Bab 13

890 68 8
                                    

Pagi Sabtu yang sederhana ceria itu aku luangkan dengan membasuh motosikal. Perform kan pepagi dah basuh basikal. Biasanya pagi macam ni aku dok membuta lagi dalam bilik sambil peluk bantal bayangkan itu Darius. Nampak tak teruk angau aku ni dah tak boleh dibantu. Mujurlah dah sah jadi boyfriend kalau tak, tak mereput hengko aku nak berangan seorang.

"Hai..." Suaranya menegurku dari pagar rumah. Aku tersenyum memandangnya. Dia membuka pagar yang tak berkunci itu seraya masuk ke dalam halaman rumahku. Senyumannya semacam manis pada pagi ini. "Awal bangun?"

"Saja. Nak basuh motor. You?"

"Entah. Terjaga. I slept at four kut malam tadi."

Kami berdua diam. Aku meneruskan aktiviti membasuh motorku. Dia setia menunggu di buaian yang ada berhampiran dengan aku.

"Your mom not home?"

"Oh, pergi pasar rasanya. Ada my brother je kat dalam. Tidur lagi rasanya."

"Can I hug you now? Like hug and kiss?"

"Kenapa ni? Sounds serious."

Dia menghela nafas berat dan berjalan menuju ke arah aku. Dia meletakkan dagunya di bahu aku dan aku dapat merasakan ada air mata yang jatuh ke bahu aku. Aku menarik wajahnya. Ya, dia memang sedang menangis.

"Why, Darius?"

"Daryl. He's coming home. My parents are gonna fetch him from the airport kejap lagi."

"And?" Okey, aku memang tahu yang si Darius ada isu dengan abang dia tapi aku tak rasa itu adalah puncanya.

"You know. Of course my parents will compare me to him for every single occasion that I do. And I hate that to be happened, sayang. I just want to live my life without any judgement because I feel happy to just be me. I don't want to live under people's expectations."

"Darius, janganlah macam ni."

"I can't. I just want to cry on your shoulders, that's it. I know that only you who can accept me for whoever I am. Am I right?"

 "Yes, you are. Darius, please. Janganlah macam ni. I risaulah."

Dia mengesat air matanya semula. Kemudian dia tersenyum. Aku turut membantunya mengesat air matanya dari pipi. Comel pula buah hatiku yang seorang ini.

"You pergi masuk dalam. Bancuhlah milo ke apa ke. Nanti I habis basuh motor ni, I masuk. Okey, baby?"

Dia hanya tersenyum. Dia menurut cadangan aku dan terus masuk ke dalam rumahku. Aku pula makin cepat melakukan operasiku agar dapat masuk ke dalam dan bersarapan bersamanya. Tak sampai 10 minit, settle dah. Nampak kan gelabah aku tahap apa?

Ketika aku masuk, aku melihat dia sudah siap membancuh dua cawan milo suam dan sepiring biskut jagung. Aku mencubit pipinya sebelum turut menyertainya untuk bersarapan. Rumah aku sudah seperti rumahnya. Semua tempat pinggan, cawan, bahan masakan semua dia dah tahu susun letaknya.

"So, what are you gonna do?"

"I don't know. He will stay here for two weeks. I guess throughout that, I'm just gonna be in my room pretend to be dead because if it's true, no one seems to care at all."

"Hey, I do care about you. Everything about you, I care. Jangan pernah cakap macam tu, okey."

"I wish everyone can be as nice as you, Fitri."

"Why you call me Fitri now?"

Dia menolak rambutku ke belakang. Dahiku dikucupnya lembut. "I think that name suits you much better. You look cuter when I call you Fitri. And that just everything. I love you, Fitri."

Dia pulang selepas makan dan tengahari itu, ketika aku menghantar WhatsApps kepadanya, dia mengatakan yang dia terpaksa untuk mengikut ibu dan ayahnya ke lapangan terbang. Akalku masih memikirkan soalnya.

Mujurlah mak bukanlah jenis seorang yang suka membeza-bezakan kedudukan anak-anaknya. Waima adik-beradikku ramai, tetapi belum pernah lagi meluncur keluar daripada mulut mak membezakan kami. Mungkinlah sebab mereka masih kecil tapi mendengarkan cerita Darius, daripada kecil lagi dia sudah dibandingkan dengan abangnya.

Aku pernah berjumpa sendiri ibu dan ayah Darius. Dr. Maximillian dan Dr. Tiffany de la Fontaine. Sejujurnya, aku seram melihat wajah ayahnya. Memang muka macam nak menelan orang. Sudahlah tu, senyum pun tidak kepada teman lelaki... oops kawan anaknya ini. 

Malam itu, Darius menelefon aku dengan nada suara yang agak tinggi dan serak.

"I need to see you."

"But it's late..." Jam sudah menunjukkan jam dua pagi kut.

"Do we two know the meaning of 'late'?! Please... I drive us somewhere."

Do I look like I have a choice? Yes, no! Lima minit kemudian, kami sudah berada di dalam keretanya dan dia sedang menahan tangisan dan kemarahan.

"Il est tres ennoyeux personne dans le monde! Je le deteste!" (Dia adalah manusia yang sangat annoying dalam dunia. Aku benci dia!)

"Sayang, I don't understand."

"Que veut-il vraiment de moi?! Il a tout l'attention quand je n'ai rien!" (Apa yang dia nak sebenarnya daripada aku? Dia ada semua perhatian sedangkan aku tak ada kut)

"Darius!"

"Quel?! I mean, what?!"

"Can you chill yourself? Mind to tell me what's happen?"

"He boast himself to our parents. Well, what's new about Daryl about that, right? The thing is, he likes to show that he knows everything to my parents and make me looks stupid in front of them. Okay, we get it, Daryl! Tu est tres intelligent! Je suis stupide! But you don't have to show it to them! That just pretentious to do so!"

Masalahnya tentang kes Darius ini adalah abang dia pun memang suka menunjukkan yang dia pandai. Wujud juga eh dalam dunia ni manusia yang perangai macam tu. Selama ini aku ingatkan itu semua karya fiksyen manusia sahaja.

"So, where are we going now?"

"Can we do something crazy?"

"What?"

"Genting jom!"

"Sayang, jangan jadi gila." Aku membidas idea itu. 

Setengah jam selepas itu, kami selesai membayar tol di Tol Gombak, Lebuhraya KL-Karak. Biasalah, benda impromptu macam ni memang best. Itulah yang dinamakan kenangan.

Sepanjang mendaki bukit tersebut dari dalam kereta, Darius tak habis-habis bising dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok. Rupanya, ini adalah kali pertama dia naik ke atas itu. Sampai sahaja di atas, kami gelabah kerana kami tidak membawa baju sejuk.

Kami tidur di stesen minyak menunggu hari siang. Sempat aku menghantar mesej kepada ibuku bimbang dia risau anaknya lari malam ikut pasangan (which sebenarnya ya). Aku mengucup dahi Darius ketika dia sedang ralit dalam lena.

Siangnya, kami beli sweater dan menghabiskan seharian di taman tema itu. Perkara gila sememangnya seronok jika dilakukan bersama orang yang tersayang. Darius sedang bersedih jadi adalah tanggungjawabku memastikan dia gembira. Dan aku gembira melihatkan dia turut gembira...

Kerana Flannel...Where stories live. Discover now