-dua belah matanya. Terdengar keluhan kecil meniti keluar dari bibirnya.

"Business abang dalam problem sekarang ni."luahnya dengan nada lemah.

Puan Sri Tania mengerut dahi. "Kenapa dengan business abang?"

"Abang rugi besar. Kalaulah abang ikut cakap Ismail, mungkin abang takkan rugi sebanyak ni. Sekarang bank nak minta kita bayar balik hutang. Abang dah tak tahu nak dapatkan duit itu dari mana."ujar Tan Sri Imran penuh kesal.

"Abang dah cuba minta pada abang Afran?"

Tan Sri Imran tersengih sinis. "Nak harapkan dia? Abang dah banyak kali minta tolong dengan dia tetapi dia buat tak peduli aje. Menyesal abang minta tolong daripada dia."

Puan Sri Tania sudah terdiam. Dia faham perhubungan suaminya dengan Tan Sri Afran tidaklah baik mana. Hanya kerana harta,  Tan Sri Afran bermasam muka dengan suaminya kerana suaminya mendapat lebih 5% disebabkan suaminya lebih tua.

Lama mereka berdiam diri. Kedua-duanya mencari jalan untuk melepaskan diri daripada masalah yang terjadi.

Akhirnya, Tan Sri Imran bersuara. Mungkin dia sudah ada idea di benak kepala.

"Anak abang Ridhwan dah jumpa?"soalnya tiba-tiba.

Puan Sri Tania berkerut dahi. "Erm, dah jumpa."

"Macam mana dia sekarang?"

"Dia masih belum buat keputusan lagi untuk duduk di rumah arwah ayah. Mungkin sebab dia masih terkejut lagi agaknya dengan berita ni. Sebelum ini pun, arwah abang Ridhwan sara keluarga dia dalam kesusahan."jelas Puan Sri Tania.

Tiba-tiba dia terkenangkan kakak iparnya, Puan Qaisara. Mereka sekeluarga dahulu tinggal bersama di rumah agam milik ayah mereka. Namun, semuanya berubah bila arwah Tan Sri Mukim menghina Puan Qaisara di hadapan Tan Sri Ridhwan.

Qaisara datang daripada kampung. Dia dan kakak iparnya, Puan Sri Yati datang daripada keluarga berada. Jadi, status menjadi pengukur dalam keluarga mereka. Pada awalnya, Tan Sri Mukim tak menerima Qaisara namun setelah mendapat tahu Qaisara mengandungkan cucunya, terus dia menjemput Qaisara tinggal bersama. Namun, semuanya hanya bertahan dalam tiga bulan sahaja.

Setelah Qaisara dituduh mencuri barang kemas milik Puan Sri Yati, dia dihalau keluar dari rumah. Ketika itu Qaisara sedang dalam pantang. Kerana kasihan melihat isterinya diperlakukan begitu, Tan Sri Ridhwan juga turut angkat kaki dari rumah. Kerana itulah, sekarang Aira berada di kampung.

"Anak abang Ridhwan perempuan kan?"kali ini soalan Tan Sri Imran kedengaran pelik.

Puan Sri Tania mengerutkan dahi. Dia masih tidak dapat membaca apa yang difikirkan suaminya ketika ini.

"Kenapa abang tanya?"

"Apa kata kalau kita kahwinkan dia dengan anak kita, Karl? Selepas itu kita minta Karl pujuk dia untuk berikan separuh harta dia pada kita. Dengan cara itu saja, abang boleh back up kerugian ni." cadang Tan Sri Imran.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now