Pagi itu, Abang Hayden tanpa dipaksa dan penuh rela hati menawarkan untuk menghantar aku ke sekolah. Aku pun dengan rela hatinya menerima pelawaan tersebut. Adik-adikku pula pergi ke sekolah menaiki van sekolah jadi tidak ada halangan lainlah kan. Yang kecik tu pulak mak aku sendiri hantar pergi taska. Jadi hanya aku dan Abang Hayden saja di atas motor.
Di atas motor, ada masanya, dia akan cuba memegang tanganku yang berada di paha. Aku pegang juga tangannya itu dan melalui cermin pandang belakang, aku dapat melihat dia tersenyum kepadaku. Rasa macam tak percaya sahaja senyuman seperti itu datang daripadanya.
"Fitri ada duit tak ni?" Dia bertanya ketika kami sudah tiba di hadapan sekolah. Tapi aku sengaja meminta dia menurunkan aku jauh sedikit sebab well... faham sendirilah.
"Oh, ada RM 5 dalam wallet. Cukuplah kut. Air ada bekal ni haa."
Abang Hayden mengeluarkan dompetnya. Dihulurkannya $5 dan RM10 kepadaku. Aku memandangnya pelik.
"Banyak ni, bang."
"Ambik jelah. Untuk kesayangan abang jugak."
"Abang serius ke?"
"Serius apa?"
"Pasal malam tadi?"
"When I say I want to keep you as mine? Yes, I am serious about that."
"Apa maksud abang?" Aku pandang ke dalam matanya.
Dia tersenyum lagi. I swear his smile could light up the whole town and even city. Manisnya rasa nak cicah dengan roti.
"As someone that I love."
"But since when? I mean, bukankah abang... straight?"
"Did you just assume that?" Dia ketawa kecil.
"Err, anyone would?"
Dia memegang pipiku. Aku rasa kalau bukan kat public, pasti dia sudah mencium aku. "Years, I hid my sexuality. Yes, I like boys and I love you. Alah, Fitri tak perasan ke yang abang selalu pandang Fitri je kalau balik kampung ke apa?"
"Tapi boleh jadi sebab abang rapat dengan Fitri je kan?"
"Taklah sayang. Of course it's more than that."
"Abang Herman tahu?"
"He knows that I like boys but he doesn't know about us...yet."
"Okey... Fitri pergi dululah. Nanti lambat pulak."
"Okey, sayang. Nanti abang ambik ke tak?"
"Takpe. Fitri balik jalan kaki dengan kawan."
Dia hanya tersenyun seraya mengucapkan selamat tinggal. Aku pula mulai berjalan ke arah pintu pagar sekolah.
Sejenakku terfikir adakah aku sudah curang terhadap Darius? Mempunyai kekasih hati lain selain dia. Adakah aku sedang berlaku kejam kepada dia?
Tapi, dia sedap je ada Olivia. Konon dah break, tapi still save 'Livvy <3' lagi dalam phone. Jadi salah aku ke kalau aku nak Abang Hayden jadi pengganti dia? Setidaknya Abang Hayden nampak care kat aku (untuk beberapa jam nilah).
Di dalam kelas selepas perhimpunan, aku tak melihat beg Darius di tempatnya. Dia juga tidak kelihatan dimana-mana di kawasan sekolah. Sedap kut pantat si Olivia tu sampai tak sempat nak datang sekolah pagi ni.
"Boyfriend tak datang ke hari ni, Bang Fitri!?" Si Safari sudah mula membahan di meja belakang. Malas hendak melayan, aku buat bodo saja. Dengan dia aku menyampah, mention pulak nama orang yang aku tengah geram, lagilah 10 kali aku geram.
YOU ARE READING
Kerana Flannel...
Teen FictionAhmad Fitri Ar-Razziq dan Darius de Beauvoir de Fontaine adalah sahabat baik. Mereka berkongsi pelbagai cerita yang sama. Sehinggakan mereka turut berkongsi rasa cinta yang sama. Tapi atas dasar persahabatan, mereka berpakat untuk merahsiakannya dar...