Di sekolah pada hari itu, suasana agak gamat. Biasalah, hari pertama sekolah. Yang dah lama tak jumpa bertemu kembali, yang baru berpindah mula hendak menempa nama.
Tapi semuanya nampak sama sahaja bagi aku. Mungkin sejak daripada tingkatan satu aku dah mereput di sini dan sekarang pun aku dah form five. Kau fikir jelah kejung dia tahap apa.
Di sebelah aku di dalam kelas adalah seorang gadis iras littlemisskhan tapi lagi Melayulah mukanya. Nama dia Harlisa Azra dan aku hanya panggilnya Alisa. Kami sudah berkawan sejak dari darjah satu dan rezeki kami adalah sepanjang tempoh itu, kami sentiasa sekelas. Ada je yang mencadangkan agar kami menjadi couple tapi incest kan haram.
Nama kelas aku adalah 5 Akaun 3. Ya, aku seorang pelajar akaun yang sangat tidak gemar mana dengan subjek itu. Tapi considering the fact yang aku juga bencikan Sains, playing with numbers nampaknya taklah teruk mana. Lagipun, Ekonomi Asas still bearable for me to adapt.
Di belakang aku, terdapat seorang budak lelaki duduk di situ. Rasanya, aku belum pernah melihat wajahnya di mana-mana kawasan sekolah aku ini. Lagipun, berapa kerat sahajalah lelaki yang handsome kat sekolah ni. Aku kelaskan dia sebagai handsome dengan wajah yang agak cerah dan rambut messy yang masih menunjukkan aura tersendiri.
"Hai..." Aku cuba menegurnya.
"Hai..."
"Baru pindah ke?" Apa bodoh kau ni, Fitri? Terang lagi bersuluh kut dia budak baru.
Dia mengangguk.
Jujurnya, aku sudah memberi tamsilan awal bahawa dia ni seorang yang sombong. Yalah, baru masuk tempat orang tu cubalah senyum ke apa. Okey, dia senyum tapi macam tak berapa nak ikhlas je.
Guru subjek Ekonomi Asas yang juga guru kelas aku masuk ke dalam. Namanya ialah Cikgu Hana dan dia merupakan seorang yang baik orangnya. Apa ke skema sangat kau describe aku ni wahai Daniel Darwisy?!
"Dengarnya ada seorang pelajar baru dalam kelas kita. Nama dia Darius de Biau apa ni? Darius..."
Pelajar di belakang aku tadi bangun dan berjalan menuju ke hadapan. Rata-rata pelajar perempuan, dan ini termasuklah Alisa, sudah memandang ke arah budak tersebut dengan penuh minat.
"Darius, betul ke sebut ni?"
Dia mengangguk.
"So, kenalkanlah diri."
Dia tersenyum sebelum mula memperkenalkan dirinya. "Nama aku Darius de Beauvoir de Fontaine..."
"Bow what?!" Satu kelas sudah mula bingung dan confuse dengan nama si Darius ni.
"de Beauvoir. Pronounce it as Bow-vwa. I just moved here from PJ. My mom baru kena pindah kat hospital nearby. I speak in English in my family and my previous school so please don't get me wrong when I say I'm not really fluent in Malay. I'm still trying, that's for sure."
"What's the criteria of girl of your dream, Darius?" Seorang classmate perempuan aku, Ika sudah mula menanam minyak. Alisa juga nampaknya berminat dengan soalan itu.
"Well, seriously? Okay, the simpler the better."
Semua pelajar perempuan sudah mula beroooh dan aaah ketika itu. Tapi sejujurnya, aku juga rasa fascinated sekejap dengan makhluk bernama Darius de Beauvoir de Fontaine ini. 10 minit tadi aku rasa dia ni sombong tapi sekarang aku rasa mungkin tadi dia sekadar kekok.
"Okey, biar cikgu pulak tanya. Kamu semua tanya merepek je soalan. Darius, what is your hobby?"
Untuk sesaat, matanya dan mataku bertentang. Pantas aku menukar arah pandang agar tidak berlaku situasi awkward.
"Well, I do sports. My thing is football. So, anyone up for it in this class?"
Sepanjang kelas berlangsung pun, aku seperti tidak dapat memfokuskan kepala aku kepada apa yang diterangkan guru di hadapan. Rasa untuk menoleh ke belakang itu sangat tinggi dan membuak-buak.
Semasa waktu rehat, biasalah aku dan Alisa akan menghabiskan masa di sebuah pondok berhampiran kantin. Kantin itu terlalu sibuk lagipun memang mak aku dah jadi tukang masak peribadi aku setiap hari. Tapi biasanya, sampaikan si Alisa ni pun dapat merasa sama makanan yang aku bekalkan kat aku.
"Hai, korang. Boleh aku duduk sekali dengan korang?"
Belum sempat aku hendak menjawab, Alisa sudah menarik kerusi memberinya ruang untuk duduk. Dia duduk dan membuka bekal makanan yang dibawanya dari rumah. Senyuman turut dihadiahkan kepada kami berdua.
"Kenapa tak duduk kat kantin?" Aku bertanya dalam nada ingin tahu.
"Oh, ramai sangat. Plus, my mom provide me this. Well, she's a doctor so dia quite ada trust issue dengan makanan kat kantin sekolah so yeah, hence I'm here."
"Your mom is a doctor?"
"Yeah, Dr. Tiffany de Fontaine. She's a Chinese at first. Then she married my caucasian dad, Mr. Maximilian de Fontaine. I am the last of three. My brother is Darylester de Fontaine and my sister is Dorothy de Fontaine. Wait, why do am I speak out my biography?"
"Aku Fitri. Actually aku macam cam muka kau. Kau duduk Taman Mutiara ke?"
"Oh yes! How you get home everyday? Mind if I catch a hike?"
"Oh, aku jalan kaki je. Kau larat ke? Jauh tu?"
"You're alone?"
"Oh taklah. Aku pun duduk kat Taman Mutiara jugak. Kau duduk jalan berapa eh?"
"Oh, Jalan Mutiara 10. Dekat tak dengan korang?"
Alisa sudah ketawa memandang ke arah aku. Aku juga sudah hampir tersembur teh ais yang dibeli di kantin tadi. Darius nampaknya keliru dengan reaksi kami berdua.
"Err, what's going on?"
"Darius, I lived there. So kaulah keluarga mat saleh yang mak aku dok cerita tu?!"
"Well, yelah kut."
Aku tahu sangkaan awalku kepadanya tadi sudah salah. It turns out that Darius tu sememangnya peramah. Suaranya yang dalam dan macho itu seperti memberi extra credit bagi seluruh penampilannya. Kalau selama ini, sekolah ini mempunyai Coach Muqris, ternyata ianya sudah terbias oleh Darius.
"Just call me Alisa. Lisa too short for me."
"Good to know as my ex named Lisa. So, Lisa only kinda triggered it out."
Tak tahu kenapa masa dia cakap macam tu, hati aku agak sakit. Mengenangkan yang dia takkan suka pada sama spesies lelaki agaknya. Lupa nak mention yang ya, aku setakat ini tidak pernah mempunyai perasaan intim terhadap perempuan. Couple tu pernah tapi disebabkan aku yang tak pernah meminati perempuan inilah yang biasanya menamatkan kisah percintaan aku dengan mana-mana perempuan.
Dan tidak siapapun yang tahu tentang perkara ini. Not even Alisa.
Aku tak tahu sama ada aku jatuh cinta pandang pertama atau apa (seriuslah, Daniel Darwisy!? Baru chapter 1 kut) tapi ada sesuatu mengenai Darius yang membuatkan aku untuk terus meminatinya. Walaupun aku tahu yang semua ini masih baru, tapi berat untuk aku menafikannya. Dan aku masih berharap ianya hanyalah sementara.
________________
Sorry late update! Fail tetiba hilang hahax sorry so I have to write balik in a short time. Anyway, 10-13 votes for next update!!!!
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...