Bab 24

554 51 11
                                    

Aku pulang ke Malaysia tak lama selepas itu. Aku minta cuti dua minggu kerana terdapat beberapa urusan berkaitan kemasukan kolej yang perlu aku selesaikan. Disebabkan aku taklah pandai mana dan SPM pun dapat 3A je, jadi aku tak berharap pada universiti kerajaan. Oh ya, aku pulang seorang diri sahaja kerana Abang Hayden tak dapat cuti.

Disebabkan ada lebih kurang sebulan lebih lagi sebelum aku memulakan pengajian, aku sambung sekejap berkerja di Singapura di tempat yang sama. Masih juga menumpang di rumah Mamie yang sama. Tapi ada sesuatu yang tak sama.

Layanan Abang Hayden. Ada sesuatu yang tak kena mengenai hal ini. Dia seperti bukan Hayden yang pernah aku kenal.

Banyak kali dia tak mahu mengambil aku pulang dari kerja dan banyak kali juga dia tak mahu menghantarku kerja. Sehinggakan ditegur oleh Mamie mengenai perubahan sikapnya itu.

Satu malam itu, aku masuk ke dalam biliknya ketika dia sudah hampir terlena. Aku naik ke atas katil dan memegang tangannya. Dia menarik semula tangannya dengan kasar. Aku tetap ingin memegang tangannya.

"Nak tidurlah!"

"Nak tidur dengan abang boleh?"

"Takde bilik sendiri ke?! Pergilah tidur sana!"

"Tapi Fitri nak tidur dengan abang. Bolehlah?"

Dia membuka mata dan memandangku marah. Bantal dibalingnya tepat ke mukaku hingga aku terjatuh.

"Faham tak nak tidur?!"

"Tak payahlah marah. Yalah, Fitri blah."

Sampai ke pagi, dia langsung tak datang ke bilik aku atau memujuk dalam apa cara sekalipun. Malam itu, aku tidak pakai selimut langsung untuk tidur. Panas hati ini sudah cukup untuk melawan kesejukan aircond itu.

Tapi peliknya, pagi tersebut aku lihat handphone aku sudah diplug dengan charger dan selimut sudah menutupi tubuhku. Pelik pula memikirkan yang memang kedua-duanya tidak kukisahkan malam tadi. Aku hanya tidur sahaja.

Mungkinkah sebenarnya Abang Hayden yang melakukan semua itu? Tapi kalau betul, mengapa dia berkelakuan begitu kasar malam tadi? Ah, mungkin aku yang terjaga malam tadi dan melakukan kesemuanya itu.

Aku buka handphoneku dan bersedia untuk menerima jika ada dia menghantar minta maaf ke apa tapi ternyata tiada. Hatiku hancur lagi.

Aku turun ke dapur dan melihat Abang Herman sedang menyediakan sarapan (atau mungkin lunch sebab dah pukul 12) di situ. By the way, hari ni aku cuti jadi memang aku tak kemanalah. Tengoklah kalau Abang Herman volunteer nak ajar jalan-jalan.

"Wuish, siang bangun..." usiknya. Aku hanya ketawa kecil.

"Abang tak kerja hari ni?"

"Off. Ingat nak keluar dengan Kak Murni kejap lagi. Nak ikut?" Kak Murni tu nama tunang dia yang katanya nak kahwin hujung tahun ni."

"Pergi mana je?"

"City kut. Tak tahulah lagi. Anyway bawak jelah passport sekali. Kut nak pergi Johor ke."

Kak Murni tu setahu aku duduk kat Punggol which is paling utara kat Singapura. Jauhnya pulak dari Dhoby Ghaut lebih kurang 20 kilometer. Kat Singapore, 20 kilometer tu jauh ya. Lainlah kalau Malaysia.

"Okey. Bolehlah."

Di dalam kereta, aku duduk di depan sebelah pemandu. Abang Herman yang sememangnya pendiam itu tak banyak bercakap. Fokus pada pemanduan.

"Abang Hayden kerja pagi eh?"

"Aik, asal tanya aku pulak? Bukan kau rapat dengan dia?"

Aku diam semula. Abang Herman ni pun kut ya nak savage, cuba jangan direct sangat. Takut tahu tak?!

"Fitri, kau ingat aku tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Kenapa Hayden rapat sangat dengan kau? Sampai beriya suruh Mamie tolong sponsor kau belajar kat Malaysia nanti?"

"Kenapa? Apa yang abang tahu?"

"Hayden tu adik aku. Of course aku tahu pasal dia. Kau ingat dengan siapa lagi dia nak mengadu kalau bukan dengan aku?"

"Habis apa benda yang abang tahu?"

"Dia sayang kau separuh mampus tau. Kadang-kadang dia sampai tak tidur malam tunggu kau habis lepak dengan member. Dia berkorban banyak gila. Jauh kut hotel dia nak pergi Harbourfront tu hari-hari tapi dia ikut je. Asalkan kau selamat. Sebab tulah bila dia macam layan kau semacam ni, aku pun pelik jugak."

"Dia tak cakap ke kenapa?"

"Well, dia tak cakap kenapa but aku boleh fahamlah kenapa. Dia ada cakap yang sebelum ni kau still jumpa ex kau even kau dah larang banyak kali pun. Lepas tu dia kata kau ni degil sangat-sangat sampaikan apa dia cakap tak nak dengar. So, dia kata at certain extent, dia sebenarnya dah give up. Kalau apa yang kau cakap semua tak valid, buat apa dia layan kau macam dulu. Sebab tu aku macam buat bodoh je bila kau tak rapat sangat dengan dia."

"Jadi, dia benci Fitri ke?"

"Kau kena faham beza benci dengan kecewa dengan marah. Aku tak rasa Hayden semarah itu untuk bencikan kau. Tapi kalau nak kata dia kecewa, aku rasa boleh. Ni pulak bila kau dah nak balik Malaysia terus, lagilah heartbroken dia. Dia tu lembut je, Fitri. Aku yang pendiam ni pun tak kuat simpan perasaan macam dia tu."

"All this time, abang tahulah antara kitorang memang ada sesuatu?"

"Of course! But jangan risau aku tak judge. Aku cuma nak kau tahu Hayden tu sayang kau gila babi! Dia selalu cakap yang apa nama mamat tu, Darius ke Darren apa ke, selalu kacau kau eh? Wey, he stops at nothing tau to make sure you not hurt yourself dengan dia lagi. Aku nak sangat kau appreciate dia."

Aku masih diam. Selama ini, memang ketara sangat ke aku tak beri perhatian yang sepatutnya pada dia? Aku rasa aku sudah lakukan apa yang patut.

"So, Abang Hayden kerja pagi ke hari ni?" 

"Dia off jugak hari ni. Kita bertiga off hari ni."

"Habis tu dia pergi mana?"

"Dia cakap dengan aku tadi dia nak keluar. Tak tahulah pergi mana."

Hati aku mulai rasa risau. Aku buka WhatsApp untuk lihat kalau-kalau dia ada mesej aku apa-apa. Masih tiada. Aku lihat Instagram sekiranya dia ada post IGstory ke apa-apa. Dan hati aku lega melihat bahawa ianya ada. Pantas aku tekan padanya.

Tapi, hatiku hancur.

Aku melihat di dalamnya terdapat video dia merakam seorang wanita yang memang cantik dan aksi mereka sangatlah mesra. Abang Hayden memang nampak sangat mesra dengan gadis itu.

Aku terus buka WhatsApp dan mencari namanya semula. Aku ucapkan 'I am so so so sorry' dan biarkan handphone di tepi selama beberapa minit.

Mesej balas diterima semula. Hanya emoji senyum dan thumbs up diberikan. Apa maknanya semua ini?!

Ketika tiba di HDB Kak Murni, aku minta izin Abang Herman untuk pergi menelefon seseorang di luar seketika. Orang yang aku ingin hubungi itu adalah Abang Hayden. Pantas kudail nombornya namun beberapa kali cubaan, ternyata ianya tak berjawab.

Fitri minta maaf, Abang Hayden...

___________________________

Actually cerita ni dah tak lama je nak habis so... I just want to ask. I'm kinda considering to stop writing gay stories here but if you still like it, please suggest what kinda story you want me to do. Thank you...

Kerana Flannel...Where stories live. Discover now