Aku mengerling jam tanganku semalam. Ah, sudah!!!! Aku sudah lewat 15 minit. Entah macam mana pula aku boleh tersasul bangun pukul 9.15? Nasib baiklah sempat bangun untuk solat subuh lepas tu tidur balik. Inilah padahnya.
"Dah lambat! Dah lambat!" bebelku pagi-pagi.
Aku menyarungkan kasut kerjaku dengan tergesa-gesa. Baru sahaja aku mahu turun keluar dari rumah, tiba-tiba sebuah kereta BMW masuk ke perkarangan rumah kampungku. Kalut ku tadi tak semena-mena hilang. Yang kini timbul, adalah persoalan. Siapakah pemilik BMW ini?
Sedang galak aku perhatikan BMW itu, tak semena-mena seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an keluar dari perut kereta bersama-sama dengan seorang lelaki.
Wanita itu mendekati ku yang masih terkebil-kebil di atas tangga usang itu. Bibirnya menguntum senyum memandang ku.
"Cik Aira Farzan binti Ridhwan Amri?"lancar sahaja wanita itu menyebut namaku.
Walaupun aku masih diterpa rasa hairan, aku anggukkan kepala juga.
"Ya,saya. Kenapa?"soalku.
"Ada benda yang kami nak bincangkan dengan cik Aira. Cik Aira tak sibukkan sekarang?"
Aku ketap bibir. "Sebenarnya saya dah nak gerak pergi kerja sekarang ni. Dah lambat."balasku.
"Benda ni penting."
"Tapi.."aku jadi serba-salah.
"Ini melibatkan hal keluarga kita Aira."ujar wanita itu dengan wajah serius.Aku tergamam. Hal keluarga KITA? Jadi, dia adalah saudara aku? Aku pandang semula kereta BMW yang terparkir di hadapan rumahku lalu aku berpaling ke arah wanita itu semula.
Bukan calang-calang saudara aku ni rupanya. Siap ada kereta BMW tapi aku ada rumah pondok yang buruk sahaja. Hmm.. ibu tak pernah pun beritahu pada aku yang selama ini aku ada saudara orang kaya.
"Maksud auntie, saya keluarga auntie?"
Wanita itu memberikan senyuman. Dia faham situasi yang aku alami saat ini. Mesti aku pelik semacam.
"Kita cakap kat dalam. Nanti saya terangkan semuanya."ujar wanita itu.
Aku pun nak taknak terpaksa akur pada permintaannya. Pintu rumah yang terkunci, aku buka semula. Selepas itu, aku menjemput mereka untuk naik ke dalam rumah.
"Silakan masuk, auntie.. uncle.."jemputku dengan sopan.
......
Hari ini, segala apa yang aku lakukan semuanya tak kena. Cuci pinggan, pinggan pecah.. serve customer, terjatuh lah pulak. Senang cerita semuanya tak kena."Kau kenapa ni? Lingkup bisnes aku kalau tiap-tiap hari kau jahanamkan pinggan aku."bebel Encik Khalid.
Pinggan lebih penting daripada pekerja dia.. Hmm.. nampaknya manusia lebih pentingkan harta dunia daripada akhirat.
"Erm.. saya-saya tak sihatlah encik Khalid."aku beri alasan. Untuk mantapkan lagi lakonan, aku tambah adegan nak termuntah.
Encik Khalid terpedaya. Dia sempat memberikan aku pandangan jengkel. Setelah itu dia mendengus.
"Ada sajalah kau ni, Aira. Sudahlah tadi lewat sejam. Kalau orang lain, dah lama maki hamun suruh balik. Sekarang, sakit pula? Ni mesti nak minta balik awal kan?"duga encik Khalid.
Terus aku menggelengkan kepala. Agaklah nak balik, tak ada duit woo..
"Boleh saya minta rehat 1 jam tak? Mungkin lepas saya bangun, saya segar balik ke.."cadangku.
Lama Encik Khalid berfikir. Siap garu dagu sambil tilik aku atas bawah. Dia masih ragu-ragu mahu beri masa tambahan untuk aku berehat. Namun akhirnya, dia setuju juga. Garang-garang dia pun, masih ada belas kasihan lagi.
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...