TURUTAN MAUT (BAB 1)

1K 39 4
                                    

BAB 1

NURI Alissa, seorang wanita dan juga merupakan seorang pelakon popular yang menjadi rebutan banyak syarikat penerbitan untuk dijadikan sebagai pelakon utama dalam pelbagai drama dan filem.

Namanya kini meningkat naik dan selalu menjadi sebutan seluruh rakyat Malaysia. Sesiapa yang tidak mengenali beliau, memang boleh dilabelkan sebagai 'katak bawah tempurung'.

Bermula dengan memegang watak sebagai pelakon pembantu dalam sebuah filem, dia mula mencipta nama dan menjadi tarikan pengarah filem disebabkan wajahnya yang cantik dan menawan.

Kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh Nuri Alissa juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan namanya meningkat secara mendadak.

Dunia zaman sekarang, sesiapa yang memiliki wajah yang cantik atau tampan, dialah yang akan menjadi perhatian orang di sekelilingnya.

Nuri Alissa juga tidak terlepas dengan keadaan itu. Disebabkan wajah Nuri Alissa yang cantik, dia telah terpilih untuk menjadi duta untuk produk kecantikan.

Sekalipun Nuri Alissa sangat popular dan terkenal di seluruh tanah air, gosip mengenai dirinya jarang kedengaran kerana dia pandai menjaga diri daripada menjadi mangsa kepada gosip-gosip liar.

Apabila ditanya oleh pihak media, dia akan menjawab dengan berhemah dan berhati-hati agar tidak tersalah cakap.

Begitu pandai Nuri Alissa menjaga nama baiknya.

Kriiing!!! Kriiing!!!

Nuri Alissa yang sedang tidur terkejut apabila mendengar deringan telefon bimbit yang betul-betul berada di sebelah telinga kirinya. Dahinya berkerut kerana menahan sakit apabila cahaya matahari menusuk tepat ke dalam mata melalui tingkap bilik.

Telefon bimbitnya itu diambil dan tertera pada skrin akan nama pengurus merangkap kawan baiknya, Anita.

"Helo..." kata Nuri Alissa. Malas.

"Helo..."

"Kau nak apa call aku pagi-pagi buta macam ni?" Tanya Nuri Alissa sambil menggaru-garu kepalanya.

"Pagi buta kau kata? Woi, sekarang ni bukan pagi buta lagi tau. Sekarang ni dah pagi celik kau tahu tak? Cuba kau tengok jam pukul berapa sekarang," kata Anita. Suaranya meninggi sedikit.

Pada ketika itu, Nuri Alissa berasa sedikit tidak puas hati apabila tidurnya diganggu dan ditambah pula dengan dia dimarahi oleh Anita tanpa diketahui sebabnya. Nuri Alissa melihat jam tangannya yang kini menunjukkan pukul 10 pagi.

"ALAMAK!!!"

Jerit Nuri Alissa secara tiba-tiba apabila menyedari bahawa dia sudah terlambat untuk pergi ke lokasi penggambaran.

Anita yang masih berada di hujung talian berasa begitu perit pada telinganya apabila Nuri Alissa menjerit dengan begitu kuat. Berdesing telinganya. Anita hanya mampu menggelengkan kepala apabila membayangkan wajah Nuri Alissa pada ketika itu.

"Ini semua salah kaulah, Nita. Kenapa kau tak datang rumah aku dulu sebelum kau pergi ke lokasi penggambaran," kata Nuri Alissa.

"Eh, aku pulak yang kena? Apa hal salah aku pulak?"

"Yalah, selalunya kau akan datang rumah aku dulu sebelum bertolak pergi ke lokasi penggambaran. Kenapa hari ni kau tak datang pulak?" Nuri Alissa cuba untuk menyalahkan Anita.

"Amboi, sedapnya mulut kau bercakap. Cik Alissa oi, kau sendiri yang cakap pada aku semalam supaya terus bertolak ke lokasi penggambaran tanpa perlu aku pergi ke rumah kau terlebih dahulu. Kau dah lupa?" Balas Anita. Sinis suaranya kerana ingin membela diri.

TURUTAN MAUTWhere stories live. Discover now