Menurut apa yang aku tahu, Abang Hayden merupakan seorang pelayan di sebuah restoran di Marina Bay Sands, Singapura. Dia bukanlah berpelajaran tinggi sangat sebab di sana pun, peluang untuk melanjutkan pelajaran sangatlah susah dan dia pun malas hendak menyambung pelajarannya lagi. Tapi kerja waiter tu pun dia kata masyuk jugak sebenarnya.
Ketika aku pulang dari sekolah hari itu, aku melihat dia dan Abang Herman sedang layan main PUBG di ruang tamu. Adik-adikku masih belum pulang dari sekolah jadi rumah agak sunyi. Mak pula aku rasa sedang memasak di dapur. Tapi kemudian dia pula keluar dari dapur.
"Fitri, Mamie hang dengan mak dengan adik-adik nak balik Kedah esok. Hang nak ikut dak?"
"Dak kut. Cikgu akaun cheq nak buat kelaih. Kerja kursus tu mak. Awatnya? Tok sakit ka?"
"Dak aih. Mak tanya ja. Elok pun hang tak ikut. Tak muat kereta Mamie hang tu."
"Saya pun tak ikut, Mak Lang." Abang Hayden mencelah.
"Haa awatnya?! Jauh mai tup-tup tak mau ikut."
"Takpelah. Saya ingat nak duduk KL dengan Fitri je. Boleh kan?"
"Mamie hang dah tau belum?"
"Nanti saya slow talklah dengan dia. Herman ikut kan?"
Abang Herman mengangguk tanpa mengalih perhatiannya. Aku faham apa niat Abang Hayden. Kalau nak diikutkan, hari ini merupakan hari terakhir conference Mamie di KL. Patutlah mereka hendak pulang ke kampung.
"Hangpa jangan buat gila naa. Jaga rumah leklok!"
"Okay, mak."
Tadi di sekolah, Darius datang. Tapi dia tidak bercakap banyak dengan aku dan kalau ada pun perbualan, ianya hanya datang daripada dia. Tiada satu pun yang keluar dari mulutku kepadanya. Dan aku pun tidaklah berniat untuk bertanya kepadanya apa-apa.
Aku naik, mandi dan niatnya nak lelap dalam sejam. Mengantuk tak tertahan dah ni.
Aku hanya tidur dengan memakai boxer sahaja di atas katil. Hari pun panas macam haram maka memang taklah aku nak pakai baju wey tidur tengahari. Bukannya rumah ada aircond pun. Lagipun sedap je rasa kena angin kipas.
Baru hendak lelap, aku rasa pipi aku dicium seseorang. Aku membuka mata. Seperti yang dijangkakan, Abang Hayden yang datang. Dia kemudiannya berbaring dan menarik aku baring di lengannya. Memandangkan aku tahu Abang Herman memang jarang naik atas jadi aku biarkan sajalah.
"Sayang..."
"Hehe, kenapa?"
"Takde apa. Saja rindu kat sayang."
"Eleh, baru pergi sekolah kejap je."
"Nak rindu jugak. Semalam makan cendol dahlah tak puas."
"Eei, mengadanya. Dahlah tu, orang nak tidur."
"Abang nak peluk sayang boleh tak?"
"Yalah, boleh."
Abang Hayden yang masih bert-shirt itu memeluk aku. Aku memandang tangannya yang berurat itu. Aku pegang tapak tangannya itu dan kugenggam erat. Dia turut membalas genggaman itu. Satu suara tak keluar dari mulut kami berdua.
Dalam tak sedar, aku mulai sebak. Sebak memikirkan semua ini. Tentang Darius. Tentang Abang Hayden. Semuanya seakan bercampur di kepala aku.
"Sayang..."
"Huh?"
"Kenapa sayang menangis?"
"Mana ada!"
"Air mata sayang jatuh kat tangan abang."
Aku memandang ke belakang tapak tangannya. Ya, ada titisan air mata di situ. Aku pun tak sedar bila masa aku menangis. Dia kemudian memusingkan badanku memandangnya. Di hadapan aku kini adalah abang sepupu angkat yang sudah lama aku gilakan. Dan dia sekarang sedang sangat concern terhadap aku.
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...