Beberapa bulan kemudian...
"Welcome to H&M!"
Aku kini sudah bekerja sebagai juruwang di H&M. Tapi bukan Malaysia punya ya. Aku berkerja di outlet H&M di Vivocity, Singapore. Habis sahaja SPM, sebaik dipujuk sedahsyat-dahsyatnya oleh Abang Hayden kekasihku sayang, terus aku bersetuju untuk mengikutnya bekerja di negara seberang tambak ini.
Aku kini tinggal di rumah Mamie di Dhoby Ghaut, Singapura. Ianya banglo yang besar gila babi sampai aku confuse Mamie ni buka rumah anak yatim ke apa dalam rumah dia. Dahlah sampai ada dua jaga. Satu jaga kawasan perumahan dan satu lagi jaga rumah dia sendiri. In Singapore, if rumah kau ada halaman dan atas tanah, kau kaya gila!
Selepas habis National Service di sana selama dua tahun, kedua-dua anak angkat Mamie itu memutuskan untuk tidak menyambungkan pelajaran masing-masing. Abang Herman kini berkerja di Jabatan Imigresen Singapura. Tak silap aku, dia kerja kat Woodlands Checkpoint. Hari-hari berulang ke sana. Dia pun memang jarang ada kat rumah. Kalau tak pergi kerja, dia pergi rumah girlfriend dia kat Punggol yang pun jauh dari Dhoby Ghaut ni.
Abang Hayden kekasih hati tercinta, well, masih seorang receptionist. Dulu kan dia kerja kat Marina Bay Sands, sekarang dia kerja kat St. Regis, Singapura. Biasanya, kalau shif kami sama, dia akan bawa motor sebab nak hantar dan ambil aku walaupun tempat aku kerja lagi jauh daripada dia. Kalau tak, most of the time, kami berdua akan naik bas sahaja. You're not a Singaporean if you never take public transport.
Di H&M, aku rapat dengan seorang pekerja Melayu ni. Nama dia Saifuddin tapi aku panggil dia Saif je. Umur dia, since sekarang dah 2018, so umur dia 25. Kat sini, dia dah macam abang aku. Memang rapat gila. Dia pernah berkahwin masa belajar dulu but tak sampai setahun dia cerai alasannya wife dia ada orang lain macam tulah. Bodoh punya perempuan. Saif tu hot kut!
Berminat? Well a little bit. Tapi Hayden tetap di hatiku!
Malam itu selepas habis kerja shif malam, Saif menegurku yang baru hendak punch balik.
"Balik naik apa?"
"Oh, abang sepupu aku ambik kut." Padahal aku tak call lagi Abang Hayden. Dahlah dah lambat masa tu.
"Nak aku hantar balik tak?"
"Kau duduk mana?" Lama aku kerja sini, tak pernah terfikir si Saif ni duduk mana.
"Aku duduk kat HDB Hougang. Boleh je nak hantarkan."
"Tak menyusahkan ke?"
"Apa pulak menyusahkan. Aku ada helmet lebih."
"Kejap aku call abang sepupu aku kejap."
Aku dail nombor Abang Hayden tiga kali dan tiga kali itu tak berangkat. Nak call Mamie, rasanya masa macam ni dia dah tidur. Dia pukul 10 malam dah tidur. Abang Herman pulak shif malam. Memang taklah nak call dia.
"Bolehlah, Saif."
Semasa naik motor dengannya membelah jalanraya Singapura di waktu tengah malam itu, ada masanya aku terpegang badannya. Bahunya tegap, bisepsnya ada dan dia juga agak kurus. Tapi kurus yang tegap. Aum!
Satu part tu, dia break mengejut sebab traffic light tukar merah, haa kau terus terpeluk aku dengan dia.
"Sorry, Saif..."
Dia hanya ketawa kecil. Tapi memang nikmat peluk dia. Orang yang dah pernah kahwin memang nikmat ke macam mana?!
Ketika tiba di rumah, aku lihat lampu hall sudah gelap. Seperti yang kujangka, Mamie pasti sudah tidur.
Aku menjangkakan Abang Hayden keluar tapi motornya ada di porch. Habis kenapa dia tak ambik aku?
"Okey, Fit. Cau!"
"Cau!"
Kami bersalaman. Lembut tangannya itu sememangnya sangat aku idamkan. Tapi tak apalah, aku masih setia pada Abang Hayden.
Aku masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas. Ketika melewati hadapan bilik Abang Hayden, aku berhenti seketika. Aku membuka daun pintu bilik itu.
Aku melihat dia dengan tidak berbajunya sudah lena di atas katil. Aku masuk ke dalam bilik itu dan membuka bajuku juga. Takut nanti bau kepam badan ini melekat di cadarnya.
Aku gosok belakang badannya yang kekar itu. Tulang bahunya yang timbul itu sesungguhnya sangat mengghairahkan. Ketika dia berpaling menghadap wajahku, sekali lagi aku mendapat serangan jantung ringan.
Bagaimana seseorang manusia boleh menjadi sehelok Abang Hayden?! Wajahnya ketika tidur sangat comel dan kacak. Ini sangat tidak adil.
Dia membuka mata. Wajahnya agak terperanjat.
"Eh, sayang dah balik? Siapa hantar? Bila sampai?"
"Baru je. Saif hantar tadi."
"Abang mintak maaf, sayang. Abang balik tadi lepas tu abang terlelap. I am so sorry."
"Takpelah, abang."
Dia melalukan jarinya di bawah bibirku. Ada riak kekesalan pada wajahnya. Aku tak mahu dia berfikir begitu.
"I should've take care of you, Fitri."
"It's okay. Fitri pun faham yang abang penat."
"Sayang dah mandi?"
"Belum."
"Jom. Mandi dengan abang."
Kami kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi yang ada di dalam bilik Abang Hayden. Istimewanya bilik air ini adalah ia mempunyai pintu ke bilik Abang Hayden dan juga bilik aku. Basically, bilik kami bersebelahan.
Ketika aku meratakan sabun ke badan Abang Hayden, tangan aku menggigil. Walaupun sudah beratus kali memegang tubuhnya, masih aku menggigil setiapkali menyentuhnya.
Seusai mandi, dengan kami berdua hanya berboxer, kami berbaring di atas katilnya. Aku memeluk erat tubuhnya itu dan dia membalas pelukanku itu.
"Sayang, abang nak tanya sikit."
"Apa dia?"
"Sayang still ingat kat budak Serani tu ke?"
"Maksud abang, Darius?"
"Ha'ah, dia. Sorry kalau abang bunyi busybody tapi terfikir jugak."
"Well, adalah sikit. Kenapa, bang?"
"I won't waste you like he did."
Aku ketawa. Abang Hayden selalu berfikiran begitu. Aku tahu yang dia tak akan berbuat demikian tapi dia selalu berfikir begitu.
"Gelaklah..."
"Kenapa jealous sangat dengan dia? Darius pun dah lama tak contact dia."
"Yang si Saif tu pun kenapa baik sangat dengan sayang? Ke sayang suka dia?"
Aku ketawa lebih besar. Lehernya kucium manja. "Sukalah jealous tak tentu pasal cik abang seorang ni."
"Abang cuma nak sayang hati-hati je. Tah-tah..."
"Abang, Saif tu dah pernah kahwin, bang. Dah, jangan nak mengarut!"
Jariku dimainkan di puting dadanya. Dia mengerang kegelian. Sedang dia mendesah kesedapan itu, aku terus menghisapnya. Menyonyot bagaikan bayi kehausan.
"Suka?" Abang Hayden bertanya dalam nada paling seksi.
"Suka." Aku menjawab.
"Sayangku Fitri. Comel, handsome..."
"Abang ni kan..."
Tapi jujurnya ada masanya ingatan mengenai Darius menjelma di mindaku. Daripada apa yang aku dengar, dia kini sudah menyambung pelajaran di Taylor's University. Bulan Januari hari tu dah sambung. Untunglah kaya.
Aku inginkan ingatan aku berakhir terhadap Darius tapi masih tak mampu. Walaupun setelah ada Abang Hayden.
Korang rasa?
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...