Mataku yang sembap aku buka perlahan. Peritnya mata hanya Tuhan saja yang tahu. Cahaya pagi yang menerobos ke dalam bilikku sedikit sebanyak mengganggu penglihatanku. Aku sedikit berkedip.
Ah, sudah!
Disebabkan aku lihat adegan bermesra antara Fakhrul dengan Dayana semalam, sehari suntuk aku menangis. Apalah nasib aku ni? Kenapa mudah sangat aku percayakan orang? Kenapa mudah sangat aku ditipu? Sudah terang lagi bersuluh, Fakhrul memang ada hubungan dengan Dayana. Mesranya itu sampai buat hati aku ni bagai ditusuk. Fakhrul membelai pipi Dayana dan Dayana pula genggam erat tangan Fakhrul. Aku makan hati.
Aku ni siapa sebenarnya pada abang Fakhrul? Dia kata dia tiada hubungan dengan mana-mana perempuan tetapi semalam tu.. apa dia? Huh! Aku kecewa. Lelaki yang selama ini aku simpan baik-baik dalam hati sudahpun sakitkan hati. Aku rasa marah dan sedih. Perasaan ku bercampur baur.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku akan cuba lupakan abang Fakhrul. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku dan dia. Terus aku menuruni katil lalu mencapai tuala yang tergantung di hujung katil. Bilik air terus aku jejaki untuk membasahkan badan.
Seusai berkemas, aku pandang cermin. Mataku yang sembab aku belek. Memang dah tak boleh nak sembunyi. Kesan macam orang menangis jelas terserlah. Aku mengeluh. Aku capai bedak compact ku lalu aku tepek ke bawah mataku. Berharap agar kesan itu dapat hilang. Namun beberapa kali aku cuba, kesan itu masih tak hilang. Aku mengeluh. Percuma betul usaha aku ni. Sia-sia saja.
Akhirnya, aku cuba idea lain. Mataku dikecilkan. Okey, kali ini idea ini menjadi. Nampak macam tak menangis dah. Lepas rasa lega sedikit, aku mengatur langkah kakiku keluar dari bilikku. Ketika aku keluar, ketika itu jugalah Karl mahu masuk ke dalam biliknya. Tak semena-mena aku berlanggar dengannya.
Dahiku yang sakit melanggar dadanya ku urut. Mataku menjelingnya setelah itu aku berura-ura pergi. Tiba-tiba aku rasakan tangan Karl mencengkam daguku lalu dihadapkan wajahku ke arahnya. Dia belek wajahku seketika lalu dia ketawa berdekah.
Terus aku menepis tangannya. "Apa ni?! Suka hati sentuh saya. Isy!"aku mendengus lalu menarik muka geram.
Tak selesa betullah bila duduk satu rumah dengan Karl ini. Lelaki itu memang tak kenal halal haram. Semua dipegangnya. Aku menggerutu geram. Tak senang dengan kehadiran Karl di sini. Karl masih galak mentertawakan ku sambil menekan-nekan perutnya. Aku buat muka jengkel. Apa yang kelakarnya?
"Pfft.. sembab macam menangis hilang suami."ejeknya sambil menuding-nuding ke arahku.
Aku terdiam. Cepat-cepat aku sembunyikan mata ku. Kenapalah aku boleh terlupa tentang mata aku ni. Segera aku kecilkan mataku dan berura-ura mahu pergi.
Sekali lagi, Karl menyambar lenganku. Langkah kakiku mati. Aku menepis kasar tangannya lalu menoleh lelaki itu dengan wajah geram.
"Tak puas lagi ketawakan orang?"soalku apabila melihat Karl masih tersengih-sengih mengejek.
Karl menggelengkan kepala. Perlahan-lahan wajahnya berubah tanpa perasaan. Matanya redup menikam anak mataku.
"Kau menangis sebab Fakhrul kan?"soalnya tiba-tiba.
Terus aku alihkan mataku ke tempat lain. Aku berpeluk tubuh sambil tarik muka marah.
"Abang Karl tak perlu tahu.."ujarku lalu mengatur langkah meninggalkannya.
"Aku yakin yang kau dah nampak dia dengan Dayana kan? Betul tak apa yang aku cakapkan ni?"soal Karl dengan nada ingin tahu.
Tak semena-mena langkahku mati. Macam mana Karl tahu? Dia intip aku ke? Tebakku sendiri.
"Aku kesian tengok kau. Kena tipu dengan orang yang kau sangat suka."luah Karl. Aku dengar langkah kakinya mendekatiku dari belakang.
Sekarang, aku dapat rasakan aura lelaki itu dibelakangku. Dingin. Aku tak menoleh. Aku masih tercegat membelakanginya.
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...