Bab 57

49.8K 1K 18
                                    

Dayana memasuki bilik Karl. Dia bawakan jambangan bunga ros merah sebagai buah tangan untuk Karl. Masuk sahaja ke dalam bilik, Dayana melihat Karl di atas kerusi roda sambil menikmati petang yang sedikit hening itu. Cuaca yang baik untuk beriada bersama keluarga.

"Dah makan?"soal Dayana sambil meletakkan jambangan bunga ros tersebut di atas katil Karl.

Karl memusingkan kepala memandang Dayana. Sebingkis senyuman selamat datang dihadiahkannya pada Dayana. Setelah itu, dia kembali menikmati suasana petang itu.

Dayana berpeluk tubuh lalu menggelengkan kepala. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati Karl.

"Bila masa pula hobi kau termenung pandang tingkap ni? Sejak sedar ni, berubah terus selera kau kan?"sampuk Dayana langsung tak berlapik.

Karl tersengih. "Hal aku bukannya hal kau."

"Apa-apalah Karl. Itu, aku ada bawakan bunga ros untuk kau. Aku taktau nak bagi apa jadi itu saja yang aku mampu fikirkan."ujar Dayana sambil memuncung ke arah jambangan bunga rosnya yang terletak di atas katil.

"Terima kasihlah. Ada juga ingat aku."balas Karl cuba menyakat.

Dayana menyengih. Gila tak ingat kau. Budak playboy yang punyalah susah nak setia dengan perempuan tapi sekarang kau dah buktikan yang kau mampu setia pada seorang wanita dan aku tabik pada lelaki macam kau. Mahu saja dia hamburkan ayat tu namun Dayana tak mahu. Biarlah dia pendamkan saja.

"Aku dengar cerita, kau dah cerai dengan Fakhrul? Betul ke?"soal Karl langsung tak bertapis.

Dayana mengeluh perlahan. Tak semena-mena dia berpeluk tubuh. Satu senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

"Betul itu. Dia yang ceraikan aku dan aku dah terima segalanya dengan hati yang terbuka. Mungkin jodoh aku dan dia memang tak panjang agaknya." ujar Dayana dengan tenang.

Karl sekadar mengangguk. "Kau cerai dengan dia sebab dia tak dapat terima yang kau bawa mak dia ke balai kan? Huh, aku tak sangka kau boleh berani sampai macam itu sekali." tambah Karl lagi.

Dayana menyengih panjang. "Dari mana kau tau semua ni?"

"Haril beritahu aku."balas Karl pendek.

Kurang asam punya Haril. Semua benda dia nak cerita. Memang patutlah dia digelar si gossip boy. Semua benda nak jadi viral. Aih!

"Baguslah kau dah tau. Tak adalah susah-susah aku nak cerita benda yang sama."ujar Dayana.

"Sebenarnya, aku dah tahu rancangan auntie Yati tu dari awal. Haril pun sempat beritahu aku. Cuma, aku diamkan saja. Kematian uncle Ridhwan dan auntie Qaisara itu pun berpunca daripada dia."ujar Karl.

Dayana berkerut dahi. "Macam mana kau tahu?"

"Sebelum aku jumpa Aira tu, aku ada dengar perbualan auntie Yati dengan konco dia. Bila aku dengar dia nak rancang something, aku dah mula tak sedap hati."jelas Karl.

Dayana sekadar menganggukkan kepala. "Sekarang, korang berdua dah selamat. Auntie Yati pun sekarang dalam penjara." balas Dayana.

Karl mengeluh perlahan. Dia mendiamkan diri lama. Tak semena-mena Karl mengalihkan perhatiannya pada bunga melur yang sudah banyak dalam pasu bunga di sebelah katilnya. Akhirnya dia melirik senyum.

Dayana yang turut sama melihat Karl terus memandang bunga melur itu. Dia faham apa yang dirasakan Karl.

"Bunga itu Aira kumpul sejak mula-mula kau masuk hospital. Dia nak kira berapa lama kau tak disamping dia. Sekarang, dah 6 bulan berlalu dan kau sedar. Syukurlah."ucap Dayana meraup wajahnya.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now