Bab 8

909 104 4
                                    

French Translation

1) Sil-vous plait(sil vou pley)  = tolong


Aku tak tahu sama ada aku perlu berasa gembira ataupun sedih dengan peristiwa yang terjadi antara aku dan Darius malam itu. Tapi aku memang pasti dia tak sedar bahawa perkara itu berlaku. Aku juga langsung tak menyangka yang Darius seorang yang kaki botol. Kalaulah mak aku tahu yang ada botol arak masuk rumah dia, mampus aku kena bambu dengan dia doh!

Di sekolah pun, Darius berlagak seperti biasa. Apa yang terjadi pada malam itu langsung tak tersebut olehnya. Aku juga bukanlah ramah sangat nak bertanya sebab dibuatnya dia tak ingat, tak mampus aku kena maki dengan dia. Jadi biarlah perkara itu kekal sebagai sebuah memori di dalam kepala.

"Asal muka moody je hari ni, sis?" Aku bertanya kepada Alisa yang nampaknya datang ke sekolah dengan wajah yang sugul.

"Aril. Dia cancel plan kitorang petang ni. Aku dah siap bawak baju daripada rumahlah sial nak pergi keluar dengan dia."

"Sebab?"

"How do I know? Dia ada urusan apa entah dengan biasiswa adik dia. Kalau ya pun, bagitaulah awal so tak payahlah aku nak bawak beg berat bagai."

Darius masuk ke dalam kelas. Jantungku berlumba sedikit pantas melihatkan figura itu masuk ke dalam ruangan ini. Dia berjalan menuju ke arah kami berdua berserta di wajahnya terselit senyuman.

"Guys, does any of you have spare time this evening? Say yes, sil vous plait."

"Why?" Aku bertanya kepadanya.

"I want to buy something at the mall. But I don't know this place quite much. So..."

"Boleh, Darius. Sangat boleh." Alisa tolong menjawab. Aku tahu sebabnya kerana dia ingin usahanya membawa baju daripada rumah akan terbayar. Bijak si Alisa ni sebenarnya.

"Merci!"

Kelas bermula. Darius nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan Safari dalam jangka masa yang singkat dan ianya sebenarnya satu petanda yang agak baik. By menyesuaikan diri maksudnya adalah dia semakin redha dengan annoyingnya Safari tu.

Ada masanya, dia hanya akan mendiamkan diri sahaja setiap kali Safari menyakatnya dan ada kalanya dia akan menjawab semula dalam nada sarkastik yang agak tinggi juga sebenarnya. Biasanya kalau itu berlaku, aku dan Alisa akan ketawa berdua di meja hadapan.

Waktu persekolahan pun tamat. Aku dan Alisa pada mulanya hendak menaiki bas sahaja tetapi memandangkan khidmat MRT sudah mula digunakan secara meluas di kawasan kami, kami memilih untuk menaiki itu sahaja. Tapi, kenal sahajalah si Alisa ni, sesuatu berlaku kepada kami bertiga.

"Yalah, mak. Ali balik sekarang."

Maknya telefon menyuruhnya balik kerana mereka akan pulang ke kampung sebab neneknya sedang nazak. Maka, Alisa turun di stesen MRT destinasi kami dan kami teruskan berjalan ke mall berdekatan.

"Well, it's rare to see Alisa sticks to plans, anyway."

"You can't say that. She must have something which she can't resist."

Kan aku dah cakap yang si Darius ni terlajak positif orangnya. Dalam keadaan macam ni pun, dia masih boleh stay positive. Tapi kalau sungguh dia positif, tak mungkin dia togok Jack Daniels dalam rumah aku.

Masha Allah, Fitri! Jangan judge orang please.

Kami singgah dulu di sebuah restoran makanan Jepun di dalam mall itu selepas membeli tiket wayang yang akan bermula lagi tiga jam. Nampak tak yang plan asal nak beli barang si Darius dah melarat ke mana sekarang ni?

Semasa kami sedang makan itu, kami berborak tentang pelbagai perkara dan yang paling penting adalah kami mula berborak tentang keluarga masing-masing.

"My dad divorced dengan my mom. About a year ago. So, dia keluar dari rumah kami dengan wife Indon baru dia tinggalkan mak aku yang tak kerja masa tu seorang je. Mujurlah mak aku start sikit-sikit jual barang online. Hence the reason why aku kena kerja."

"Where are you working?"

"Aku kerja kat Pizza Hut dekat dengan rumah kita tu. Jadi rider tapi hujung minggu jelah. Tapi aku berhenti kejap sebab motor aku tu problem sikit. Temporarily aku memang ada masalah transport."

"I wonder..."

"What?"

"Why you still can be okay with your own living when I questioned too much with all the privileges that I had?"

Soalan itu dibiarkan tak berjawab. Kami melantak sushi dan bento yang kemudiannya dibayarkan oleh Darius itu. Selepas itu, kami mula merayau di dalam mall tersebut tanpa hala tuju yang tetap.

"Actually, apa benda yang kau cari?"

"Peace. And company. Which I definitely not gonna get it in my own home."

"Why? Thought you are alone usually in the evening before your mom got back?"

"Yeah, and I don't like it. I don't know how to say. I always feel unwanted in my own home. People usually care more about Daryl and Dorothy. So to makes me feel less worthless than ever, I think it's better for not be there."

"Oh, okay..."

"Hey, Padini got an offer. Let's take a look there."

Kami berdua masuk ke dalam kedai tersebut dan mula membelek satu demi satu baju yang ada di dalamnya. Memikirkan bahawa aku tak ada duit sangat, maka aku usha dari ekor mata sahajalah. Kang dibuat hilang keimanan, ada melayang RM 200 paling kurang kejap lagi. Sabar, Fitri, sabar.

"Fitri, look at this flannel..." 

Aku pun menuju ke arahnya. Dia sedang memegang flannel berwarna merah dan sejujurnya, memang sesuai dan ngam untuk dipakai olehnya. Well, Darius. Bogel pun handsome.

"It's nice. Beli jelah."

"Yeah, I really want to but fuck, it's RM 100 for two and RM 69.90 each. Would you like to have one?"

"Darius, I don't have much money so rasanya tak payahlah kut."

"Nevermind. I pay it. I guess I will pick from the same colour so it will be like our duo official uniform. We can wear it whenever we will hang out together."

"Kau tak geli ke orang pandang nanti?"

"What? You're my bestfriend. Fuck people's thought!"

Dia membayar kedua-dua flannel tersebut dan kami menuju ke panggung wayang. Wayang selama dua jam itu langsung tidak menarik minat aku. Aku lebih fokus memandang ke arah tangan Darius. Urat-urat di tangannya itu sememangnya cukup menunjukkan aura kemachoannya. Teringin aku memegang tetapi aku takut. Dia menyentuh aku hari tu pun under alcohol influence.

Kami pulang. Didorong oleh rasa ingin tahu dan ketidakpuasan hati, aku bertanya juga tentang apa yang berlaku pada minggu lepas selepas dia minum minuman keras tersebut. Tapi jawapannya lagi absurd yal.

"I couldn't remember what happened actually. Well, hope it isn't something stupid and bad."

Dia mencium pipiku ketika kami hendak berpisah. Memikirkan bahawa itu ritual biasa yang dilakukannya, aku biarkan sahajalah. Lagipun dia sendiri yang kata ianya tidak membawa apa-apa makna. Aku sahaja yang leka dibawa perasaan.

_________________

33 votes for next updates in a week!


Kerana Flannel...Where stories live. Discover now