Bab 10

815 83 2
                                    

Alisa putus cinta adalah perkara paling akhir aku minta untuk berlaku. Aku lebih rela dia tinggalkan aku setiap kali dia date daripada aku kena hadap dia menangis sebab si Aril tu. Dia cinta gila babi kut kat si Aril tu. Aku pun tak tahu apa kena dengan si Aril tu sampai nak dump si Alisa ni.

Jadi pada malam itu, terpaksalah aku dan Darius menjadi pakar kaunseling tanpa tauliah dan bayaran kepada Alisa ni. Sesi kaunseling tidak berbayar itu dilakukan di halaman rumah Alisa, di atas gazebo. Daripada pukul lapan malam sampai dekat pukul 12 tengah malam jugaklah sesi itu berlangsung.

So, kesimpulannya adalah Aril adalah jantan yang bangsat. Dia dah bosan dengan Alisa jadi sebab itulah dia tinggalkan Alisa. Aku tahu yang Alisa ni memang babi punya clingy sampaikan babi pun tak clingy macam tu tapi itu bukanlah sebab yang relevan untuk si Aril musibat tu tinggalkan dia.

"Alisa, you mark what I'm gonna say. He doesn't deserve you in his life. He's toxic. The one who actually crying right now is him because, girl he lost you!" 

Aku suka tengok gaya Darius memberi nasihat. Nasihatnya tidak terlalu berat sebelah dan juga lebih menyelesaikan keadaan. Nasihatnya lebih kurang berbunyi begini.

"Sometimes, separation really hurts. Not sometimes, every separation did left much negative impact. But we have to take a look at ourselves back. Do we did our job well. Okay, yeah, fuck Aril anyway but still, in relationship, both sides play important roles in their own. Try to look back and don't repeat the same thing in future. Understand what I say?"

Alisa, yang selama ini sangat pantang jika orang tak back-up dia, kali ini menerima nasihat Darius dengan terbuka. Mungkin wajah kacak Darius juga menjadi faktor penarik untuk dia menerima agaknya.

Malam itu, kami cuba berbual tentang pelbagai perkara untuk menghiburkan Alisa. Kalau dulu, Alisa banyak terhibur dengan aku seorang sahaja tapi kini ada dua orang yang menemaninya. Aku tidak cemburu kerana aku tahu yang kalau bukan kami berdua, pada siapa lagi si Alisa tu nak mengadu.

"Whitney Houston once said, love yourself is the greatest love of all..." Sebelum kami berdua meninggalkan Alisa, itulah ayat yang diungkapkan oleh Darius kepada Alisa.

Kami berjalan berdua tapi untuk beberapa minit pertama, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami berdua. Aku sebenarnya rasa bahagia kerana jarang sekali aku dan Darius berjalan di waktu malam dalam keadaan yang agak romantis begitu.

"Do you triggered when talking about love tadi dengan Alisa?" Aku bertanya kepadanya untuk memecah keheningan.

"Why should I?"

"Well, you know, Olivia?"

Darius tersenyum kecil. Senyuman yang sekiranya adalah kuasa elektrik, ianya mampu menerangi seluruh Taman Mutiara ini. Senyuman yang seperti dadah untuk aku tersenyum juga.

"Why should I be sad if she can be happy for it?"

"Means?"

"C'est la vie. This is life. It is too short for you to be sad and is too long for you to stay in the same place. Go cheer yourself. Hence, you can only cheer yourself if you love yourself."

"Darius, can I ask something?"

"Go ahead." Kali ini, kami sudah tiba di hadapan rumah Darius. Memandangkan esok adalah hari cuti, kami memilih untuk melepak dulu di hadapan rumahnya. Dia menyalakan sebatang rokok dan meletakkannya di antara bibir. "What is it?"

"Tapi aku tak tahu sama ada aku patut cerita benda ni sekarang ke tak?"

"Pourquoi?"

"Hah?!"

"Oh, I mean why?"

"Macam ni, aku rasa aku ada suka someone tapi aku tahu yang dia takkan suka aku. So, what should I do eh?" Soalan tu memang agak obvious dan fishy tapi aku harap dia tak terlalu memikirkan sangat mengenainya.

Dia menghembuskan kepulan asap ke udara sebelum membuka bicara. "Do you know that having a crush is a form of agreement?"

"Means?"

"Having a crush means you are agree to put your heart in one of these consequences. One, to be loved back and treated the way it deserved to be. And another, you will be left heartbroken. That's it."

"And you think?"

"You are a nice guy, Razziq. I mean, you have a golden heart. You put others on top of your priorities. And that is just noble to do so."

"Kau rasa ada ke yang nak aku?"

Dia tersenyum dengan lebih lebar. Sesungguhnya memang aku nak sangat menjadikan senyuman itu sebagai milik ekslusif aku seorang sahaja. Tapi aku lebih daripada yakin yang ianya tidak akan berlaku.

"Why do you think no one will want you?"

"Because I'm not as perfect as you, perhaps? Come on, let's be realistic. Aku ni kentang je kut."

"Well, french fries is delicious. Wedges too."

Aku menjongket kening dengan riak jengkel. Dia melihat perubahan pada tingkah lakuku itu dengan senyuman masih terletak elok pada wajah kacaknya.

"Don't downgrade yourself like that, please. You are cute already."

MY CRUSH JUST TELL ME I AM CUTE YALLS PLEASE TELL ME THIS IS UNREAL!!!

"Thanks for that."

"You know what, sometimes some people are in love with one another but just not meant to be together."

"Really?"

"I'm serious. I always found those kind of people. Apart and sometimes not knowing they have feelings towards one another yet, they are. But when times they are ready to let each other know, it's already too late for them to do so."

Soalannya adakah aku akan membiarkan perkara itu berlaku? Adakah aku akan pendamkan perasaan aku terhadap Darius ini? Aku sendiri tidak tahu jawapan apakah yang sesuai bagi soalan itu. 

"Want to sleep here tonight?" Darius mempelawa aku untuk tidur di rumahnya.

"Boleh ke?"

"Well, jomlah tidur sini."

Dan aku akur. Kami melepak di ruang tamu sambil berborak mengenai pelbagai perkara. Tapi apa yang aku suka untuk borakkan bersama Darius adalah falsafahnya dalam cinta dan kehidupan. Terlentok jugalah aku mendengar dia bercerita mengenai semua yang dia pernah alami.

"There's one time, I was really give up with my life. Then I try to search what is the meaning of life actually. And guess what I found?"

"What?"

"You decide your life. If you choose to paint it with happiness, it will be happy. If you choose gloomy, it will gloomy. God never be unfair. It just us."

Aku tak tahu bila masanya aku terlena tapi yang pasti aku tertidur di atas sofa ruang tamu rumah tersebut. Buka sahaja mata, aku sedang berada di atas katil super single Darius dan siap berselimut lagi. Mataku galak mencarinya hanya untuk menyedari yang dia tidur di atas cadar di atas lantai.

Aku memandang wajahnya yang nampaknya masih lena itu. Aku tahu dia yang mengangkat aku tidur malam tadi. Aku tak tahu apa niatnya melakukan semua itu tapi aku merasakan rasa cintaku padanya semakin membuak.

Aku mencium pipinya perlahan. Sangat perlahan untuk mengelakkan dia daripada terjaga. Dalam hatiku berharap agar dia juga mempunyai rasa yang sama untukku. Walau tak bersama, aku tetap menginginkannya.

______________________

Sorry peeps for being away for too long. Anyway hows the story going? Drop your thoughts down there please...


Kerana Flannel...Where stories live. Discover now