Kereta jenama Audi diberhentikan di hadapan Masjid Al-Makmurah. Hanya tinggal 1.5 kilometer saja lagi dia akan tiba ke lokasi yang ingin ditujunya. Misi mencari dan memujuk Aira sudah dijalankannya sejak pagi tadi.
Dari dalam kereta, Karl merenung masjid itu dengan pandangan serba-serbi. Sudah lama rasanya, dia tak menjejakkan kaki ke masjid. Solat pun dia tak pernah buat inikan lagi nak ke masjid. Selama ini, tempat yang dia jejak adalah parti, parti dan parti. Dia enjoy, dia leka sampai dia terlupa yang dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
Karl mengeluh lemah. Dia buka pintu kereta. Terasa tak layak pula kakinya yang kotor ini menjejak tempat suci ini. Dosanya yang bertimbun membuatkan dirinya rasa hina untuk melangkah masuk ke dalam masjid. Ketika Karl melangkahkan kaki ke masjid, serentak itu azan Zohor berkumandang di corong speaker masjid.Karl mengatur langkah ke arah tempat wudhuk. Dia lihat kaum lelaki sedang berasak-asak masuk ke masjid. Tempat wudhuk pula kosong tak berpenghuni. Karl terkial-kial sendiri. Sudah lama rasanya dia tak berwudhuk. Dia dah lupa cara berwudhuk dengan betul.
Ketika itu, seorang kanak-kanak lelaki datang ke tempat wudhuk sambil menyinsingkan lengan baju melayu putihnya. Kanak-kanak tersebut mulakan dengan bismillah. Karl ikut perlakuan budak lelaki itu. Bila budak tersebut berkumur, Karl ikut. Terjeling-jeling Karl mahu meniru langkah. Budak lelaki itu tak semena-mena terjeling ke arah Karl. Terus Karl menarik sengih.
"Kenapa abang pandang-pandang saya?"soal budak itu dengan wajah berkerut. Saja buat muka garang.
"Salah ke kalau abang pandang kau? Tak ada pun kan undang-undang cakap memandang orang lain tu salah?"tempelak Karl.
Budak lelaki tersebut sudah mencuek. "Abang tak pandai ambil wudhuk ke sebab itu abang asyik tengok-tengok saya dari tadi?"tebakan budak kecil itu benar.
Karl mengacip gigi. Mata Karl tak semena-mena membelek nama yang tertera pada baju budak lelaki itu. Lokman. Karl terus berpeluk tubuh.
"Bukan cikgu kata orang kedekut ilmu tu akan masuk neraka ke?"tutur Karl dengan nada yakin.
"Abang tak cakap pun, abang nak belajar ambil wudhuk."balas Lokman dengan padu.
Karl menarik sengih. Tak semena-mena Karl memeluk bahu Lokman erat. Dia duduk mencangkung berhadapan Lokman.
"Apa kata kalau Lokman ajar abang ambil wudhuk dan abang akan bayar Lokman Rm5. Nak tak?"soal Karl.
Lokman mengacip giginya. "Cikgu Aisyah kata kalau kita nak tolong orang kita kena ikhlas. Saya ajar abang ambil wudhuk."ujar budak tersebut dengan petah.
Karl bercekak pinggang lalu menggelengkan kepala. Nasib baiklah kau ni comel, budak. Siapalah yang jadi mak dan ayah kau ni mesti bangga ada anak macam kau budak, desis Karl dalam hati.
Satu persatu tindakan Lokman, Karl turuti. Dari berkumur sampailah mencuci kaki dengan tertib. Usai membaca doa selesai wudhuk, mereka berdua berlalu ke dalam masjid. Solat Zohor berjemaah sudahpun terlepas gara-gara tersekat kat tempat wudhuk tadi.
"Lokman jadi imam abang boleh tak?"pinta Karl sambil berdiri bersebelahan Lokman yang baru berusia empat tahun itu.
Lokman sudah berkerut dahi memandang ke arah Karl. Belum pernah lagi dia dengar cikgu cakap budak kecil seusianya mengimamkan orang tua seperti Karl. Lokman sudah tergaru-garu kepala. Pelik!
"Bukan abang ke sepatutnya jadi imam saya? Cikgu Anita cakap orang besar yang imamkan saya."ujarnya membetulkan persepsi Karl.
Tak semena-mena Karl menyengih. Tak fasal-fasal dia ditegur oleh budak. Ya Allah, bodohnya aku tentang agama. Budak pun lebih bagus daripada aku ni. Harap saja business aku perform tapi akhirat aku ke laut. Huh!
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Storie d'amore[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...