Bab 11

23.2K 840 30
                                    

"Dia?!" Karl sudah membuat muka jengkel.

Aku dijelingnya dengan penuh marah. Tertunduk aku dibuatnya. Fakhrul yang berada di sebelahku cuba untuk selindungkan aku dibelakangnya.

"Tak boleh ke bawa Aira sekali?"

Karl mengacip gigi. "Budak kampung ini akan menyusahkan kita aje."

"Jaga mulut kau, Karl. Dia masih saudara kita. Dia masih darah daging Tan Sri Mukim. Kau tak boleh nak menidakkan semua itu." bela Fakhrul cuba mempertahankan maruah aku daripada dipijak-pijak oleh Karl.

Karl berpeluk tubuh. Asyik-asyik Tan Sri Mukim. Memanglah, Aira cucu Tan Sri Mukim namun gayanya tak menggambarkan dia cucu Tan Sri Mukim. More kepada pembantu Tan Sri Mukim. Perli Karl dalam hati.

"Fine!"akhirnya Karl mengalah.

Dia kembali duduk di sebelah pancingnya yang sedang terpasang. Aku dan abang Fakhrul saling berpandangan antara satu sama lain. Tak semena-mena abang Fakhrul tersenyum memandangku. Dia buat muka mengejek Karl. Aku ketawa melihat telatahnya itu.

"Cepatlah. Cepat dapat ikan, cepat sikit kita berambus."jerkah Karl menjeling ke belakang.

Aku cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Fakhrul. Abang Fakhrul jadi pemisah antara aku dan Karl. Tak naklah aku cari naya duduk sebelah Karl. Mau tak bergerak aku kalau duduk di sebelahnya. Dekat dengan Karl, terasa aku ni msih belum merdeka lagi. Tak bebas.

Joran dan tali pancing aku keluarkan. Di kampung, aku selalu menangkap ikan di paya. Jadi, setakat pancing ikan ini bukannya masalah besar sangat bagi aku. Sedari tadi, abang Fakhrul perhatikan aku memasang joran.

"Pandai eyh,Aira pasang joran. Macam dah pro aje."puji Fakhrul dengan senyuman di bibir.

Aku tersenyum mendengar pujian Fakhrul. Mau melingkar senyuman aku sampai hujung telinga. Lebar sahaja bila dipuji crush sendiri.

"Budak kampung.. Biasalah itu." sampuk Karl tiba-tiba.

Aku menjeling Karl sekilas. Dia ni tak habis-habis ejek aku budak kampung. Dia fikir budak kampung macam aku ni tak ada perasaan ke? Aku pun ada hati tau. Hina sangat ke budak kampung macam aku ni? Ha?! Sekurang-kurangnya, budak kampung macam aku ni membesar jadi orang bukan macam dia, membesar jadi playboy acah-acah bagus!

"Karl, kau ni kan.." baru sahaja abang Fakhrul mahu membalas, aki terus melarangnya. Aku gelengkan kepala pada abang Fakhrul.

Biarkanlah orang keras kepala macam abang Karl itu. Dia itu kepala api. Kalau dibalas dengan api, makin maraklah jawabnya. Kepala api perlu dibalas dengan air. Jadi, jangan melawan.

Sepuluh minit kami menunggu namun pancing masih belum mengena.  Aku lihat pemancing di sekitar sudah dapat hasil. Kami langsung tiada.

"Kau yakin ke tempat ini ada ikan?"soal Fakhrul memandang Karl.

"Naluri aku selalu betullah. Kau jangan risau."ujar Karl bangga.

Aku mencebik di belakang. Berlagaknya mamat ini? Dia fikir dia tu siapa? Ahli nujum ke? Aku mengejek dalam hati.

"Kalau ikut naluri kau, sampai bila-bila kita tak dapat ikan tau."balas Fakhrul.

"Kau diamlah. Kalau taknak memancing kat sini, kau boleh berambus pergi tempat lain."jerkah Karl geram.

Fakhrul mendengus geram. Tak semena-mena Fakhrul menarik lenganku. Nampaknya, Fakhrul memang nak menjauhkan diri daripada Karl. Aku turutkan saja ke mana Fakhrul mahu membawaku. Aku pun memang tak betah berlama-lama dengan Karl. Makin benci pula tengok perangai dia yang super mengada-ngada itu.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now