TURUTAN MAUT (BAB 30)

366 11 0
                                    

BAB 30

SUBJEK: Nuri Alissa

KARIER: Pelakon

NOMBOR: 118

SI koperal, atau nama sebenarnya Azam Zaini, telah mengenali dengan Nuri Alissa semasa mereka berdua berada dalam tingkatan satu. Mereka telah dimasukkan ke dalam sebuah kelas yang sama dan sejak itulah mereka mula berkenalan antara satu sama lain.

Semasa pelantikan ahli jawatankuasa kelas, Azam Zaini telah dipilih untuk menjadi ketua kelas kerana memiliki sikap kepimpinan dan rekod yang baik ketika berada di sekolah rendah. Keadaan itu yang membuatkan Azam Zaini dilantik oleh guru kelasnya untuk menyandang jawatan tersebut.

Seperti biasa, salah satu tanggungjawab seorang ketua kelas adalah menandakan kedatangan semua pelajar kelasnya setiap kali berlakunya pertukaran guru dan subjek mengikut jadual kelas pada hari itu. Apabila pelajar itu hadir, ditandakan dengan ‘/’. Apabila tidak hadir seseorang pelajar itu, maka ditandakan dengan ‘o’.

Itulah rutin harian Azam Zaini apabila dia dilantik sebagai ketua kelas. Dia juga menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Semua guru-guru sukakan prestasinya di sekolah.

Dalam ramai-ramai kawan Azam Zaini di sekolah, Nuri Alissa adalah sahabat baiknya. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti mereka akan bersama. Pergi dan balik sekolah, makan di kantin ketika waktu rehat, dan sehinggakan ulang kaji pelajaran di rumah juga mereka akan lakukannya bersama.

Pada suatu hari, Azam Zaini dan Nuri Alissa sedang duduk di meja yang berada di bawah sebatang pokok yang sangat rimbun. Tiada sebab apa-apa pun mereka berdua berada di situ. Sekadar mahu bersiar-siar sahaja.

“Alissa,” panggil Azam Zaini, atau lebih dikenali sebagai ‘si koperal’.

“Apa dia?” sahut Nuri Alissa.

“Aku nak tahu, apa cita-cita kau? Kau nak jadi apa bila kau dah besar nanti?” tanya Azam Zaini sambil memakan aiskrim yang dibelinya tadi.

“Hmm...” respons Nuri Alissa sambil jari telunjuk tangan kanannya dimainkan pada bibirnya.

Azam Zaini hanya mendiamkan diri sambil memerhati Nuri Alissa. Dia setia menunggu jawapan daripada kawan baiknya itu.

“Haa... aku rasa, aku nak jadi pelakonlah,” kata Nuri Alissa sambil tersenyum.

“Pelakon?”

“Ya, pelakon.”

“Kenapa kau nak jadi pelakon?” tanya Azam Zaini.

Nuri Alissa tersengih sendiri apabila ditanya akan sebab dia ingin menjadi pelakon drama dan filem.

“Aku nak jadi pelakon sebab aku nak jadi popular. Aku nak semua orang kenal aku. Nanti dapat ramai peminat. Jadi duta iklan dan macam-macam lagi. Duit pun banyak. Bolehlah aku belanja kau nanti,” jawab Nuri Alissa.

Kedua-dua pelajar tingkatan satu itu terus rancak berbual dan bercerita mengenai cita-cita mereka. Kadangkala terdengar ketawa mereka berdua apabila perkara lucu dibangkitkan dalam perbualan itu.

Nuri Alissa sibuk dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang pelakon. Memang dia bersungguh-sungguh ingin kecapi kesenangan dan populariti sebagai seorang selebriti. Walaupun begitu, dia tetap mementingkan pelajaran kerana perkara itu akan dijadikan sebagai pelan sokongan sekiranya dia gagal menjadi seorang pelakon.

Azam Zaini pula bercita-cita ingin menjadi seorang anggota polis. Dia mahu menabur bakti kepada orang ramai yang memerlukan bantuan. Drama dan filem yang melibatkan kerja-kerja pihak polis dan siasatan jenayah memang menjadi pilihan utamanya. Dan ini semua bermula sejak dia menonton animasi Jepun, Detective Conan.

TURUTAN MAUTWhere stories live. Discover now