Sudah dua hari berlalu semenjak pernikahan antara Fakhrul dan Dayana berlangsung. Aku sangat lega akhirnya semuanya sudahpun selesai. Memang Tuhan sudah tetapkan aku dan Fakhrul tidak berjodoh maka Tuhan kirimkan Karl untukku dan Dayana untuk Fakhrul. Lagipun, aku pasti.. cinta yang aku rasakan pada Fakhrul hanyalah cinta monyet semata-mata dan apa yang aku rasakan pada Karl sekarang ni mungkin cinta yang benar-benar ikhlas datang dari hati.
Hanya tinggal tiga hari saja lagi, Karl akan menyambut ulang tahunnya yang ke-24. Dan, aku nak dia sambut hari jadinya ini dengan penuh kegembiraan. Pasti Karl gembira bila dapat tahu aku berikan baby sebagai hadiah untuk ulang tahunnya kali ini. Hmm.. tak sabar betul nak tengok reaksi bakal ayah itu.
Usai membeli-belah barang-barang dapur, aku terus menyelusur keluar dari gedung pusat beli-belah Giant. Banyak barang dapur yang belum aku update lagi. Aku keluar ni pun, Karl tak tahu.
Ketika aku mahu melintas jalan, sebuah kereta berwarna putih memandu laju ke arahku. Aku tergamam tatkala melihat kereta itu makin lama makin maju ke arahku tanpa ada apa-apa tanda untuk berhenti. Barang-barang yang aku pimpin terjatuh. Kakiku terpaku diatas jalan kerana terlampau takut. Apa yang aku dengar hanyalah teriakan nyaringku yang bergema.
"Cik!!!" datang satu suara menyergahku dari belakang.
Tubuhku tak semena-mena dipeluknya lalu dia menarik aku ke tepi jalan. Aku dan dia sama-sama terjatuh di bahu jalan. Nasibku baik kerana tubuhku jatuh di atas tubuhnya. Cuma, lenganku saja yang sedikit luka. Lelaki itu pula sudah meraung sakit bila tubuhnya dihempap oleh tubuhku.
Kereta putih itu terus menyelusur laju meninggalkan kami berdua. Mungkin ke pemandu kereta itu memang berniat nak membunuh aku?
"Cik, beratlah."rungut lelaki itu dengan nada kesakitan.
Aku tergamam. Cepat-cepat aku bangkit dari jatuhku. Aduh, macam manalah aku boleh terjatuh di atas tubuh seorang lelaki? Hmm... Lelaki itu juga turut bangun dari jatuhnya lalu dia membersihkan kotoran yang menyinggah di atas pakaiannya.
"Te.. terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Saya tak tahulah apa yang akan jadi kalau awak tak ada untuk selamatkan saya."ucapku dengan bersungguh-sungguh.
Lelaki itu hanya tersenyum nipis sambil matanya menjeling ke arah kelibat kereta putih itu pergi. "Cik ni.. kenal ke pemandu kereta putih itu?"soalnya tidak membalas ucapan terima kasihku.
Aku sekadar menggelengkan kepala. "Tak. Kenapa ya, encik?"
"Saya rasa orang tu ada niat nak bunuh cik. Ke, mungkin perasaan saya aje kot."lancang lelaki itu melontarkan pandangannya.
Kelu lidah aku dibuatnya. Bulu roma ku sudah merinding naik. Ada orang nak bunuh aku? Mungkin ke pemandu kereta putih itu adalah orang yang sama membunuh ibu dulu?
"Cik?? Cik?!" lelaki dihadapanku terus mengawang-awangkan tangannya di wajahku. Cepat-cepat aku tersedar dari lamunanku tadi. Segera aku alihkan pandanganku padanya.
"Ya?"
"Cik terfikirkan apa yang saya cakap tadi ke? Itu cuma andaian saya aje. Cik jangan ambil serius sangat."ujar lelaki itu.Aku sekadar tersengih kerang. "Erm.. saya tak kisah pun. By the way, saya ucapkan thanks sebab tolong saya tadi."ucapku sebelum berlalu pergi.
Barang-barang yang aku beli tadi semuanya sudah rosak digilis kereta tadi. Aku mengeluh perlahan. Apalah nasib aku hari ni? Malang bertimpa-timpa. Terpaksa, aku kembali ke Giant semula untuk beli barang yang baru.
"Cik,cik!!"seru lelaki itu dari belakang.
Aku menoleh ke belakang. Jarakku sudah jauh darinya.
"Kenapa ya, encik?"
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...