Bab 45

32.9K 910 15
                                    

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak, aku terus menadah tangan memohon doa. Hanya Allah sahaja tempat untuk aku menceritakan masalahku kini. Hanya pada Dia sahaja aku minta solusinya.

'Ya Allah, Ya Tuhanku.. kenapalah aku mudah sangat jatuh dalam tangan lelaki seperti Karl itu? Salahkah aku menjauhkan diri daripada lelaki yang sudah menganiayaku sebagai isterinya? Kenapa dia sanggup lakukan aku begini?' luahku melepaskan segala yang terbuku dalam hatiku.

Air mataku mengalir deras. Walaupun aku sudahpun jauh daripada Karl tetapi fikiranku masih terfikirkan dia. Dalam kepalaku sering kali terimbau kenangan manis antara aku dan dia.  Arghhh!!!! Kenapa dia buat aku sampai macam ni sekali? Kenapa dia sanggup lukakan aku sampai macam ni sekali? Aku mengeluh kesal.

Telefon pintar yang terletak di birai katil aku capai. Seharian aku tak membelek telefon. Aku tahu Karl takkan henti-henti menghubungiku dan akan cuba pujukku. Mohon maaflah encik Karl. Sekali saya ditipu, Saya malas nak percayakan orang yang sama buat kali kedua. Awak ingat mudah sangat untuk saya maafkan awak?

Betul seperti apa yang aku duga. 20 panggilan terlepas, 35 mesej dan juga 59 whatsapp dari nombor yang sangat aku kenali. Nombor daripada Karl. Aku mengetap bibir. Setiap whatsapp dan mesej yang dia hantar aku baca dengan perasaan bercampur baur.

'Aira, maafkan abang.. Semuanya cuma salah faham. apa yang Aira dengar semuanya tak betul'

'Perempuan itu sengaja nak musnahkan perkahwinan kita ni. Memang sejak dari awal lagi, abang dah memang sayangkan Aira. Tak ada sebab lain abang pilih Aira jadi isteri abang.'

'Aira dah makan ke? Tolong jaga kesihatan anak kita. Biar abang sorang aje tak makan asalkan sayang abang makan.'

'Aira kat mana sekarang ni? Abang rindukan Aira. Baliklah rumah. Abang tunggu Aira.'

'Aira.. maafkan abang,please.'

Tolonglah jangan berpura-pura ambil berat fasal aku kalau awak memang tak ikhlas cintakan saya. Kenapa kerana harta, awak sanggup lukakan hati saya? Kenapa bahagianya awak dapat menjatuhkan saya? Apa manfaatnya awak buat saya macam ni, Karl?

Tak semena-mena tanganku menari di atas skrin telefon lalu jariku menekan butang dail. Telefon pintarku aku tekap ke telingaku. Bunyi bip bip beberapa kali lalu panggilan ku diangkat oleh si gerangan yang aku hubungi.

"Aira!"serunya dengan nada penuh gembira.

Aku tidak menyahut. Aku diam untuk seketika. Nampak saja aku biasa namun hatiku memang rindukan suara Karl. Suaranya yang sangat mendayu di telingaku.. namun, aku perlu kuat. Aku tak boleh kalah untuk kali ini.

"Aira sayang. Aira kat mana? Beritahu abang dan abang akan jemput Aira sekarang juga."selorohnya dengan penuh mengharap.

"Cukuplah, Karl. Tolong jangan mainkan aku lagi. Semua drama kau dah tamat. Aku bukan lagi mangsa kau yang mudah untuk kau mainkan lagi." balsku dengan nada mendatar.

Karl diam. Terpana mendengar kata-kataku yang agak mengguris hati jantannya.

"Aira, apa yang Aira dengar tu semuanya.."belum sempat Karl menghabiskan ayatnya, aku mencelah.

"Tak ada benda untuk kau jelaskan pada aku lagi. Bagi aku, apa yang kau katakan semuanya tipu belaka. Aku benci kau. Disebabkan kau, aku tak percayakan semua orang. Aku benci kau! Aku benci Kau!!!!!!" laungku melepaskan amarah yang membungkam dada.

Tiada suara yang menyahut di hujung talian. Karl diam membisu. Dia dengar saja apa yang aku bebelkan padanya.

Akhirnya satu keluhan berat Karl lepaskan. Dia seru namaku perlahan.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now