Bab 10

25.1K 896 21
                                    

Panjat sahaja tangga, suara orang membaca Al-Quran berkumandang di segenap ruang. Sekali lagi, Karl terpaku. Sudah dua kali berturut-turut dia terpaku saat bacaan ayat suci Al-Quran singgah menyapa gegendang telinganya.

Karl menghampiri pintu bilik Aira yang sedikit terbuka. Dia mengintip di celah pintu. Aira yang sedang bertelekung diperhatinya lama. Gadis itu benar-benar khusyuk membaca Al-Quran. Alunan bacaan itu sedikit sebanyak membuat hati Karl yang kusut menjadi tenang.

"SadaqAllahulAzim.."

Cepat-cepat Karl menyorok di balik perabot bersebelahan bilik Aira. Dia lihat Aira mengatur langkah menjauhi bilik. Lama Karl menunggu sehinggalah kelibat Aira jauh daripada pandangan.

Dengan penuh berhati-hati, Karl mengatur langkah memasuki bilik Aira. Dia mendekati sejadah yang masih terbentang. Terlihat di hujung sejadah, terletak rapi buku suci Al-Quran. Karl tergamam sejenak.

Lama dia merenung Al-Quran tersebut. Sudah bertahun rasanya dia tidak memegang Al-Quran. Selama ini tangannya sibuk membelek perempuan sana-sini. Matanya hanya digunakan sepenuhnya untuk menilai kecantikan wanita liar yang dia rasa berkenan.

Pada masa yang sama, aku memasuki bilik tidurku. Botol besar berisi air putih aku angkut ke bilikku. Aku mahu membuat air yasin. Ibu pernah berpesan kalau hati rasa tak tenang, amalkan air yasin. Tenang hati bila air yasin digunakan untuk membersihkan hati yang gusar. Petua ibu aku gunakan sampai sekarang.

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku lihat kelibat seorang lelaki sesang berteleku di atas sejadah. Lama dia termenung. Aku tersenyum kecil. Fikirku, abang Fakhrul yang duduk bertandang dalam bilikku.

"Abang Fakhrul."tegurku menghampiri kelibat lelaki itu perlahan.

Saat lelaki itu menoleh ke arahku. Aku tergamam. Tak semena-mena air putih yang aku pegang terlepas dari tangan. Terkejutku bukan kepalang saat melihat Karl ada di dalam bilikku.

Wajah Karl tak kalah cuaknya. Cepat-cepat dia mendapatkan aku lalu menekup mulutku kuat. Batal air sembahyang aku dibuatnya. Aku dengar bunyi pintu bilik dibuka. Aku yakin itu abang Fakhrul. Aku mahu menjerit minta tolong namun Karl bertindak pantas dengan mengunci pintu bilik dengan penuh berhati-hati.

Suasana sunyi dan hening. Aku sudah mulai takut-takut saat memandang Karl. Dia masih menekup perlahan sambil dia berikan isyarat untuk aku diam. Bibirku yang menghempas dinding benar-benar menyesakkan. Lagi-lagi bila tubuh Karl hanya jauh sejengkal dari tubuhku.

"Aira..!!!"bertalu-talu ketukan menghempas pintu bilikku. Suara abang Fakhrul menyorak namaku dari luar hanya mampu aku tadah dengan telinga.

" Aira kata nak baca yasin sama-sama."seru Fakhrul.

Air mata aku hampir sahaja mahu mengalir. Ye, bang. Memamg saya nak baca yasin sama-sama dengan abang tapi Karl jadi penghalang. Dia larang saya bersua muka dengan abang. Aku menggerutu dalam hati.

Lama Fakhrul mengetuk pintu. Akhirnya, lelaki itu menyerah. Mungkin, dia fikirkan aku sudah tidur agaknya. Aku dapat mendengar bunyi pintu bilik Fakhrul ditutup rapat.

Suasana hening antara aku dan Fakhrul. Aku sudah ketakutan. Setelah memastikan keadaan selamat, Karl melepaskan mulutku perlahan. Peluh renek menyimbah dahi aku. Bayangkanlah betapa gemuruhnya aku saat ini.

Belum pernah lagi aku berdua bersama lelaki dalam bilik. Karl bukan mahram aku jadi dia tak ada hak untuk sentuh aku macam tadi. Terus aku mengerut dahi geram.

"Abang tahukan saya haram untuk abang. Kenapa abang suka hati pegang saya macam tadi?"bebelku dengan geram.

Karl mengerut dahi. Nampaknya, dia pun ikut sama geram dengan perangai aku.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now