"Fit, aku ada berita buruk untuk kita. By kita, I mean untuk kau dengan aku." Alisa punya ucapan 'good morning' pada pagi ini lain sikit. Muka dia pun nampak macam cemas semacam. Setahu aku, rekod disiplin kami berdua setakat ini bersih kut.
"Apa yang berita buruk sangat ni?"
"Okey, siapa dia dalam sekolah ni yang kau paling tak nak jumpa sekali? There must be that one person yang kau memang jaki kat sekolah ni."
"Kalau ada pun kenapa?"
"Safari. Dia akan masuk kelas kita."
Terbeliak sekejap mata aku semasa mendengar berita tersebut. Okey itu sememangnya bad news bagi kami berdua ini. Berita paling buruk dalam sejarah tingkatan lima yang baru seminggu itu.
"Who is Safari?" Kami berdua boleh terlupa yang Darius turut berada di tempat duduknya . Dia tersenyum memandang kami berdua. "Am I supposed to know who is he?"
"Well, he's a jerk. Period!" Aku menjawab dengan acuh tidak acuh. Sesungguhnya, aku mula hendak dilanda kemurungan sebaik Alisa mewartakan berita tersebut.
"He's a school bully. Evil take human form in him. So, beware dengan dia, please."
"Oh, okay. But if it's true that he will moved into our class, I wonder where he will be seated as the only empty space is beside me."
Aku menepuk dahi. Memang mampuslah kalau si Safari tu duduk sebelah dia ni. Migraine mula menyerang kepala aku dan kepala si Alisa. Kedua-dua kami sememangnya anti, dendam, jaki, benci kat makhluk bernama Safari tu.
Okey, meh aku kenalkan Safari tu. Nama dia Aisar Safari bin Saifuddin. Nama glamournya adalah Safari. Dia ni seorang abang separuh sado yang juga seorang pembuli tetap aku daripada aku tingkatan satu. Disebabkan fizikal aku yang kecik (tapi sekarang aku dah tinggi okey), mamat ni would stop at nothing to bring me down.
"Macam mana kau tahu?"
"Well, Aril kan kelas dia. 5 Sains B. Katanya dia nak tukar kelas sebab dia tak mampu nak bawak silibus form five."
"Kepala hanat dia! Dah sedap duduk kelas Sains tu duduk jelah."
"Aku tahu tu weyh. Pengetua pun actually dah cakap kat dia tapi dia still insist. Tapi actually dia dah memang akaun pun. So dia just kena catch up Ekonomi jelah kan? Dengan Sains biasa."
By the way, Aril tu boyfriend-not-so-boyfriend kepada si Alisa ni. They are couple but they don't declare. So, setiap news kelas tu, mesti si Alisa ni akan dapat tahu.
"Haduh, murung aku doh dengar kau cakap ni. Tukar kelas, jom!"
"Oi, periuk! Kau nak pindah kelas apa? Kelas ni je yang ada subjek yang kita nak. Jangan bebal sangat."
Aku sudah mula emosi. Kemudian aku dapat melihat susuk tubuhnya itu masuk ke dalam kelas. Jujur cakap dia nilah yang diibaratkan Elly Mazlein sebagai 'mendengar namamu bagaikan memikul beban'.
"Hai, kau budak baru tu kan?" Dia menegur Darius yang nampaknya masih bingung dengan apa yang berlaku. "Safari."
"Darius. Darius de Beauvoir de Fontaine. "
"Darius bow what?!" Hak elah mamat ni. Mamat Darius tu elok je nama dia nak acah macam nama mamat tu pelik sangat kau dah kenapa?!
"Beauvoir. Bow-vwa."
"Steady ah nama kau, mat. Anyway, kau jangan kawan sangat dua ekor ni. Dia ni haa lepu. Yang seorang ni pulak dah macam semak je kat kelas lama aku tu. Jangan campur dorang ni."
"Kau dah kenapa, Safari?! Masuk kelas orang tiba-tiba nak buat perangai."
"Lahai emo. Kan aku dah cakap awal dah."
Darius menepuk bahu Safari. "Dude, I am a healthy-minded 17 years old boy who knows damn well how to cherish his own life. A for an effort for interrupting it. I would like to be your friend so please give me a good impression."
Safari hanya mengangguk dengan sarkastik. Sangkaku, dia akan berlalu pergi dari situ tapi ternyata jangkaanku salah. Dia dengan redhanya duduk di situ, di sebelah Darius. Darius juga nampaknya okey dengan perkara itu.
"Kau dah kenapa tak boleh pandang depan? Nak jilat muka aku ke apa?!"
Aku terus memandang ke depan tanpa terfikir untuk memandang ke belakang lagi. Sejujurnya, rasa sakit hati itu memang ada tapi aku cuba gagahkan juga untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Kalau aku ikutkan juga perasaan, memang dah kena tumbuk dah si Zoo Safari tu. Nama dengan perangai sama je tahap kebodohannya.
Semasa perjalanan kami pulang, Darius nampaknya tertarik dengan isu aku, Alisa dan Safari jadi itulah yang dia tanya sepanjang kami berjalan pulang.
"Why you guys feuding on each other?" Begitu soalannya.
"It's a long story, Darius. Ali, cerita."
"Okay, masa kitorang form two, si Safari tu suka kat aku. Tapi dia tu memang suka buli si Fitri ni. Buli tau, bukan sakat. Buli sampai tahap koyakkan novel Fitri, conteng baju, gam meja. Macam-macamlah sampaikan berapa kali mak ayah dorang kena panggil pergi sekolah..."
"And then?"
"Memang taklah aku nak terima dia tu jadi boyfriend aku. Psycho weyh dia tu. Berapa kali masa tu dok ketuk pintu rumah aku sampai tengah malam. Kes polis jugaklah time tu. Memang aku rasa kena harrassed gila time tu."
Darius hanya mengangguk. Cerita itu terbantut seketika apabila kami singgah di gerai Kak Bee untuk membeli cendol dan keropok lekor sebagai kudapan ketika berjalan. Selepas perjalanan disambung, cerita bersambung kembali.
"Ever since then, we hated each other. Dia tu dulu ada geng. Tapi lepas geng-geng dia tu blah pergi sekolah lain, tu dia kinda jadi lone freak tu. Sumpah weyh, dia tu annoying as fuck. Aril pun tak berapa suka kat dia tu."
Setibanya di Jalan Mutiara 5, iaitu jalan rumah Alisa, kami berpisah dengan gadis itu. Aku dan Darius meneruskan berjalan pulang ke rumah kami yang lagi lima jalan nak sampai.
"So you are a bully victim?"
"Yeah. And I can say I still got affected from it."
"I understand. The victims always be the one who got hurt more and longer than the one who conducted it. Hey, if you want, I can teach you on how to fight back."
Aku blur.
"Look, I learned martial arts before..." Dia tersadung batu dan terlanggar aku. Ketika itulah, aku terbau wangi haruman tubuhnya. Sekarang dah pukul tiga petang jadi tubuhnya yang sudah berpeluh itu mengeluarkan aroma yang bercampur dengan minyak wangi. Phew, letopsxz! "Sorry. Okay where are we? Yeah, martial arts. I can teach you. If you want."
"Mungkin aku boleh fikir dulu."
"Yeah you should. And I heard that you are working during weekend. Where is it?"
"Pizza Hut. Nanti aku bawak balik pizza kita boleh share. Alisa selalu dapat."
"Cool. Someday for sure. Okey, dah sampai. Got to go."
Kami bersalaman dan inilah part yang aku tak percaya akan berlaku. Darius mendekatkan pipinya dan membuat bunyi ciuman. Sumpah aku rasa seperti terangkat ke langit ke-7 ketika itu. Dahlah bau badan dia cukup merangsang, siap bagi kiss lagi.
"My dad comes from European ancestry. He's half French and half Spanish. They do a lot."
"Alisa? You don't do that to her."
"Well, she's a Muslim girl. I respect her for that."
Aku hanya tersenyum. Rasa bangga pun ada.
"And she got girlfriend. I won't risk that."
Kami berdua ketawa.
"Au Revoir, Fitri. A bientot." (pronounce as 'o ghevwa' and 'a byentoh'.)
"Tak faham?"
"Goodbye. See you soon."
"Okay, bye Darius!"
Aku masih tak jatuh cinta pada dia. Tapi aku 10 kali pasti, aku akan jatuh cinta pada jejaka bernama Darius itu. Aku pasti sangat!
__________________
20-23 votes for next update!
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...