Hidup ini memang macam pantat! Sangat pantat! Aku ingat lagi aku pernah berbual mengenai hal ini di atas bukit tempat biasa dengan Darius.
"Jadi, apa yang kau suka tentang hidup ni?"
"Berat tajuk kau tu?"
"Well, saja. Benda random dalam kepala."
"Hmm entahlah. Sebenarnya aku pun tak pasti."
"Tak pasti tentang?"
"Kau tengok, kita ni semua hidup sama je. Lahir, membesar, pergi sekolah, masuk U, kahwin, ada anak, cucu then mati. Kerja sampai mati."
"Dah tu? Apa yang kau expect?"
"Sebab tu aku kata yang aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku nak. Kitar hidup kita sama je. Rasanya macam risiko je kalau aku letak harapan tapi end up sendu."
Diam.
"Kau pulak?"
"Aku?"
Angguk.
"Aku percaya pada cinta. Cinta tulah yang menentukan hitam putih hidup kita."
"Wow, who is the lucky one?"
"Macam jawapan kau, aku pun tak tahu."
Tipu. Jawapannya ada pada insan di sebelah di atas rumput hijau di bawah terang bulan malam itu.
"Hidup ni complicated, kan?"
"Mungkin."
"Aku sayang kau, doh."
Dengan penuh perasaan, jawapannya adalah, "Aku pun sayang kau jugak..."
Aku tak tahu hendak mengatakan bahawa Darius ikhlas mencintai aku atau dia hanya inginkan perhatian daripada aku. Dia hanya sukakan bagaimana caranya aku mencintai dia. Tapi aku masih mencintai dia lebih daripada aku cintakan Abang Hayden.
Atau sebenarnya bagi Abang Hayden, aku sama saja seperti Darius?
Jadi pada malam itu, aku pulang ke studio apartmen Abang Hayden dengan niat ingin surprisekan dia. Aku sorokkan semua barang aku di dalam almarinya siap-siap sebelum menyorok di dalam bilik mandi. Berjam-jam jugalah aku menunggu di dalamnya.
Kalau tak silap, mengikut jadualnya yang aku curi-curi baca hari tu, malam ini shifnya habis pada jam 10 malam. Jadi aku harap sempatlah dia terkejut melihat kehadiran aku di situ.
Jangan ditanya aku kenapa aku berbuat begini. Sejujurnya aku sedikit merindui belaian dia. Belaian penuh sayang dan cinta yang diberikannya itu memang sesuatu yang aku dambakan setiap masa.
Tapi sudah hampir dua pagi, bunyi grill pun masih tiada. Hampir terlena aku di dalam bilik mandinya itu. Cuba ditahan-tahan juga mata ini agar masih mampu berjaga. Hampir pukul tiga pagi, barulah terdengar bunyi pintu dibuka.
Tapi, Abang Hayden bukan berseorangan.
Aku turut mendengar suara perempuan bersamanya. Hatiku sedikit luluh di situ. Dan suara mereka juga seperti mereka berdua sedang mabuk dan masing-masing tak sedar apa yang berlaku. Lima minit kemudian aku mendengar suara masing-masing mengerang.
Air mataku mengalir. Kenapa kau menangis, Fitri? Bukan kau sepatutnya suka ke benda ni? Kau bukannya suka sangat kat Abang Hayden. Apa salahnya dia ada orang lain pun kan? Tak payah menangislah sial!
Atau sebenarnya aku memang cintakan dia? Cuma aku terlalu ego untuk mengakui hakikat itu sendiri. Wow, celakanya kau Fitri! Sebabkan ego kau, nah! Depan mata kau (not literally) dia dah ada orang lain. Bravo Fitri Bravo!
Aku terduduk di bawah sinki semahu-mahunya. Tak terkawal lagi air mataku ketika itu. Hampir sejam juga bunyi erangan itu sebelum semuanya senyap. Aku cuba gagahkan diri untuk bangun tapi masih tak berdaya. Semua tenagaku hilang!
Aku tak tahu bila masanya aku terlelap tetapi apabila aku sedar, aku sudah berada di atas katil. Menggelabah aku mencari handphone memandang aku masih ada kelas pada pagi itu. Thank God ada WhatsApps masuk kata kelas pagi cancel and kelas petang dah diinjakkan ke semalam.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Fuck! Lama sial aku tertidur. Aku mencari juga kalau-kalau ada Abang Hayden bersamaku tapi dia tiada di sisi. Cuma aku terdengar ada bunyi air di bilik air. Mandi kut?
Aku terus ambil begku dan mula melangkah ke muka pintu. Tapi belum sempat hendak membukanya, Abang Hayden keluar dari bilik mandi dan menolakku ke dinding. Aku menangis lagi. Aku tak mampu lagi berhadapan dengannya. Tak selepas malam tadi.
"Fitri mintak maaf. Lepaskan Fitri."
"And you think I'm gonna let you go just like that? No!"
"Abang memang dah tak pandang Fitri kan? Memang Fitri tak deserve semua ni pun. Just let me go already jelah, bang. No one's going to get hurt."
"There's not just one, Fitri. There will be two people who is going to be hurt. You and me."
Suasana diam. Dia menarik tanganku dari memegang tombol pintu menuju ke katil. Dia menyuruhku duduk dan kini aku dapat melihat pemandangan seorang lelaki yang masih basah dan hanya bertuala. Great view to be honest.
"Mana perempuan tu?" Tanyaku dengan suara serak.
"I sent her home. Mujur dia tak masuk bilik air tu pun tadi. Abang terkejut tengok Fitri dalam tu tadi." Still no 'sayang'.
"Siapa dia?"
"Kenapa nak tahu?"
Aku diamkan diri sahaja. Masih takut hendak memandang matanya.
"Kenapa diam?"
"Fitri nak tahu je..."
"Sebab? Bukan Fitri ke yang kata Fitri bukan cintakan abang? And setahu abang, we only care to those we love je kan?"
Diam lagi.
"Nak kata abang jahat ke sekarang ni? Itu ke yang Fitri maksudkan?"
Aku menggeleng.
"Fitri nak kata yang abang ni cepat move on? Sebab tu ke Fitri nak blah sekarang ni?"
Aku menjongket bahu.
"Kata orang, diam tu maksudnya ya."
"Habis abang nak expect Fitri cakap apa? Okey, itu girlfriend abang kan? Haa, baguslah! Fitri takde maksud nak cakap apa-apa pun kat abang. And kalau abang fikir yang Fitri macam tu, then memang betullah yang kita memang takde chemistry to be together at all possible way pun."
"I didn't say that."
"Yes, you not saying that but you think of it. Kalau tak, kenapa abang tanya Fitri pasal semua ni?"
Giliran dia pula untuk diam. Aku cuba untuk bangun tapi ditolak semula. Ditepis tapi tetap dia melawan. Semua ini sial!
"Do you know how much I love you? Have you ever think, in your brain, in your heart, how much I would sacrifice just for you? I leave Singapore to here for you. People called me stupid for quitting and working at a place with lesser wage than I used to have. Abang tak kisah semua tu, Fitri. Sikit pun abang tak kisah. Bukan cara abang untuk ungkit semua tu. Tapi bila Fitri cakap yang Fitri langsung tak cintakan abang tu, Heaven knows how much I hurt, Fitri. Abang selalu fikir, 'am I not showing my love enough to him', 'am I too forcing him', 'is he okay with all this'. Semua tu abang fikir, Fitri. Jadi bila Fitri tuduh abang ada orang lain tu, abang nak Fitri fikir balik. Am I not loving you enough all this time?"
Aku terdiam. Air mataku semakin laju. Aku tak sanggup lagi dengan semua ini.
"I love you so much. I think I could die from it, Fitri."
"Abang..."
"Ya?"
"I'm sorry..."
"Don't be sorry for who you are, Fitri. Maafkan abang kalau abang terlalu mendesak Fitri."
Aku terus memeluknya. Mengapa semua ini harus berlaku kepada aku?
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...