TURUTAN MAUT (BAB 31)

360 9 0
                                    

BAB 31

SUBJEK: Syed Azrai

KARIER: Pengacara

NOMBOR: 231

SYED Azrai telah dikenali oleh si koperal, atau lebih dikenali sebagai Azam Zaini ketika mereka berada dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah. Mereka telah dimasukkan ke dalam sebuah kelas yang sama dan mula berkenalan sejak daripada saat itu.

Kebetulan pula, di dalam kelas tersebut, mereka berdua duduk secara bersebelahan. Keadaan itu menyebabkan Syed Azrai menjadi kenalan pertama Azam Zaini ketika berada di tingkatan dua.

Pada permulaan perkenalan mereka, Azam Zaini dan Syed Azrai menjadi sangat rapat dan akan sentiasa bersama ke mana sahaja mereka pergi. Keakraban mereka itu membuatkan hubungan 'kawan' antara mereka telah bertukar menjadi 'sahabat'.

Selepas lama berkenalan, barulah Azam Zaini mengetahui bahawa Syed Azrai sebelum ini bersekolah di tempat lain. Dia dipindahkan ke sekolah itu apabila ibu dan bapanya telah ditukar bekerja tidak jauh dari situ. Maka, Syed Azrai merupakan orang baru di kawasan perumahan tersebut.

"Aku nak tanya kau. Antara sekolah ni dengan sekolah lama kau, mana yang lagi seronok?" tanya Azam Zaini.

"Buat masa sekarang ni, memang aku kata sekolah lama aku lagi seronok sebab aku ada ramai kawan kat sana. Kalau kat sini, bukannya aku tak ada kawan. Cuma, disebabkan aku ni orang baru, jadi aku akan rasa janggal sikit sebab tak biasa dengan kawasan sekitar sini. Itu yang tak seronok," jawab Syed Azrai.

Azam Zaini mengangguk tanda faham.

"Kau jangan risau. Lama-lama nanti kau biasalah," balas Azam Zaini untuk menyedapkan hati Syed Azrai.

Syed hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman.

Jika dilihat dari luaran, Syed Azrai memang kelihatan sangat baik dan peramah dengan semua orang. Dia juga murah dengan senyuman apabila berselisih dengan orang ramai ketika berjalan kaki. Keadaan itu yang membuatkan Azam Zaini berasa sangat selesa apabila berkawan dengan Syed Azrai.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui akan sikap sebenar Syed Azrai. Tiada sesiapa yang mengetahui akan latar belakang pelajar tingkatan dua itu melainkan kedua-dua ibu dan bapanya serta adik-beradiknya. Azam Zaini juga tidak mengetahui akan perkara itu.

Kenyataan yang dikatakan oleh Syed Azrai bahawa dia telah ditukar ke sekolah tersebut atas alasan ibu dan bapanya dipindahkan tempat kerja juga adalah satu penipuan. Perkara itu adalah tidak benar sama sekali dan dia mempunyai sebab yang tersendiri apabila dia menipu.

"Alamak!" kata Syed Azrai tiba-tiba.

"Kenapa?" tanya Azam Zaini pula apabila melihat perihal teman yang dianggapnya sebagai orang baik-baik.

"Aku tertinggal duit belanja kat rumah. Macam mana aku nak beli makanan ni?" bebel Syed Azrai sambil meraba-raba poket baju dan seluarnya.

Azam Zaini hanya tersenyum.

"Tak apalah. Hari ni kau pinjam duit aku dulu. Esok, kau bawa duit belanja dan bolehlah kau bayar balik, kan?" cadang Azam Zaini sambil menghulurkan not RM1 kepada Syed Azrai.

Syed Azrai pun mengambil huluran Azam Zaini itu dengan tersenyum malu yang dibuat-buat kononnya dia berasa segan. Walhal, dia sengaja buat begitu untuk menipu Azam Zaini yang pada pandangannya boleh 'dimakan'.

'Kau ingat aku nak bayar balik duit kau tu? Memang taklah. Ini baru permulaan. Nanti kau tahulah apa yang aku akan buat pada kau,' bisik Syed Azrai dalam hati sambil tersenyum sinis memandang mangsanya itu.

TURUTAN MAUTWhere stories live. Discover now