Jadi, itulah kisah aku...
Walaupun dalam sinopsis, korang akan melihat nama dia lebih banyak, tapi aku rasa aku tak mampu untuk terus melihat dia lagi. Bukanlah benci, tapi adalah lebih baik sekiranya aku tak terkenangkan dia lagi. Benci, meluat, menyampah. Semuanya ada...
Aku pernah setia, atau setidaknya mencuba, tapi apa yang aku dapat?
Kisah yang aku harapkan akan berakhir dengan dia tak terjadi seperti yang kuharapkan. Dan dia juga sampai sekarang tak ada khabar berita. Lantaklah, aku harapkan dia berbahagia di sana.
Kerana flannel yang diberikannya dulu pun sudah dibuang olehku. Tak kuasa aku hendak menyimpan apa-apa peninggalan olehnya lagi. Biarlah semuanya pergi.
Mengikut apa yang diceritakan oleh Alisa, dia kembali bersama gadis itu. Ya, mungkin itu yang terbaik untuk lelaki tak berpendirian sepertinya. Harapnya berkekalan gamaknya. Nampak tak betapa bencinya aku kepadanya sampaikan namanya pun tak sanggup lagi ingin kusebut. Baik dia mahupun perempuan itu.
Sedang aku ralit melayan perasaan, seseorang memeluk aku dari belakang dan leherku dikucup lembut olehnya. Aku tahu siapa. Daripada bau musky deodorannya sudah aku tahu. Aku berpaling memandangnya.
Tersarung di tubuhnya flannel merah berjalur biru yang aku juga turut mempunyai yang sama. Pipinya kucium. Dia mencubit pipiku untuk memberi serangan balas.
"Flight kita lagi tiga jam ni."
Aku menarik mukanya lalu mencium bibirnya yang merah jambu itu. Dia juga dengan sangat lembut dan sensualnya membalas ciuman itu.
"Let's honeymoon, sayang..." Dia menambah lagi.
"Okay..."
"I love you, Fitri..."
"I love you, Abang Hayden..."
_________________________________
With that, berakhirlah kisah yang pernah tertangguh selama enam bulan tapi berjaya juga dihabiskan ini. Hope, everyone satisfied with the endinglah ya. For the first time, I followed yalls punya suggestion.
In the meantime, before another BL story keluar, feel free to check on Lavender, my gay thriller novel. Fikri, Tuan Razin, Puan Lana.
Thank you for reading! Danny love yalls!
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...