Kad nama Puan Sri Tania aku tilik lama. Perasaan aku jadi serba-serbi bila teringatkan tentang perbincangan antara aku dan Puan Sri Yati beberapa hari yang lepas.
"Apa ni?"serbu Linda terus merampas kad nama itu dari tanganku.
Terkebil-kebil aku dibuatnya. Terus aku menoleh memandang ke arah Linda yang sudah duduk satu meja makan denganku. Linda tanpa rasa bersalah membelek kad nama itu sambil menghirup jus orange yang baru dibelinya.
"Puan Sri Tania?"soalnya hairan. Kini matanya memandangku.
Aku tak semena-mena merampas kad nama itu kembali. Bengang betul dengan perangai Linda yang suka ambil barang orang tanpa izin. Kalau dah ambil, minta maaf tak apalah juga. Ini minta maaf pun tak ada.
"Siapa itu?"Linda masih dengan soalan yang sama.
Aku mengetap bibir. Malas mahu melayan soalan Linda yang bagiku akan membuka aib keluargaku. Aku berpura-pura tak dengar. Kembali aku meneguk jus limau yang sudah separuh di dalam gelas.
"Cepatlah!!! Siapa itu?"desak Linda.
Kali ini dia sudah mulai menggoncang tubuhku. Aku beberapa kali menepis. Namun, Linda masih tak berputus asa. Dia teruskan juga mogoknya itu. Sehingga akhirnya, aku mengalah juga.
"Dia makcik aku."ujarku lantang. Puas hati kau, nek?!.
Linda berkerut dahi. "Makcik kau? Bukan ke kau tak ada saudara-mara?"
"Aku pun sebenarnya baru tahu. Ayah aku rupa-rupanya anak Tan Sri Mukim dan Puan Sri Tania adalah makcik aku."terangku serba-serbi.
Melopong Linda dibuatnya. Matanya langsung tak berkedip memandang aku.
"Tan Sri Mukim? Tan Sri Mukim yang kaya itu? Yang tersenarai dalam 10 orang terkaya kat Malaysia itu?"meleret pula soalan yang dituju Linda padaku.
Aku pun tak kenal siapa Tan Sri Mukim itu tapi yang pasti dia orang kayalah. Dah nama pun Tan Sri tetapi kalau bab tercalon sepuluh orang terkaya itu.. hmm.. tak tahu pula.
"Mungkin."dugaku.
"Jadi, kau ni cucu Tan Sri Mukim? Oh my God!!!! Aku sekarang ini sedang bercakap dengan cucu perempuan Tan Sri Mukim? Kaulah rupanya cucu perempuan yang diuar-uarkan itu?"terkejut gamak Linda kali ini.
Dahi aku pula makin berkerut. Tak faham tentang maksud kata-kata Linda. Cucu perempuan yang diuar-uarkan? Jadi, datuk cari aku ke?
"Maksud kau?"
"Tan Sri Mukim pernah cari keluarga anaknya. Dia rasa bersalah dengan anak dan cucunya tu jadi dia upah orang untuk cari keluarga anaknya itu. Aku dengar cerita dia dah jumpa keluarga itu dan nama anaknya itu... Tan Sri Ridhwan.. A.. Amri." dihujung ayat suara Linda sedikit gementar.
"Itu nama arwah ayah aku..."perlahan aku sebut.
Linda masih dalam keadan terkejut. "Jadi, kenapa sekarang makcik kau cari kau?"
"Dia nak aku tinggal kat rumah arwah Tan Sri Mukim semula." ujarku perlahan.
Tak semena-mena Linda menampar bahu aku. "Baguslah itu. Kau duduk ajelah rumah itu. Tak payah kerja sebab kau dah jadi orang kaya. Kalau aku jadi kau, dah lama aku letak surat berhenti kerja lepas itu duduk rumah family aku yang kaya itu."luah Linda memberi pendapat.
Aku sekadar menganggukkan kepala perlahan. Ada betulnya juga kata-kata Linda ini. Kalau dah kaya, buat apa nak bekerja lagi? Goyang kaki ajelah.. tapi, itu bukan cara aku. Bagi aku, nak dapat duit perlu rasa susah bekerja.
"Tapi, itu bukan cara aku." tingkahku.
"Jadi, kau taknaklah tinggal dengan diorang?"soal Linda hairan.
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...