Bab 16

590 50 4
                                    

Aku ingatkan Exora, rupanya Vellfire. Punyalah bebal aku punya otak boleh lupa boleh fikir Vellfire dengan Exora tu lebih kurang sama. Memang taklah kan. Dan bila aku melihat plat nombor kereta itu seperti datangnya dari Singapura, aku tahu siapa yang datang.

Ianya merupakan kakak mak yang tinggal di Singapura yang kami panggil Mak Ngah / Aunty Helena despite nama dia Halinawati. Dah duduk negara macam tu, nama pun tukarlah uolls!!! Aku suka dia datang kerana dua sebab which are:

1) Dia kaya gila bapak! Duduk pun kat penthouse area Dhoby Ghaut yang property dia saja dah $2 juta SGD. Also, dia banyak tolong family aku lepas bapak asyik ulang alik pusat serenti and now sekarang dah lesap terus.

2) Wafiyuddin Hayden dan Rafiyuddin Herman. Dua-dua ni merupakan anak angkat Aunty Helena yang dibela sejak mereka bayi lagi. Mereka berdua kembar dan kata Aunty Helena, sebenarnya mereka ni anak Cina tapi aku kisah apa sebab dua-dua hot namampos! Tapi aku lagi taste Abang Wafi daripada Abang Rafi. Tak, aku taste dua-dua sebenarnya.

Aku memberi salam dan memasuki rumah. Aunty Helena, Abang Hayden dan Abang Herman masing-masing sedang menjamu hidangan makanan tengahari di ruang makan. Aku meminta izin untuk terus naik ke bilikku dahulu untuk menukar baju dan mandi. Yalah, tengah hangit macam cibai ni memang taklah nak duduk kat ruang tamu tu dengan dorang. Bau mulut pun still bau cum memang menempahlah kalau duduk jugak lepak dengan dorang.

Aku masuk ke bilik mandi dan mula bersiram. Ketika aku keluar, aku melihat Abang Hayden sedang berbaring di atas katilku sambil bermain handphone. Dia tersenyum memandangku. Shit! Rasa nak screenshot saja apa yang aku lihat itu dan framekan, letak kat dinding.

"Lambat balik, Fitri..."

"Oh, Fitri singgah rumah kawan tadi. Abang dah lama sampai?"

"Oh, pukul sebelas tadi. Gerak tadi pun lambat. Tunggu checkpoint clear sikit baru gerak."

"Oh yelah. Kat border tu bila je tak jammed kan?"

"Tau pun. Eh, takpe ke abang landing katil kau ni?"

"Takpe. Abang tidur sini ke hotel malam ni ke balik hari?"

"Tidur sini. Mamie ada conference kat PWTC seminggu. Dapat je hotel tapi dia kata nak stay sini je."

Mamie ni pun satu. Agaklah nak duduk rumah aku yang dah sedia ramai dengan adik-adik aku yang ramai tu. Mujurlah seorang adik aku berada di asrama jadi taklah padat sangat rumah itu dibuatnya. By the way, sila sebut Mamie tu 'mei-mi' ya. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh fikir nak panggil diri sendiri macam tu.

"Abang kerja kan sekarang?"

"Ha'ah. Kat Sentosa je. Jadi tour guide for English and Chinese speakers. Abang Rafi still dengan immigration. Seorang kat utara, seorang kat selatan."

Selepas menyarung pakaian, aku berbaring di sebelahnya. Kuat sungguh bau minyak wangi dia menerjah masuk ke hidungku. Bau jantan gila habis!

Antara Abang Hayden dan Abang Herman, sejujurnya aku lebih rapat dengan Abang Herman berbanding kembarnya itu. Dia lebih sporting dan itu membuatkan sense of machonya lebih terpancar jelas.

"Sini ada tempat lepak best tak?"

"Maksudnya?"

"Tempat lepak ah. Tak kisah ah mamak ke kopitiam ke."

"Ada je. Tapi motor tu boleh bawak dua orang je. Takkan nak bawak kereta pulak."

"Alah, Herman tu mana nak join. Tengoklah, esok ke apa. On?"

Sebaik dia mengungkapkan itu, dia terus membuka bajunya dan sambung berbaring di sebelah aku. Terpesona seketika aku melihat tubuh badannya itu. Ianya tak terlalu sado dan tak terlalu kering. Warnanya putih kuning membuatkan ianya memang sangat dipandang.

Kerana Flannel...Where stories live. Discover now