"Fakhrul.."seru Dayana manja. Tangan kasar Fakhrul diraihnya lalu digenggam erat.
Dia masih terkejut dengan kejutan yang diberikan Fakhrul hari ini. Patutlah Fakhrul beria-ia sangat larang dia datang ke rumah. Rupanya, ada udang di sebalik batu. Lelaki itu rupanya mahu mengajaknya lepak di restoran.
Sekali sekala Dayana membelek suasana restoran yang sedikit sibuk dengan pelanggan. Restoran yang ditempah oleh Fakhrul tak kalah romantisnya. Restoran di tepi pantai. Langit menjelang senja menjadi tatapan paling indah. Lagi indah bila disaksikan berdua bersama dengan orang yang disukai.
Fakhrul mengukir senyum nipis. Entah kenapa, dia rasa tak selesa bila Dayana memegang tangannya. Sejak mereka bertunang, Fakhrul terasa seperti mahu menjarakkan diri dengan Dayana. Hatinya ragu-ragu. Dia seperti merasakan pilihannya adalah salah.
"Baguslah, kalau you suka."balas Fakhrul tak lekang dengan senyumannya.
"Pandai you tempah tempat sweet kan? Seronok bila dapat saksikan semua ini dengan orang yang kita cinta."luah Dayana dengan nada gembira.
"You tunang I so I tahulah kat mana tempat yang you nak pergi." ujar Fakhrul lalu menghirup jus ice lemon tea.
Spaggeti bolognese yang terhidang langsung tak dijelingnya. Mata Fakhrul sedari tadi asyik mengelak dari memandang wajah Dayana. Gadis itu tidak perasan pada kelakuan anehnya hari ini.
Entah kenapa, Fakhrul fikirkan sesuatu. Jasadnya berada bersama Dayana namun fikirannya terbang memikirkan Aira. Bila Aira muncul dalam hidupnya, dia rasa lebih selesa. Benarkah hatinya sudah jatuh suka pada gadis itu? Takkan mungkin lah?
"You.. bila you nak ajak family kita bincang fasal wedding kita? Mama I asyik tanya saja, beb."rungut Dayana dengan muka masam mencuka.
Fakhrul mengetap bibir. "Kenapa?"
"Dah hampir setahun kita bertunang tapi masih tak plan apa-apa pun tentang perkahwinan kita. I tak sabar nak kahwin dengan you, Fakhrul." luah Dayana.
Fakhrul mengeluh perlahan. Matanya redup memandang wajah bersih Dayana. Lama dia menilik wajah Dayana. Dayana turut sama merenung wajahnya dalam. Sebingkis senyuman dihadiahkan Dayana pada Fakhrul.
"Kenapa you pandang I macam itu?"akhirnya terpacul soalan itu darri mulut Dayana. Dia sudah tersipu-sipu malu.
"Kenapa? Tak boleh ke I pandang bakal isteri I lama-lama?"Fakhrul jual kata manisnya.
Makin merona merah pipi Dayana dibuatnya. Inilah yang dia sukakan pada Fakhrul. Lelaki itu bukannya senang nak keluarkan ayat jiwang tapi sekali lelaki itu pekena ayat pickup line.. cair hati Dayana dibuatnya. Tak ada mana-mana perempuan yang pernah ber'cia-cia' dengan Fakhrul. Dayana sahaja yang boleh.
"You dah pandai kan sekarang? Sajalah tu, nak mengelak dari jawab soalan I tu."Dayana sudah buat muka itik. Dia bersilang tangan di dadanya. Gayanya acah-acah kanak-kanak geram gitu.
"Sayang.."Fakhrul meraih tangan Dayana lalu menggenggam tangan gadis itu erat. Berharap cara ini dapat memujuk Dayana yang sudag makin memuncung sedepa.
"What?"
"I.. I bukan apa. You tahu sendirikan I dapat keluarga baru. My family sekarang sibuk dengan my new family, my cousin.."pujuk Fakhrul dengan nada lembut.
Dayana sudah mengerut dahi. Apa maksud Fakhrul dengan keluarga baru? "You ada keluarga baru?"
"You know about my cousin, right? Aira, yang I ceritakan itu?"soal Fakhrul cuba memancing ingatan Dayana yang lepas.
Dayana menganggukkan kepala. Cerita itulah dia ketagih sekarang ini. Sungguh, dia tak menyangka Aira merupakan cucu Tan sri Mukim yang dicari selama ini. Patutlah, Tan Sri Afran ambil Aira bersekolah di sekolah mereka.
YOU ARE READING
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡
Romance[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah beru...