Bab 19

580 49 10
                                    

Hari mak dan Mamie serta adik-beradikku pulang ke Kedah itu adalah hari Jumaat. Selepas Mamie habis conference tengahari tu, dia pulang ke rumah dan terus angkut semua yang ada meninggalkan aku dan Abang Hayden sahaja di rumah. Mulanya Mamie bising jugaklah kat Abang Hayden tapi aku memang tahu yang Mamie sudah lali dengan kedegilan Abang Hayden.

Selepas semuanya berangkat, Abang Hayden menutup pintu dan terus memeluk aku sekuat-kuatnya. Yalah, depan dorang kena cover bagai. Ni dah berdua ni bolehlah nak melahar seseronoknya.

"Sayang, abang sayang sayang sangat-sangat!" Haa kau fikir sendirilah macam mana ayat tu bunyinya. Tapi yang pasti, ianya sweet bagi aku.

"Ya, Fitri tahu."

Dia terus menolak aku ke sofa dan dengan rakusnya mencium pipiku. Ciuman itu kemudiannya berpindah ke bibir. Ciuman yang sangat sensual membuatkan tangannya yang memegang pipinya ketika itu kebas seketika.

"I don't want to call you just 'sayang'. Because you are cute so now, hi 'baby'."

"Eww... cringenya."

"Comellah. Okey sayang nak abang panggil apa?"

"Call it whatever you want." Eleh, Darius dulu bukan main lagi panggil aku Pumpkin Pie bagai last-last menjolok jugak dengan Olivia tu. "Fitri tak kisah. Asalkan abang sayang Fitri."

"I love you, sayang."

"I love you jugak."

"Sayang, petang nanti kita keluar nak? Shopping. Abang belanja. Nak?"

Aku onzkan sahaja. Ketika kami menaiki motor keluar daripada taman, aku nampak kereta Chevrolet putih yang ada di rumah Darius hari itu sedang memandu masuk ke kawasan perumahan kami itu. Aku cuba berfikiran positif tapi ternyata masih tidak mampu ya anak-anak.

Kami tiba di sebuah mall 10 minit kemudian. Pada lewat petang itu, aku hanya memakai jersi Manchester United dan seluar jeans manakala Abang Hayden memakai tank top putih disarung jaket kardigan hitam dan seluar jeans hitam. Hayden is too handsome.

Kami berjalan bersama dan ada kalanya Abang Hayden sengaja memegang tanganku. Aku tak kisah tapi ni kat public kut masalahnya. Agak-agaklah pun kalau nak bermanja sekalipun.

"Sayang, kita masuk Cotton On nak tak? Abang nak cari flannel baru."

Flannel. Satu pakaian yang menyatukan aku dan Darius. Aku tak percaya aku masih menyimpannya di rumah. 

"Abang kalau nak flannel Fitri tu kat rumah ambik jelah. Rasa muat kan?"

"Eww no! Buruk kut flannel sayang tu. Sayang beli sendiri ke tu?"

Aku menarik muka. Yalah, aku kut yang pilih flannel tu dulu. Sedap je nak kata buruk.

"Alah, abang cakap je. But seriously tho. Takpe, kita beli yang baru okey? Abang beli satu, sayang beli satu."

"Huh?" Aik, dah macam Darius.

"Sayang ni cutelah. Ya, kita ambik dua warna samalah. Okey tak? Bukannya orang tahu pun. Bila nanti kita keluar, kita pakailah."

Aku hanya tersenyum kepadanya ketika itu. Tak ada apa yang mampu aku keluarkan daripada mulut.

Kami kemudiannya memilih dua pasang flannel yang turut berwarna merah tapi berjalur biru. Abang Hayden yang pilih, obviously. Dan sememangnya, memang cantik apa yang dipilihnya itu.

"Sayang pakai elok-elok tau nanti."

"Okey..."

"Sayang, kita tengok movie nak tak?"

Kerana Flannel...Where stories live. Discover now