"Razziq, tolong mak pi kedai sat beli santan. Mak ingat nak buat bubur kacanglah petang satgi."
"Awatnya?! Cheq baru balik sekolah ni ha. Penat pun dak hilang lagi ni."
"Loqlaqlah hang. Dah dua jam balik, tidoq makan bagai dah. Penat tang mana?!"
Aku mengangkat punggung dengan malas menuju ke arah mak yang nampaknya sedang ralit memasak di dapur. Baru jam tiga petang tapi dia nampaknya sudah gigih memasak untuk hidangan minum petang. Mak memang suka memasak pun dan aku sebenarnya takde masalah dengan itu. Masalahnya ialah aku sering dijadikan mangsa untuk pergi membeli makanan di kedai runcit.
"Pi lah cepat! Lambat siap satgi bubuq tu."
"Bak mailah duit dulu. Cheq bukan ada duit."
"Duit baki hang pi sekolah tadi takdak ka?"
"Cheq buat bayaq fotostatlah tadi. Ada dak?"
Mak mengambil handbagnya dan menghulurkan aku sekeping duit RM 10 kepada aku. Aku menyambutnya dan memasukkan ke dalam wallet. Kunci motorsikal diambil dan aku terus keluar rumah.
Selang lima buah rumah dengan aku, aku melihat seorang remaja lelaki sedang bermain basketball di luar rumahnya. Dia yang hanya memakai jersi basketball itu kemudian memandang ke arah aku membuatkan aku hampir terbabas sebaik dia mempamerkan senyuman.
Darius. Jiran baru merangkap rakan sekelasku.
Aku hanya membalas lambaian tangan dengan awkward tanpa memberhentikan motor. Selepas selesai membeli apa yang patut dibeli di kedai runcit di taman perumahan aku itu, aku mulai keliru. Ada dua jalan untuk kembali ke rumahku semula.
Satu, dengan melalui depan rumah Darius. Bukannya aku tak suka melihat Darius itu. Tetapi aku rasa kekok kalau dia sentiasa dengan senyumannya itu. Aku rasa aku memang terpaksa akui yang aku suka memandang wajah kacaknya.
Dua, jalan belakang rumah aku. Aku akhirnya memilih untuk melalui jalan ini sebab tidak perlu melalui depan rumah Darius. Nanti ada aku terbabas kejap lagi kalau sekali lagi dia senyum kat aku.
"Awat hang beli santan kotak? Kan hang biasa beli santan paket kat mak. Santan kotak ni tak segaq."
"Jadilah tu. Kurangnya ada jugak santan."
"Tak sedaplah bubuq tu sat lagi. Budak soghang nilah."
Aku melangkah naik ke bilikku semula. Aku membuka handphone dan mula scroll Twitter untuk menyaksikan sekiranya terdapat sebarang drama untuk dihadam dan dimaki. Nampaknya, hanya ada drama seorang Dato' yang kononnya kaya gila sampai bajet dengan jam Rolex tapi end up makan tepi jalan je masa pergi bercuti kat luar negara. WTF?!
Orang kaya kat Malaysia ni memang semua bebal ke? Yang seorang tu sibuk buat lagu terkinja-kinja lepas tu konon malu bila orang kata dia badut. Seorang lagi pulak bangga baru 19 tahun tapi dah ada business sana-sini bagi talk yadaa yadaa. I swear kalau sekolah aku panggil dia datang bagi talk, aku akan baling buku business information kat dia. Seorang lagi tu pulak dok tayang tetek self-made dia.
Wey I cannot brain all this shits!!!
Notification Insta masuk. Rupanya Darius sudah memfollow aku. Agak pelik memikirkan mana dia dapat IG aku. Tapi bila aku tengok yang Alisa pun dah follow dia, aku rasa aku tak perlu fikir lagi kut soalan obvious tu. Lagipun si Alisa tu yang nampak beriya sangat dengan dia masa balik sekolah tadi. Siap bertukar nombor phone bagai.
Lama jugaklah aku dalam bilik sampaikan mak panggil aku turun. Kejap? Baru setengah jam kut. Takkan bubur kacang tadi dah siap?
"Awatnya?"
"Ni haa. Jiran baru kita dok mai. Hang duduk dulu sat. Mak pi ambik bubuq kacang tu kat dapuq."
Aku memandang ke arah muka pintu. Seorang wanita Cina berdiri dan di belakangnya berdiri seorang budak lelaki yang buat masa sekarang sedang membuat aku gila bayang. Dariuslah, siapa lagi?! Aku rasa mungkin wanita Cina itu adalah ibunya, Mrs. de Fontaine.
"Hai, Darius and mak Darius. Duduklah."
Mereka berdua duduk. Dua minit kemudian, mak tiba dari dapur membawa sebuah teko berisi teh O suam dan semangkuk bubur kacang. Aku membantu mak untuk menuangkan air tersebut ke dalam cawan serta menghidangkan bubur kacang kepada mereka berdua.
"I just want to kenal-kenal dengan jiran keliling ni dulu. Anyway, nama saya Tiffany. Tiffany de Fontaine."
"Doktor kan?" Mak bertanya.
"Yeah but kat rumah, tak payahlah berdoktor bagai. And this is my son, Darius. Darius, is this your classmate yang you bagitahu mommy tadi?"
"Oui." Darius menjawab soalan ibunya dalam bahasa Perancis.
"Razziq, right? Could you please put an eye on him in study? He very slow in Bahasa Melayu so I think he needs to polish it out. Can you please help him?"
"I will." Aku menjawab soalan itu. Aku memandang wajah Darius yang turut tersenyum ke arah aku. Dia masih memakai jersi bola keranjang tadi yang mendedahkan biseps dan trisepsnya kepadaku.
"Anak awak berapa orang?" Mrs. de Fontaine bertanya kepada mak.
"Panggil saya Aishah je. Anak saya ada tujuh. Razziq ni yang pertama. Adik dia dua oghang lagi ada kat asrama nun. Tinggallah lima orang je anak saya dok sini."
"Ayahnya? Maaflah bunyi macam busybody."
"Oh, saya ni janda. Dah setahun jugaklah dok seorang lagu ni. Mujurlah ada Razziq ni haa. Ada jugaklah buat peneman."
"You didn't tell me your mom is a widow?" Darius memandang ke arah aku.
"Well, it's not a good subject on the first day of ice breaking."
Dia mengangguk-angguk. Aku kemudian menuju ke dapur untuk menambah lagi air teh O yang sudah habis diminum. Sambil aku membancuhnya, terbayang keseksian Darius memakai jersi bola keranjang berwarna merah tadi. Sejujurnya, nafas aku memang berdegup kencang tiapkali membayangkannya semula.
"Heyyy, Fitri. Why your mom call you Razziq?" Eeeiii, anak manusia ni boleh pulak duduk sini. Ada termanis semacam air ni nanti.
"Oh, Fitri tu nama ayah aku bagi. So, lepas dorang cerai, my mom started to call me Razziq instead of Fitri sebab nama tu dia yang bagi."
"Oh, I see. Hey, you know any places here where we could hang out at night?"
"Mamak ada."
"Somewhere nature? Like a park or garden ke?"
"Ada tu ada tapi sunyilah. Kenapa?"
"Oh, nothing. Saja tanya. Are you sure air kau tu sedap enough?"
"Can you please not question my credibility in making drinks? Kalau tak sedap, takdelah sampai kena buat second batch air ni."
"Okay, I buy that answer."
Serious talk, this guy has a killing smile. Dan secara teknikalnya, dia membunuh aku dengan senyumannya itu. Aku rasa hendak pengsan setiapkali melihat dia tersenyum.
"Orang yang pandai buat air ni mesti bertuah pasangan dia nanti."
Wait, dia puji aku eh? "Really?"
"Yeah. My mommy stated that. Wish I could find a girl like you who knows how to make the perfect tea."
Membawak ke malam jugaklah aku terbayang ayatnya itu. Aku tak rasa aku cintakan dia. Mungkin kerana dia sangat kacak kut.
Darius de Beauvoir de Fontaine. Your handsomeness attract my heart. Fuck you, love you... Nolah, tak love pun!
____________________
15-18 votes for next update!
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...