Prolog

1.3K 108 0
                                    

"Jadi, apa yang kau suka tentang hidup ni?"

"Berat tajuk kau tu?"

"Well, saja. Benda random dalam kepala."

"Hmm entahlah. Sebenarnya aku pun tak pasti."

"Tak pasti tentang?"

"Kau tengok, kita ni semua hidup sama je. Lahir, membesar, pergi sekolah, masuk U, kahwin, ada anak, cucu then mati. Kerja sampai mati."

"Dah tu? Apa yang kau expect?"

"Sebab tu aku kata yang aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku nak. Kitar hidup kita sama je. Rasanya macam risiko je kalau aku letak harapan tapi end up sendu."

Diam.

"Kau pulak?"

"Aku?"

Angguk.

"Aku percaya pada cinta. Cinta tulah yang menentukan hitam putih hidup kita."

"Wow, who is the lucky one?"

"Macam jawapan kau, aku pun tak tahu."

Tipu. Jawapannya ada pada insan di sebelah di atas rumput hijau di bawah terang bulan malam itu.

"Hidup ni complicated, kan?"

"Mungkin."

"Aku sayang kau, doh."

Dengan penuh perasaan, jawapannya adalah, "Aku pun sayang kau jugak..."

_____________

5-8 votes for next update!!!

Kerana Flannel...Where stories live. Discover now