Bab 46

30.8K 866 17
                                    

Karl mengatur langkah kakinya memasuki cafe. Hari ini, pelanggan nampak tak begitu sesak di dalam cafe. Suasana juga tidak begitu sibuk. Haril menuruti dari belakang.

Mata Karl tak semena-mena mengalih pada seorang lelaki yang sedang leka membersihkan meja dan juga seorang gadis yang sedang asyik membersihkan kaunter yang dijaga. Karl langsung tak mendapatkan mereka, melainkan dia melangkah terus ke arah Encik Khalid yang ketika itu baru saja keluar dari dapur cafe.

"Hye, Khalid."sapa Karl dengan mesra. Khalid, rakan perniagaannya. Jadi, senang sikit dia nak berurusan dengan Khalid.

"Eh, encik Karl. Dah lama tak nampak? Dah jarang singgah kafe saya sejak dua menjak ni. Dah pergi kafe lain ke?"senda Encik Khalid. Gurau saja-saja.

Karl sekadar ketawa kecil. "Saya sibuk sejak kebelakangan ni. Jangan kata nak pergi kafe, balik rumah sendiri pun jarang-jarang. Banyak projek nak kena siapkan."

"Biasalah. Orang business memang macam itu. Saya pun kadang tak ada masa untuk anak bini."balas Encik Khalid.

Matanya terpandangkan Haril yang sejak tadi membisu di sebelah Karl. "Encik Haril pun jarang lepak sini sekarang? Busy ke?"tempelaknya.

Ya lah, dulu si Haril ni rajin melepak bersama girlfriendnya ke sini. Hari ni, muka lain.. esok muka lain pula. Yang pasti kebanyakan awek yang Haril bawa memang muka cun-melecunlah.

Haril sekadar tersengih sumbing. " Busy jugalah."balasnya pendek. Saja nak lari daripada soalan cipumas encik Khalid.

"Kami datang sini ada sebab. Saya nak jumpa dengan pekerja nama Linda dan Danny. Diorang ada kerja ke sekarang?"soal Karl tidak mahu melengahkan masa.

Encik Khalid mengetap bibir. Matanya tak semena-mena teralih pada Linda dan Danny. Ketika itu mereka berdua sudah berkumpul bersama. Nampak gayanya macam sedang buat mesyuarat setinggan. Siap tuding-tuding ke arah Karl pula itu. Sah, mengumpat fasal Karl.

"Diorang tak sibuk sekarang. Kalau encik Karl nak jumpa, saya bagi."ujar encik Khalid.

Karl menganggukkan kepala. Dia memandang ke arah Linda dan Danny yang sudah berjalan ke arahnya setelah dipanggil oleh Encik Khalid.

"Boleh saya nak bercakap dengan kamu berdua tak? Kat sana?"soal Karl sambil menunjukkan ke arah tempat perbincangan mereka nanti.

Linda dan Dannya mengangguk setuju. Terpaksa setuju sebenarnya. Kalau tak disebabkan encik Khalid, memang taklah dia nak bersemuka face to face dengan Karl. Kejadian di malam pernikahan Karl dan Aira, masih segar dalam ingatan mereka berdua. Bagaimana layanan buruk Karl kepada mereka terutamanya pada Danny. Salah ke orang biasa datang ke sambutan pernikahan orang berada? Hmm.. nilai pada level padahal semua dicipta oleh Tuhan yang sama.

Setelah mereka berempat duduk berhadapan, suasana hening membelengu. Keempat-empatnya sama-sama membisu. Karl diam kerana sibuk untuk memulakan ayatnya.

"Korang berdua ni kawan Aira semasa dia kerja kat sini kan?"soal Karl setelah sejenak mendiamkan diri.

Linda dan Danny saling berpandangan lalu memandang semula ke arah Karl. Nak tak nak, mereka terpaksa menganggukkan kepala. Dah memang kenyataannya mereka berkawan dengan Aira.

"Kenapa encik Karl tanya macam itu?"soal Danny dengan nada hairan.

Karl mengeluh perlahan. "Korang tahu tak kat mana tempat yang Aira selalu pergi bila dia ada problem? Kalau tahu, tolong beritahu aku." bukannya menjawab soalan, dia pula yang bertanya soalan.

"Erm, dulu.. Aira tak banyak sangat tempat yang dia pergi. Seingat sayalah, dia kalau tak kat cafe mesti kat rumah. Kalau cuti pun, dia takkan keluar dari rumah."ujar Linda.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now