Bab 42

28.3K 872 9
                                    

Badanku yang terasa lelah aku baringkan di atas katil. Seharian berjalan di luar memang memenatkan. Lagi-lagi bila berbadan dua ni. Cepat betul mengeluh penat.

Badan saja yang penat tapi mataku masih tak mampu aku lelapkan. Beberapa kali aku cuba untuk menutup mata namun aku masih terjaga. Akhirnya, aku mengeluh perlahan. Kenapalah aku jadi macam ni? Erm.. mungkin aku teruja sangat kot menunggu hari esok. Nak buat kejutan untuk suami.

Bibirku mengukir senyum gembira tiba-tiba. Perutku yang masih kempis aku raba perlahan. Hmm.. tak sabar betul nak tunggu masuk lima bulan, mesti besar perut aku nanti. Nak rasa baby bergerak!

Telingaku tak semena-mena menangkap bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aku tahulah kereta siapa itu. Mesti Karl sudah pulang ke rumah. Terus aku berpura-pura tidur.

Beberapa minit menunggu, aku dengar derapan tapak kaki seseorang memasuki bilik. Keluhan suara garau itu membuatkan aku rasa tebakan ku benar. Karl lah si gerangannya itu. Aku masih berpura-pura tidur. Kononnya lah.

Karl berlalu ke arah sofa lalu menghenyakkan tubuhnya yang kelelahan di atas sofa. Tali leher yang menjerut kolar bajunya dilonggarnya. Satu keluhan berat dilepaskannya. Argh!! Serabut! Kepalanya runsing. Satu persatu masalah datang.

Petang tadi, selepas selesai masalah papa tiba-tiba dia boleh terserempak dengan Fazura, gadis simpanannya. Fazura datang mengharapkan mereka boleh get back semula. Memang taklah, Karl nak setuju.

"Kenapa you boleh berubah macam ni?  I baru tinggalkan you sekejap then senang betul hati you beralih."ujar Fazura dengan nada geram.

Karl mengeluh perlahan. "I dah tinggalkan zaman gelap I tu. Now, you and I just a friend. Thats it."terang Karl masih mahu berunding.

Fazura menyinis. Dia tak semena-mena berpeluk tubuh. Ingat senang ke encik Karl oit?! Jangan harap I boleh lepaskan you senang macam itu aje.

"You ingat senang ke I nak lepaskan you?"ugut Fazura.

"I know. Thats why I akan bayar you berapa yang you nak. Then, you jangan ganggu hidup I lagi lepas ni. Now tell me how much do you want?"balas Karl sambil mengeluarkan beg dompetnya.

Fazura mengetap bibir. "Now, you layan I macam pelacur you. I tak jual cinta I Karl. Apa yang I nak cuma you. I tak kisah you dah jadi husband orang pun, I still nak you. I tak kisah kalau jadi bini nombor dua sekalipun."lantang Fazura melontarkan pendapatnya.

"Fine. Then, I akan tamatkan semuanya sampai sini."tegas Karl. Malas betul mahu berunding dengan orang keras kepala ni. Susah sangat ke nak terima duit dan berambus? Duit kan boleh beli apa saja!

Karl berura-ura mahu pergi meninggalkan Fazura. Namun belum sempat beberapa langkah dia menjerit, dia terdengar rakaman suaranya di pasang.

'She's not my taste. I akan always cintakan you. Perkahwinan ni bukannya betul pun semuanya berasaskan business. Dia senang ditipu maka dia akan jadi mangsa I. After I dah dapat lunaskan hutang syarikat, I will married you. I'm promise. Hmm.. I kesian dengan Aira. Pity girl..'

Tamat sahaja rakaman suara itu, Karl melangkah laju mahu merampas telefon pintar Fazura namun gadis itu pantas mengelak. Dia terus menyembunyikan telefon pintarnya dalam beg tangannya. Dahi Karl yang berkerut marah langsung tak memancing rasa takut dalam hatinya. Lantaklah. Kau mulakan semua ni. Kau tanggunglah akibatnya.

"I tak sangka you teruk macam ni, Faz. Bagi rakaman tu pada I!!"bentak Karl marah. Pandangan orang sekeliling langsung tak diendahkannya. Rasa marah yang memuncak membutakan rasa malu dalam dirinya.

"Then, kalau I bagi pada you, apa yang I akan dapat?"Fazura membalas dengan nada sinis.

Karl terdiam. Dia tak mampu menjanjikan apa-apa. Fazura tersengih sinis. Dia tak semena-mena berdiri lalu meninggalkan meja makan. Semasa melintasi Karl, dia sempat membisikkan sesuatu.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now