TURUTAN MAUT (BAB 16)

288 19 0
                                    

BAB 16

KEADAAN di rumah kosong yang terletak di pinggiran bandar besar Kuala Lumpur kelihatan tidak terurus jika dilihat dari luarannya kerana telah lama ditinggalkan oleh tuan punya rumah.

Selepas rumah tersebut ditinggalkan kosong tidak berpenghuni selama beberapa tahun, terdapat seseorang yang telah menggunakan rumah tersebut sebagai rumah keduanya. Ya, si pembunuhlah orang yang dimaksudkan.

Kelihatan sebuah motosikal Honda EX5 berwarna hitam diletakkan di laman rumah tersebut yang mana pemiliknya adalah seorang pembunuh yang sedang diburu oleh pihak polis pada ketika ini.

Si pembunuh yang kini berada di rumah tersebut sedang menyusun rancangannya sebelum dia memburu dan membunuh mangsa keempatnya.

Gambar Nuri Alissa, Syed Azrai dan Fahmi Ikhwan ditampal pada papan kenyataan usang dengan menggunakan paku tekan. Setiap daripada gambar itu telah dipangkah menggunakan pen penanda berwarna merah.

“Nuri Alissa, kau memang manusia yang tak sedar diri, lupa daratan, mementingkan diri sendiri dan hipokrit. Kenapalah kau buat macam tu pada aku dulu? Kenapa, kau malu dengan aku ke? Tapi tak apalah, kau pun dah mampus sekarang ni. Macam mana sakitnya kau rasa waktu aku bunuh kau, macam tu jugaklah sakitnya hati aku bila kau layan aku macam sampah,” kata si pembunuh sambil memandang gambar Nuri Alissa.

Direnungnya buat seketika akan gambar Nuri Alissa dengan perasaan marah. Tidak lama kemudian, dia tersenyum pula.

Senyuman tersebut jelas menunjukkan kepuasan hatinya apabila mengenang semula tikaman yang dilakukannya terhadap tekak Nuri Alissa. Masih terasa akan darah suam Nuri Alissa yang mengalirkan pada tangannya ketika wanita itu dibunuh.

Kemudian, si pembunuh mengalihkan perhatiannya kepada gambar mangsa kedua dalam permainan ini, Syed Azrai.

Si pembunuh tersenyum lagi.

“Dulu, kau seronok sangat kenakan aku. Kau suruh aku buat macam-macam untuk kau. Buat itu dan buat ini. Aku hanya turut arahan kau sebab waktu tu badan kau lebih besar daripada badan aku. Biasalah, orang yang berbadan kecil memang takut dengan orang yang berbadan besar. Takut kena pukul. Tapi, bila kita bercerita pasal pistol, badan sebesar gajah pun akan takut. Sebab tu aku berani bunuh kau,” bebel si pembunuh. Matanya merenung gambar Syed Azrai sambil bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

Si pembunuh tidak pernah dan tidak akan melupakan semua perbuatan Syed Azrai terhadap dirinya suatu ketika dahulu. Perbuatan yang mana menyebabkan perjalanan hidupnya menjadi tersangat-sangat susah.

Kesusahannya itu tidak pernah diendahkan oleh sesiapa kerana sejarah keluarganya yang teruk. Manusia zaman sekarang, suka menilai seseorang melalui latar belakang keluarga!

Mata si pembunuh menjadi merah kerana menahan marah apabila mengingatkan semula perbuatan Syed Azrai terhadap dirinya sebelum ini. Namun, api kemarahan itu diredakan apabila teringat bahawa lelaki berkenaan telah dibunuh di tangannya sendiri.

Kemudian, si pembunuh beralih pula kepada gambar seseorang yang telah menjadi mangsa ketiganya dalam permainan dendam tersebut, Fahmi Ikhwan.

“Ini lagi seorang, kau pun sama macam dua orang bodoh yang pernah menyusahkan hidup aku. Salah satu sebab kenapa aku bunuh kau sampai terkeluar semua isi perut kau adalah perbuatan khianat yang pernah kau buat pada aku dulu. Sampai aku mati di tali gantung pun aku takkan maafkan kau. Sengaja aku pakai pisau bercangkuk tu supaya kau rasa betapa azabnya mangsa aku sebelum ni,” kata si pembunuh.

Tanpa si pembunuh itu sedari, dadanya kini berombak pantas naik dan turun kerana nafsu amarah dalam hatinya terhadap Fahmi Ikhwan sedang membuak-buak.

TURUTAN MAUTWhere stories live. Discover now