Who knows kami masih di Genting Highlands juga pada malam itu?! Ya, kami masih belum pulang. Ya, memang dalam kereta saja. Like duit tak cukup kut nak sewa hotel.
"Et nous sommes ici..."
"Yeah, seems like it."
"You sejuk tak tu? Sweater macam tak tebal je."
Aku melihat semula sweater yang tersarung di tubuhku. Sebenarnya, bukanlah sweater pun. Cumalah baju lengan panjang yang material kainnya tebal sedikit.
"Tahan kut."
"It's okay. You can wear mine."
"Habis you nak pakai apa?"
Dia tidak menjawab. Sebaliknya dia membuka sweaternya dan diserahkan kepadaku.
"Pakailah. I tak kisah sejuk."
Dia memparkir keretanya di sebuah stesen minyak. Aku dapat melihat yang dia sangatlah barai dan mengantuk ketika itu. Aku pegang tangannya perlahan. Sejuk. Seharian bermain, mestilah penat.
"Betul tak nak balik?"
"Not in mood yet. Kenapa? Your mom dah call ke?"
"Nolah. Just wondering je."
Suasana diam semula. Jam menunjukkan jam satu pagi. Cuaca di luar masih sejuk. Aku cuba memejamkan mata dan melenakan diri. Tapi ketika itu, aku terpandang dia sedang bermain handphone dan mukanya nampak macam tengah memikirkan sesuatu. Pasal keluarganya lagi, mungkin?
Aku memegang tangannya tapi pantas ditepis. Sah! Dia sedang moody. Moody tentang apa, itu aku tak berapa pasti. Yang pasti, ianya mesti merupakan mengenai keluarganya juga.
"Darius, you want to sleep or just rest?"
"Je ne sais pas. I can't sleep."
"Want me to sing you to sleep?"
Dia tersenyum. Aku nampak dari matanya dia kelihatan sangat penat. Tangannya memegang pipiku dan dia tersenyum lagi.
"Tu es tres mignon, peux-tu voir?!"
"Tak faham."
"Memang tak nak bagi faham pun."
"Kau stres lagi pasal Daryl ke?"
Dia mengangguk.
"Actually, kalau kau nak, kau duduk jelah rumah aku tu. It's always open for you, Darius."
"Thanks!"
Dia bersandar di bahuku. Aku memegang belakang tengkuknya. Keras boleh tahan! Memang betullah dia tengah stres.
"Jom balik KL."
"Tapi dah tengah malam ni."
"Tak payah balik rumah dulu. Kita jalan-jalanlah dulu."
"Jalan mana?"
"You know there's a hill kat Ampang tu kan?"
Lebih kurang jam dua pagi, kami pun masuk ke Lebuhraya KL-Karak untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Sepanjang jalan, Darius memasang CD lagu-lagu lama Perancis koleksi papanya di dalam kereta. Walaupun satu pun aku tak faham tapi melodi dia sedap je kalau nak dengar.
"How's Alisa? Heard anything from her?"
"Well, she sent her regards to you. Dia agak bitter sebab kita tak ajak dia sekali."
"Really? Wait, she knows that you...?"
Aku menggeleng. Darius memandangku dengan wajah terkejut. "You never tell her about it."
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...