Dua minggu sebelum bermulanya pengajian, aku pun pulang ke Malaysia. Abang Hayden berhenti kerja di Singapura tersebut dengan alasan hendak menemani aku di Malaysia (tapi dia cakap kat Mamie dia nak cari kerja lain di Malaysia). Tapi anehnya, daripada hari itu, sampailah hari ini, sepatah ayat mesra pun tidak keluar dari mulutnya. Kami seperti tidak kenal satu sama lain dibuatnya. Kalau ada dia bercakap pun, ianya sedikitpun bukan pasal kami.
Setibanya di Malaysia, orang yang pertama aku jumpa sekali adalah Alisa. Dia sedang menunggu kemasukan ke Politeknik jadi sementara ni, sempatlah untuk kami berjumpa lagi. Lama juga aku tak jumpa dia.
Buat masa sekarang, anak manusia tu kerja kat Pizza Hut tempat lama aku kerja dulu. Cuma dulu aku rider, dia ni pulak kitchen. Sesuailah dengan dia yang memang pandai masak ni. Kalau aku, haram wey jadinya pizza tu.
Semasa berjumpa di mall yang dekat dengan rumah kami itu, kami membawang tentang macam-macam perkara. Safari, Cikgu Fariza, Aril, anak makcik kantin yang form three tahun ni tu. Semuanya ada. Sehinggalah Alisa membuka topik yang sangat sensitif.
"So, apa cer kau dengan Darius sekarang?"
"Sial kau takde soalan lebih membina minda ke?"
"Considering your IQ level, no. Haa, storylah. Aku dengar dia nak kahwin. Betul ke?"
Aku mengangguk.
"Fitri, aku faham apa yang kau tengah fikir tu. But, this is life kan? But may I ask something?"
"Hapew diew?"
"Babi kimak jijiklah pantat! Just wondering jugak. Kau still sayangkan dia ke weyh?"
Aku terdiam di situ. Aku rasa sudah hampir setahun ni, bolehlah kut untuk aku meluahkan apa yang patut diluahkan. Tapi aku tahu korang semua mesti akan benci aku untuk hal yang satu ini.
Aku tak rasa yang aku cintakan Abang Hayden sebagaimana cintanya dia terhadap aku. Not even a bit. Which aku rasa sangat tak adil untuk dia dan jugak untuk aku sekali. Kenapa aku tak pernah cakap hal itu kepada dia? Kenapa aku tak pernah berlaku jujur kepada dia?
Aku rasa pada tahap ini, akulah manusia paling pentingkan diri sendiri dalam dunia ni. Aku masih tergilakan Darius yang dah terang-terang ada orang lain dan langsung tak pedulikan aku dan aku pedulikan Abang Hayden yang separuh mampus tunjuk sayang dia kat aku. Why don't you just die, Fitri?!
Malam itu, selepas tonton dua movie sekaligus, kami pulang menaiki bas sahaja ke Taman Mutiara iaitu taman perumahan kami. Aku menemani Alisa untuk pulang ke rumahnya dahulu sebelum aku berjalan semula ke rumahku. Jam menunjukkan sebelas setengah malam, mata masih belum mengantuk. Ada lebih baik sekiranya aku berjalan-jalan dahulu.
Sepanjang berjalan sendirian itu, aku memikirkan apa yang dikatakan Alisa tadi. Cinta ini suatu bentuk perjudian. Wang taruhan adalah perasaan yang kau letakkan pada dia dan kemenangan kau adalah kalau perasaan dia pun sama pada kau. Dalam kes ini, aku tak tahu sama ada aku jackpot atau kalah. Tapi sebenarnya aku penat dan sudah tidak kisah.
Ketika tiba di kawasan bukit rekreasi taman perumahan tersebut, aku terlihat seseorang sedang baring melihat bintang di situ. Aku kenal susuk tubuh tersebut dan aku tahu juga itu bukanlah hantu. Aku cuma tak pasti adakah ianya tindakan yang bijak untuk aku menegurnya.
Aku memecahkan tembok ego dan pergi juga menegurnya.
"Darius de Beauvoir de la Fontaine."
Dia menoleh. Ada senyuman yang terbit di wajahnya. Terus dia bingkas duduk dan memandang aku. Aku hairan di malam yang sejuk begini dia boleh pakai tank top dan seluar pendek je. Kut ya tak sejuk, kau tak takut nyamuk ke hanat?!
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...